“Serabut Kawasan Ni” – Geng ‘Ulat Gambar’ Di KLCC Kembali Undang Perhatian [Video]
Dakwa seorang pengguna Threads, jurugambar tanpa lesen di hadapan KLCC ini akan terus mengganggu meskipun pengunjung di sana sudah menolak servis itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila bercakap sahaja tentang ibu kota, sudah tentu anda membayangkan pengunjung yang ramai berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Lumpur. Antara tumpuan ramai pelancong asing semasa bercuti di sana pula adalah bersiar-siar di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Bagaimanapun, muncul pula sesetengah pihak yang didakwa menjadi punca pengunjung spoil mood untuk berjalan di kawasan tersebut. Antara yang selalu ditularkan di media sosial adalah jurugambar tanpa lesen atau lebih dikenali sebagai ‘ulat gambar’ yang mengganggu ketenteraman orang ramai.
Isu ini bukanlah satu perkara yang asing lagi, bahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga pernah melakukan operasi bersepadu di KLCC bagi membanteras perkara itu.
Baca Artikel Berkaitan: Tular DBKL Serbu KLCC, ‘Ulat Gambar’ Kena Kompaun RM2,000 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Ulat Gambar Dikompaun RM2,000 Depan KLCC, Kini Beralih Ke Saloma Bridge ‘Ganggu’ Pelancong
Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Chinese Tourists Face F-Bomb Over RM5 Photo Payment In Front Of KLCC
Dakwa Ulat Gambar Di KLCC Kembali & Kenakan Caj Tidak Konsisten
Walaupun sekumpulan jurugambar sebelum ini sudah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000, namun nampaknya kegiatan itu masih berlaku di kawasan sama.
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menyaksikan beberapa individu yang didakwa merupakan ulat gambar sedang berlegar di hadapan menara KLCC bagi mengambil foto-foto pengunjung.
Bukan seorang dua, tetapi ramai betul ya. Dakwa pemilik akaun, jurugambar-jurugambar di sana turut mengenakan kadar bayaran yang tidak konsisten kepada pengunjung.
“Servis fotografi di hadapan KLCC. Berbekalkan lampu dan pencahayaan lampu RGB, scammer jurugambar warga asing menyediakan khidmat mengambil gambar berlatarbelakang KLCC 😅.
“Bukan itu sahaja, harga pun berubah-ubah. Awal-awal cakap RM5, tiba-tiba jadi RM50. Kalau pelancong mat saleh dia pau kaw-kaw. Dah jadi macam Jakarta dah, cakap sekali tak nak, datang lagi tanya-tanya sampai serabut nak lepak kawasan ni,” dakwa pengendali akaun.
View on Threads
Netizen Harap Penguatkuasaan Undang-undang Diperketatkan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan sikap ulat gambar yang mengaut keuntungan dengan cara yang salah.
“Baru-baru ni kan ada operasi, dah keluar balik?” tanya seorang pengguna Threads.
Malah ada yang berkata kegiatan sebegini mampu menjatuhkan imej Malaysia khususnya sepanjang tahun hadapan yang akan berlangsungnya kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
“Kenapalah penguatkuasaan kita ni tak keras (tegas). Kerjasama la dengan semua yang berkaitan. Sita semua alatan tu. Tak payah nak bagi lesen apa semua. Kalau betul warga asing dan tak ada dokumen sah, tangkap dan hantar balik. Tak kan la nak normalisasi benda ni sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,” tegur seorang lelaki.
“Polis patut banteras semua ulat gambar ni. Bikin semak je dekat KLCC tu,” tambah seorang netizen.
Ulat Gambar Punca Orang Ramai Enggan Datang Kawasan KLCC
Sementara itu, ada yang berkata kegiatan ulat gambar ini menjadi punca mengapa pengunjung tidak lagi singgah ke kawasan itu.
“Sebab tu aku sekeluarga lima tahun tak pergi KL dah. Dah macam bukan di Malaysia dah,” kata seorang warganet.
“Nak lalu depan KLCC cukup susah. Dekat lampu isyarat daripada Jalan Ampang nak masuk ke Jalan P Ramlee memang kena hati-hati sebab diorang duk ambil gambar tengah-tengah jalan. Kadang-kadang sesak sini sebab ramai yang parking kereta tepi jalan dan ambil gambar,” tambah seorang individu.
Berikut antara komen netizen:



Perkhidmatan Fotografi Tanpa Lesen Di Tempat Awam Adalah Satu Kesalahan
Kalau anda nak tahu, seorang pelancong asing sebelum ini didakwa ditipu sebanyak RM860 untuk 43 shot foto oleh ulat gambar yang berlegar sekitar KLCC.
Mengambil maklum tentang isu yang berleluasa ini, pihak DBKL menegaskan bahawa tempat awam adalah milik bersama dan harus digunakan secara beretika, tertib dan mematuhi peraturan ditetapkan.
Untuk info, menawarkan perkhidmatan fotografi di tempat awam tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah satu kesalahan.
Ulat gambar juga boleh dikenakan notis kompaun jika didapati bersalah mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.




