fbpx
Now Reading
Mydin Santuni Pelajar B40, Bantu Sedia Kelengkapan Sekolah & Barang Asas

Mydin Santuni Pelajar B40, Bantu Sedia Kelengkapan Sekolah & Barang Asas

MYDIN Prihatin merupakan platform CSR MYDIN yang dijayakan bersama rakan strategik perniagaan dan rakan pembekal, dengan fokus menyantuni golongan memerlukan melalui inisiatif kebajikan dan pendidikan secara berterusan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), dengan sokongan rakan kerjasama Abaro, meneruskan komitmen membantu keluarga kurang berkemampuan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jelajah Generasi Pintar, yang menyalurkan bantuan persekolahan sesi 2026 kepada lebih 1,000 pelajar daripada golongan B40 di seluruh negara.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, berkata setiap pelajar menerima kelengkapan persekolahan termasuk pakaian seragam, alat tulis, beg sekolah serta keperluan asas lain bagi membantu mereka memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih bersemangat.

“Program tahunan ini dilaksanakan dengan kerjasama wakil-wakil rakyat setempat bagi memastikan bantuan disalurkan secara bersasar kepada pelajar yang benar- benar memerlukan.”

Program sosial korporat ini telah dihadiri oleh Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, YB Anfaal binti Saari, yang turut menyampaikan bantuan kepada 50 orang murid di MYDIN Subang Jaya.

Siri Jelajah Generasi Pintar ini akan diteruskan di beberapa cawangan MYDIN termasuk:

  • Kuala Terengganu (Terengganu)
  • Tunjong (Kelantan)
  • Samariang (Sarawak)
  • Jengka (Pahang)
  • MiTC (Melaka)

MYDIN Prihatin merupakan platform CSR MYDIN yang dijayakan bersama rakan strategik perniagaan dan rakan pembekal, dengan fokus menyantuni golongan memerlukan melalui inisiatif kebajikan dan pendidikan secara berterusan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.