Rupanya Makanan Kegemaran Orang Pekan! Sup Kicap Trending Gara-gara Cef Peribadi Najib, Ini Resepinya!
Berbeza dengan sup daging biasa, sup kicap ini mempunyai kuah yang lebih gelap, kaya dengan rempah ratus dan aroma kicap manis yang seimbang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ini (22 Disember) tular di media sosial mengenai Sup Kicap selepas tukang masak peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menzahirkan harapan dan kesediaan untuk menyediakan sup daging istimewa jika majikannya itu dibenarkan pulang untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah house arrest.
Namun mahkamah tinggi Kuala Lumpur kemudiannya menolak permohonan Najib justeru perlu menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.
Baca artikel berkaitan: Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan ‘House Arrest’, Najib Kekal Di Penjara Kajang
Walaupun kenyataan itu ringkas, namun ia mencuri perhatian netizen memandangkan ramai tidak pernah mendengar juadah itu.
Sebenarnya sup kicap diibaratkan seperti ‘legend’ malah sangat popular dalam majlis kenduri orang Pahang, khususnya di daerah Pekan.

Berbeza dengan sup daging biasa, sup ini mempunyai kuah yang lebih gelap, kaya dengan rempah ratus dan aroma kicap manis yang seimbang.
Ia bukan sekadar sup, malah dianggap sebagai ‘signature dish’ dalam majlis besar seperti kenduri kahwin, doa selamat dan jamuan rasmi.
Tidak hairanlah jika sup inilah yang sering menjadi lauk ‘ditunggu-tunggu’ dalam majlis kenduri orang Pekan, sehingga ada tetamu sanggup datang awal semata-mata untuk merasa sup tersebut.
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SUP KICAP DAGING
Buat anda yang ingin mencuba, jom kami kongsikan Sup Kicap ala kenduri orang Pahang seperti yang dikongsikan oleh Echot Aisyah Meor Zahid di Facebook.
Bahan A:
Rempah tumis 4 sekawan
1sd keci jintan manis
1sd kecil ketumbar
Bahan B:
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
2 senduk kecil cili kisar
Daging / Tulang
Bawang besar potong 4
Ubi Kentang (jika suka)
Cili padi (jika suka)
Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK SUP KICAP DAGING
1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.
2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.
3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.
4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.
5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.
6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.
Mudah bukan? Dengan resipi ini, korang tak perlu tunggu kenduri besar untuk rasa sup daging kicap Pekan. Korang boleh masak sendiri di rumah atau pada bila-bila masa sahaja.