Lelaki Cuba Guna Duit Palsu Beli Emas Bernilai RM30,000, Terus Cabut Lari Lepas Kantoi [Video]
Menyedari taktik ‘scamnya’ dengan menggunakan duit palsu tidak menjadi, lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah Perodua Axia berwarna biru gelap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak dahulu lagi, pelbagai taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan atau ‘scammer’ dalam talian untuk memperdaya dan mencuri wang orang ramai di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Selain menipu dengan taktik menang baucar, mereka juga sering menyamar sebagai pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak syarikat kurier dan banyak lagi.
Tidak hanya itu, taktik penipuan dengan menggunakan duit palsu juga masih lagi berlaku di negara ini menyebabkan para peniaga harus sentiasa berwaspada setiap kali menerima wang tunai berjumlah besar.
Tular lelaki cuba guna duit palsu untuk beli emas bernilai RM30,000
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah kedai barangan berharga di Kuala Terengganu, Kedai Emas Lelong Maya tampil mendedahkan cubaan seorang lelaki membeli emas bernilai RM30,000 dengan menggunakan duit palsu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok, kelihatan lelaki berkenaan memakai pelitup muka, kopiah putih dan cermin mata hitam semasa berurusan di kaunter untuk membeli emas secara tunai pada petang semalam (18 Disember).
Bagaimanapun, cubaannya untuk menipu itu tidak berjaya selepas jurujual berkenaan yang mahu mengira wang tunai terbabit mula merasa curiga.
Sedar taktik scam tak menjadi, lelaki terus cabut lari tinggalkan duit palsu
Menyedari taktik ‘scamnya’ tidak menjadi, lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah Perodua Axia berwarna biru gelap.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, kelihatan beberapa individu cuba menahan lelaki itu namun tidak berjaya dan duit palsu yang dipegang mereka bertaburan di atas jalan.
Semakan terhadap sejumlah duit palsu dengan nilai RM50 itu kemudiannya mendapati nombor siri yang tertera pada setiap helaian ‘wang’ adalah sama.
Susulan itu, pemilik kedai emas berkenaan tampil berkongsi perkara itu untuk menasihati para peniaga agar berhati-hati, beliau juga memaklumkan akan mencari lelaki tersebut sehingga jumpa.
@kedaiemaslelongmayahq AMARAN…cubaan menipu membeli emas menggunakan duit palsu bernilai RM30000 #emas916 #emasmurah #terengganu #beliemasbelibahagia #kedaiemaslelongmaya @Abe Mie | Emas Maya @Abe Mie | Emas Maya @Abe Mie | Emas Maya ♬ original sound – Abe Mie | Emas Maya
Jurujual berkenaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis terima laporan, kes disiasat mengikut Seksyen 498B Kanun Keseksaan
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan polis dibuat oleh jurujual terbabit pada jam 6.31 petang hari yang sama kejadian berlaku.
Menurutnya, pengadu (jurujual) mendakwa suspek bertindak agresif selepas wang palsu terbabit ingin diperiksa dengan teliti sebelum terus melarikan diri dengan menaiki Axia yang diparkir di hadapan kedai berkenaan.
“Setakat ini, rakaman lengkap kamera litar tertutup (CCTV ) masih belum diperoleh.
“Polis akan turut membuat semakan rakaman CCTV di kedai berhampiran bagi membantu siasatan.
“Tiada kerugian direkodkan dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan,” katanya dipetik Berita Harian.
Baca Artikel Berkaitan: “2 Hari Dia Tipu” – Pemilik Restoran Buat Report Polis, Dakwa Pelanggan Bayar Makanan Guna Resit Palsu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kantoi Bila Nak Bank In Tak Lepas, Peniaga Kesal Ditipu Pelanggan Bayar Pakai Duit Palsu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sedih Ditipu Scammer Menyamar Dari MOTAC, Rugi RM1,300 Untuk 10 Bakul Hiasan Buah [Video]



