fbpx
Now Reading
“Ramai Tak Ada Common Sense” – Signage Larangan Cium Bayi Ketika Majlis Akikah Raih Perhatian

“Ramai Tak Ada Common Sense” – Signage Larangan Cium Bayi Ketika Majlis Akikah Raih Perhatian

Seorang ibu sebelum ini berkongsi dilemanya sama ada mahu meletakkan papan tanda larangan mencium bayi atau pun tidak ketika berlangsungnya majlis akikah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah berada di penghujung 2025, tetapi masih ada individu yang tidak berhati-hati apabila berjumpa dengan anak kecil terutamanya dengan bayi yang baru dilahirkan. Sebagai contoh, segelintir individu akan bertindak menyentuh bayi orang lain sesuka hati tanpa kebenaran ibu bapanya.

Lebih parah lagi, ada yang sampai mencium bayi dek kerana geram dengan kecomelan si manja. Meskipun ia adalah simbol kasih sayang, namun tanpa mereka sedar, aksi tersebut sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan bayi berkenaan.

Ini kerana mencium bayi orang lain boleh menyebabkan jangkitan virus herpes (HSV-1). Oleh disebabkan imuniti bayi masih rendah, penyakit tersebut boleh mengundang maut.

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Dedah Bahaya Cium Bayi Orang Lain, Boleh Undang Maut Jika Tidak Berhati-hati

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Ini Sebab Mengapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu

Wanita Dalam Dilema, Mahu Letak Papan Tanda Larangan Cium Bayi Atau Tidak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Aida berkongsi dilema sama ada mahu meletakkan satu papan tanda larangan yang meminta orang ramai supaya tidak mencium anak perempuannya ketika di majlis dipercayai kenduri akikah.

Wanita itu telah menyediakan satu papan tanda larangan yang meminta orang ramai supaya tidak mencium anak perempuannya kerana si kecil itu dikatakan masih belum dapat menyesuaikan diri berada dalam persekitaran yang sesak dengan kehadiran ramai.

“Dilarang cium bayi. Terima kasih tuan puan yang menghadiri majlis puteri kami. Bayi masih dalam tempoh penyesuaian diri dengan keadaan sekeliling. Mohon jasa baik elakkan sentuhan ke muka bayi terutamanya cium,” tulis papan tanda itu.

Si Kecil Usia 3 Bulan Baru Baik Daripada Demam

Menurut Aida, dia berasa bimbang sekiranya jemputan yang mencecah hampir 400 orang tersebut akan memegang bayinya yang baru sahaja pulih dari demam.

“Sebenarnya serba salah sangat. Patut tak letak papan tanda macam ni? Jemputan keluarga lebih dari 300 ke 400 orang. Saya sayang anak, tapi mak pula takut nanti orang bercakap-cakap. Tahu je la jemputan satu kampung ni.

“Dia pula baru usia 3 bulan dan baru sahaja beberapa hari baik demam. Kita ni bukan la nak marah pun kalau orang nak tengok-tengok bayi. Tapi yang tua-tua ni lain macam sikit. Digomol-gomol pula budak kecik ni. Anak kita pula comel betul,” ujarnya.

Si Ibu Serik Dengar Anak Nangis Ketika Demam

Dalam satu hantaran lain, Aida memaklumkan bahawa dia telah meneruskan rancangannya memasang papan tanda pada hari majlis tersebut berlangsung bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anak terjamin.

“Okay hari ni majlis dia. Saya buat keputusan untuk letak (papan tanda) lantak la orang nak cakap saya sombong ke apa. Serik dengar bayi nangis sepanjang masa ketika demam hari tu. Ni tanda-tanda dia sebenar,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Timbang Rambut Bayi Bukan Adat, Tapi Ibadat Yang Masih Ramai Tak Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Niat Akikah Anak Digabung Dengan Ibadah Korban?

Ramai Setuju Letak Papan Tanda Larangan Cium Bayi Di Majlis Akikah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan si ibu yang memasang papan tanda peringatan itu bagi melindungi si bayi.

“Awak buat je cara awak sis. Bayi ni lemah dan sistem imun mereka masih tak matang. Orang macam ni akan cium dan main dengan bayi macam playdough lepas tu balik je. Kalau jatuh sakit nanti awak yang kena jaga dia (bayi).

“Lebih baik elak adakan majlis besar-besaran memandangkan influenza boleh merebak melalui udara. Tapi itulah disebabkan adat, susah nak tolak (penganjuran kenduri akikah),” kata seorang lelaki.

“Masa majlis sanding sepupu, saya buat sama macam ni. Jangan pernah rasa bersalah untuk lindungi si kecil,” tambah seorang wanita.

Segelintir Netizen Nasihat Ibu Ayah Untuk Elak Anjurkan Majlis Besar-besaran

Pun begitu, ada yang berpendapat papan tanda sedemikian tidak dapat menghalang orang untuk mencium si manja.

“Alamak macam mana eh nak cakap. Walaupun awak letak papan tanda tu, awak masih tak dapat nak kawal orang. Awak je boleh kawal diri sendiri, jadi elak anjurkan majlis sebegini untuk keselamatan bayi sendiri. Jangan pentingkan diri sendiri,” kata seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Tular Doktor Salah Dos PCM Untuk Bayi, Boleh Sebabkan Keracunan Berbahaya

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Cium Pipi Anak, Ibu Ini Kesal Anaknya Dijangkiti Virus HSV

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.