Wanita Kecewa, Sotong Goreng Kunyit Yang Dipesan Online Terlalu Kecil Macam Getah Rambut [Video]
Wanita tersebut ingin menjamah sotong goreng kunyit itu sebelum memakan ubat, namun kekecewaan pula yang dapat selepas menerima pesanan terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali membeli makanan, tidak dinafikan bahawa harga, rasa, kualiti serta kebersihan akan menjadi keutamaan orang ramai.
Malah, ada yang tidak kisah untuk membayar sesuatu makanan yang mahal asalkan ia berpatutan dengan harga serta saiz hidangannya.
Namun, sekiranya makanan yang dihidangkan itu tidak berkualiti dan tidak setimpal dengan harganya, pelanggan pasti akan kecewa.
Wanita kecewa, sotong goreng kunyit yang dipesan terlalu kecil
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kekecewaan seorang wanita terhadap seorang peniaga kerana sotong goreng tepung yang dibelinya kelihatan terlalu kecil.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Threads milik wanita itu (@atiqahmowari_), dia memesan makanan terbabit bersama nasi putih menerusi satu aplikasi penghantaran makanan.
“Kepada owner (peniaga), jangan berniaga tau! Aku kalau tak demam, aku keluar sahaja pergi beli, tapi aku pesan dekat kau, ini yang aku dapat? Aku tak halalkan duit aku dekat kedai kau,” tulisnya.
Harga RM17.90 tapi sayur lagi besar daripada sotong
Wanita tersebut turut berkongsi beberapa gambar makanan berkenaan dan tangkap layar bukti pembeliannya menerusi aplikasi terbabit.
Difahamkan, set nasi putih bersama sotong goreng kunyit itu berharga RM17.90. Tetapi saiz sotong yang diterimanya terlalu kecil selain kuantitinya juga sedikit.
Malah, kelihatan bawang holland dan sayur-sayur lain seperti lobak merah dan kacang panjang yang sudah dipotong juga lebih besar daripada sotong terbabit.
Dalam satu video yang dikongsikan wanita itu, jelas kedengaran dia begitu kecewa dan sedih dengan sotong goreng kunyit yang diterimanya.
“Kenapa kejam sangat, aku tak lalu nak makan, aku nak makan ubat kau tahu tak? Kau Ikhlas ke tak berniaga ni? Ini bukan soal tak bersyukur tapi kau tengoklah sotong macam ini, sakitnya hati aku,” katanya dalam keadaan sebak.
View on Threads
Peniaga didakwa tiada kedai makan, hanya masak di rumah
Sementara itu, seorang pengguna Threads tampil mendakwa bahawa peniaga terbabit sebenarnya tidak mempunyai kedai makan.
Dakwanya, peniaga itu hanya masak di dalam rumah di sebuah kondominium yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
“Biasanya rider tunggu dekat bawah sebab diam masak dalam rumah, bukan kedai makan, dia (peniaga) masak dalam rumah je,” tulis pengguna Threads itu.

Netizen pakat kecam peniaga, mahu pihak berwajib ambil tindakan
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengakui bahawa sotong goreng kunyit yang diterima oleh wanita itu terlalu kecil dan tidak padan dengan harganya.
Kebanyakan mereka juga mengecam tindakan peniaga itu yang tergamak menjual kepada pelanggan saiz sotong sebegitu kecil.
Tidak kurang segelintir netizen yang meminta agar pihak berwajib untuk tampil mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan.



Baca Artikel Berkaitan: “Ayam RM1 Pun Besar Lagi”- Lelaki Kecewa ‘Grilled Chicken’ Dipesan Kecil Untuk Harga RM5 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Bagi Penuh La Sikit” – Wanita Kecewa, Croissant Dibeli Dari Restoran Milik Cef Terkenal Kedekut Inti [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Isi Angin” – Wanita Kecewa Beli Popia Harga RM6 Untuk 3 Biji Tapi Peniaga Kedekut Inti [Video]



