Influencer Didakwa Overclaim Khasiat Jus Minuman, Orang Ramai Minta KKM Jalankan Siasatan
Pempengaruh tersebut sebelum ini mendakwa bahawa jus minuman yang dijualnya itu sudah mendapat sijil pengkelasan makanan dari KKM.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Secara umumnya, individu yang menghidap sebarang penyakit disarankan untuk melakukan pemeriksaan dan didiagnos oleh pakar sebelum mengambil sebarang jenis suplemen atau ubat.
Hal ini kerana simptom yang sama boleh berpunca daripada penyakit-penyakit yang berbeza. Oleh disebabkan itu, doktor akan mengenal pasti puncanya terlebih dahulu sebelum mencadangkan jenis ubatan berserta dos yang sesuai diambil pesakit.
Bagaimanapun, antara isu yang membimbangkan pada masa kini apabila segelintir orang ramai termakan dengan kata-kata individu tidak bertauliah mengenai khasiat sesuatu ubatan di media sosial.
Pempengaruh Keluarkan Minuman Yang Didakwa Bagus Untuk Pelbagai Penyakit Termasuk 3 Serangkai
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pempengaruh dan usahawan menjual minuman jus berkhasiat dikenali sebagai JSP.
Dakwanya, JSP adalah jus campuran kurma, halia, bawang putih, delima, cuka epal, daun senna, buah pala yang bagus untuk organ dalaman seseorang dan boleh diambil oleh semua peringkat umur.
Dakwa lelaki itu, pengambilan jus minuman ini bagus untuk pelbagai penyakit termasuk:
- Badan berangin
- Penyakit saraf
- Sendi
- Rasa kebas kaki
- Sakit tumit
- 3 serangkai (Kencing manis, jantung, tekanan darah tinggi)
- Kolestrol
- Migraine
- Anxiety
- Lesu badan
- Batuk berkahak
- Gerd
- Gastrik
- Susah membuang (sembelit)
- Lutut mencucuk
Dakwanya lagi, pengambilan minuman ini tiada pantang larang dan boleh diminum sekali dengan ubat-ubatan lain.
“Dia bukannya ubat. Dia bukannya jamu. Dia adalah minuman tambahan,” jelasnya.
Minuman JSP Disahkan Halal Oleh JAKIM
Semalam (18 Disember), usahawan tersebut menerusi hantaran di akaun Threads miliknya turut berkongsi bahawa minuman JSP ini sudah menerima kelulusan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
View on Threads
Minuman JSP Terima Kelulusan KKM Atau Tidak?
Bagaimanapun ramai di kalangan netizen yang mempersoal sama ada produk tersebut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau sebaliknya.
“Isu jemputan ke sekolah, cepat dibidas. Hal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ijazah lantang dijawab. Tetapi soal sijil KKM masih sunyi tanpa jawapan.
“Penjualan suplemen yang didakwa overclaim terus menjadi persoalan. Setakat ini, yang ditonjolkan hanyalah sijil halal milik kilang OEM, bukannya kelulusan KKM untuk produk tersebut,” dakwa seorang pengguna Threads.
View on Threads
Influencer Dakwa Jus JSP Terima Kelulusan KKM
Menerusi semakan kami, pempengaruh itu dalam satu hantaran dimuat naik pada 6 Disember mendakwa bahawa minuman jus itu sudah mempunyai sijil pengkelasan makanan yang dikeluarkan KKM.
“Jus ni ada pengkelasan makanan. Ada (pensjijilan) MeSTI dari KKM dan ada juga lab test. Kilang produk kita buat dekat Junjung Kulim, Kedah dan kilang kita bertaraf GMP serta diiktiraf halal,” ujarnya.
@faizsoul_ Semoga Menjawab Sedikit Pengenalan & Apa itu JSP yang tengah viral nih. Alhamdulillah Feedback Sangat Bagus.. #faizsoul #Jussedapfaiz #tiktoklive #umrahfaizsoul #wismafaizsoul ♬ Law Kana Bainana Al Habib – Mohamed Youssef
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Ragu-ragu Dengan Minuman Khasiat, Dakwa Pempengaruh ‘Overclaim’
Menjengah ke ruangan balas, para netizen dilihat bimbang dengan dakwaan-dakwaan ekstrem yang mengatakan minuman itu bagus untuk masalah dan penyakit yang serius.
“Dia punya overclaim, boleh kata semua pakar duduk dalam satu botol. Tak payah pergi hospital dah,” perli seorang lelaki.
Malah ada mendakwa bahawa netizen akan disekat (block) sekiranya bertanya tentang status kelulusan KKM ini menerusi Live pempengaruh itu.
Orang Minta KKM Pantau Minuman JSP
Sementara itu, orang ramai juga meminta pihak KKM untuk menjalankan siasatan tentang kesahihan produk berkenaan.
“KKM tolong settle kan,” kata seorang pengguna Threads.
“KKM tolong pantau dan ambil tindakan terhadap produk yang dijual. Ni makan takut terus ke alam lain,” tambah seorang lagi lelaki.
Berikut antara komen netizen:








KKM Kongsi Penyakit Yang Tak Boleh Diiklankan Untuk Tujuan Perubatan
Untuk info, KKM dalam satu hantaran di laman Facebook sebelum ini mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan ubat di pasaran. Pengguna perlu memastikan ubat berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM iaitu mempunyai:
- Nombor pendaftaran MAL dan nombor NOT bagi kosmetik
- Contoh: MAL20011234T (ubat)/NOT123456789K (kosmetik)
KKM turut berkongsi jenis penyakit atau keadaan yang tidak boleh diiklankan sebagai tuntutan perubatan. Berikut antaranya:
- Penyakit atau kerosakan buah pinggang
- Penyakit jantung
- Batuk kering
- Kencing manis (diabetes)
- Tekanan darah tinggi
- Lemah urat saraf berkaitan hubungan seks
- Penyakit kelamin
- Lemah fungsi seks
- Frigiditi
- Kemandulan
- Kusta
- Penyakit mata
- Pekak
- Kanser
- Hernia
- Asma
- Penyakit mental
- Lumpuh
- Ketagihan dadah
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹



