fbpx
Now Reading
“Buang Masa Student Law Ambil Subjek Add Math SPM” – Pandangan Lelaki Ini Cetus Perdebatan Ramai

“Buang Masa Student Law Ambil Subjek Add Math SPM” – Pandangan Lelaki Ini Cetus Perdebatan Ramai

Pengguna X itu memberi pandangannya berhubung laporan media mengenai segelintir pelajar SPM 2025 yang menangis selepas menduduki kertas peperiksaan Matematik Tambahan pada 15 Disember lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti semua sedia maklum, kini sedang berlangsungnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2025. Lazimnya, pasti akan ada calon yang meluahkan rasa sukar selepas menduduki sesuatu kertas peperiksaan.

Bagi SPM kali ini, ramai calon berpendapat bahawa kertas peperiksaan Matematik Tambahan (Add Math) amat mencabar sehinggakan ada yang dikatakan pulang dengan linangan air mata.

Memetik Kosmo, luahan itu dikongsi sendiri oleh ibu ayah kepada calon SPM terbabit. Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian ramai di laman X (Twitter).

Lelaki Berpendapat Subjek Matematik Tambahan Tidak Penting Untuk Bidang Law

Seorang pengguna dikenali sebagai Fendi berpendapat, mengambil aliran subjek Matematik Tambahan adalah satu perkara yang membuang masa lebih-lebih lagi jika seseorang itu akan bekerja dalam bidang yang tidak memerlukan Matematik ataupun sebarang kira-kira. Contoh yang diberikan adalah bidang undang-undang.

Jelas Fendi, sekiranya seseorang murid telah memilih dan membuat keputusan untuk menceburi bidang undang-undang, adalah lebih wajar mereka tidak mengambil subjek yang terlalu mencabar ketika membuat penentuan aliran semasa berada di tingkatan 4.

Tak Ambil Subjek Add Math Boleh Jimat Duit Tuisyen

Bukan sahaja dianggap membuang masa, malah dia juga berpendapat murid boleh menjimatkan kos tusiyen memandangkan ramai di kalangan pelajar mendaftarkan diri dalam kelas tambahan bagi memahami subjek terbabit.

“Matematik Tambahan sebenarnya membuang masa jika seseorang itu menyambung pengajian dalam bidang yang tak perlukan Matematik seperti undang-undang. Kalau memang dah rancang untuk ambil jurusan undang-undang tu, kau drop je Matematik Tambahan.

“Tak perlu nak menunjuk-nunjuk, tiada siapa yang kisah. Selalu orang bazirkan banyak masa dan duit untuk bayar tuisyen belajar Add Math,” kata Fendi.

Pelajar Undang-undang Tak Setuju Dengan Kenyataan Subjek Add Math Yang Dianggap Buang Masa

Pandangan Fendi kemudiannya mendapat perhatian ramai pengguna X. Rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana pemikiran seseorang yang diasah melalui subjek Matematik Tambahan sebenarnya membantu meningkatkan IQ (intelligence quotient).

“Suka atau tidak, Add Math memang bantu membaiki IQ individu. Masuklah universiti dan kau akan sedar betapa berbezanya (pemikiran) seseorang yang ambil Add Math dan juga yang tidak,” kata seorang lelaki.

Malah beberapa pelajar undang-undang sendiri berkata subjek Matematik Tambahan adalah penting bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal.

“Sebagai pelajar undang-undang, saya tak setuju. Matematik Tambahan ni latih otak kita untuk berfikir secara kritikal. Kau mesti tak nak ada peguam yang tak boleh berfikir secara kritikal kan?” ujarnya.

“Ini komen paling pelik yang saya pernah dengar lebih-lebih lagi untuk seorang pelajar law. Jelas dia kurang pendedahan dalam dunia undang-undang. Matematik dan Matematik Tambahan sebenarnya sangat penting untuk latih otak dan bantu pelajar faham logik bila belajar undang-undang. Saya tahu sebab saya sendiri budak law,” tambah seorang lagi penuntut jurusan perundangan.

Tidak Salah Belajar Matematik Tambahan Untuk Tujuan Timba Ilmu

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa tidak salah untuk mengambil subjek Matematik Tambahan untuk menimba ilmu.

“Pada pendapat saya, kalau dapat ilmu (peluang belajar) tu cuba je. Walaupun kau yakin 99% kau akan gagal, tapi ingat kau tak kan pernah gagal untuk belajar. Tuisyen tu pilihan. Ni tentang pengetahuan, bukan tentang keputusan peperiksaan yang cemerlang,” kata seorang pengguna X.

Bukan itu sahaja, pengambilan subjek Matematik Tambahan ini membuka peluang individu mendapatkan pekerjaan yang bagus pada masa akan datang.

“Seorang cikgu pernah cakap, ‘Agak-agak kalau dalam 10 calon minta kerja nanti, bila kau kena bersaing dengan dua calon yang ada latar belakang subjek kritikal dengan korang yang tak ada. Agak-agak mana yang syarikat akan ambil bekerja? Apa yang membuatkan korang lebih istimewa dari diorang?'” kongsi seorang guru.

Ada Yang Bersetuju Dengan Pandangan Fendi

Pun begitu, ada juga yang mempunyai pendapat yang sama seperti Fendi yang mengatakan pelajar tidak perlu fokus kepada Matematik Tambahan jika tidak mahu menceburi bidang melibatkan pengiraan.

“Matematik asas je yang penting bagi pandangan saya (dipersilakan untuk tidak bersetuju) sebagai contoh tambah, tolak, darab, bahagi dan pecahan. Kalau kau tak pilih industri perbankan atau kursus sains, jangan fokus sangat (Matematik Tambahan). Ia tak akan musnahkan rutin harian korang,” ujar seorang netizen.

“Saya gagal subjek Add Math. Tapi pandangan kau valid. Kena ukur kemampuan sendiri sama ada kau boleh bawa subjek itu atau tak,” jelas seorang warganet.

Berikut antara komen netizen:

Sumber: X
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.