fbpx
Now Reading
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan ‘House Arrest’, Najib Kekal Di Penjara Kajang

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan ‘House Arrest’, Najib Kekal Di Penjara Kajang

Dalam pada itu, pihak pembelaan Najib memaklumkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Najib bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (22 Disember) memutuskan untuk menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah (house arrest) sehingga dibebaskan sepenuhnya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Loke membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan dan membaca alasan penghakiman berhubung permohonan Titah Adendum selama hampir sejam, lapor Harian Metro.

Najib terus di Penjara Kajang sehingga Ogos 2028

Keputusan ini bermakna Najib akan terus menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang sehingga tempoh hukuman tamat.

Memetik Sinar Harian pula, Alice mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari 2024 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.

“Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan sendiri,” katanya.

Titah Adendum itu dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Pihak pembelaan akan buat rayuan

Dalam pada itu, pihak pembelaan Najib memaklumkan terkejut serta kecewa dengan keputusan itu dan akan mengemukakan rayuan.

Perkara itu dimaklumkan peguam senior Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib ketika sidang media usai keputusan oleh Mahkamah Tinggi itu.

Sebelum ini ratusan penyokong bekas Perdana Menteri itu berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan Mahkamah Tinggi.

Ada yang sudah mula berkumpul seawal jam 7 pagi tadi.

Ratusan penyokong berkumpul untuk dengar keputusan, Cef Najib mahu masakkan Sup Kicap jika dibenarkan pulang ke rumah

Lebih mencuri tumpuan apabila tukang masak peribadi Najib, Jaafar Ishak menzahirkan harapan agar majikannya itu dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Malah dia juga sudah bersedia untuk menyediakan hidangan kegemaran Najib iaitu, sup kicap, sekiranya beliau dibenarkan pulang ke rumah.

Sebagai info Najib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang juga bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau yang dikenakan penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta kemudiannya mendapat pengurangan hukuman menjadi enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

Pengumuman oleh Lembaga Pengampunan itu menjadikan hukuman penjara Najib disingkatkan dan beliau dijangka bebas pada 23 Ogos 2028.

Pun begitu pada April 2024, beliau telah memfailkan satu permohonan kebenaran semakan kehakiman yang mendakwa wujudnya satu perintah tambahan Titah Adendum yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Meskipun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awalnya menolak permohonan semakan tersebut namun Mahkamah Rayuan dengan keputusan majoriti 2-1 kemudiannya membenarkan rayuan tersebut dan mengarahkan kes berkenaan dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.

Baca Artikel Berkaitan: Keputusan 2-1, Najib Berjaya Dapat Kebenaran Cabar Kewujudan Titah Adendum

Baca Artikel Berkaitan: Datuk Seri Najib Razak Dihukum Penjara 12 tahun & Denda RM210 Juta

Baca Artikel Berkaitan: Jabatan Penjara Tidak Terima Titah Adendum Berkaitan Tahanan Rumah – Menteri KDN

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.