Sunway Square Mall Kemas Kini Polisi, Tak Benarkan Haiwan Peliharaan Dalam Kawasan Indoor
Dengan polisi terbaharu ini, pengunjung Sunway Square Mall kini hanya boleh membawa haiwan peliharaan mereka di kawasan taman permainan terbuka khas (Squarrel’s Playground) yang terletak di Sunway South Quay Lake.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sunway Square Mall sebentar tadi (18 Disember) mengumumkan telah mengemas kini polisi pusat belah mereka apabila tidak lagi membenarkan haiwan peliharaan berada di dalam kawasan tertutup (indoor) pusat beli belah itu.
Sunway Square Mall menerusi satu kenyataan berkata, ini bagi memastikan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa untuk semua pengunjung.
Tambah pusat beli belah itu lagi, polisi baharu itu berkuat kuasa serta-merta susulan kenyataan EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Datuk Ng Suee Lim berhubung peraturan larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di negeri itu yang masih kekal dan diguna pakai.
Haiwan peliharaan hanya dibenarkan di kawasan Squarrel’s Playground
Sehubungan itu, haiwan peliharaan hanya dibenarkan berada di kawasan taman permainan terbuka khas (Squarrel’s Playground) di luar pusat beli belah atau lebih tepatnya di Sunway South Quay Lake.


Haiwan boleh bersama pemilik untuk guna laluan dari parkir ke kawasan outdoor
“Haiwan peliharaan boleh bersama pemiliknya semasa melalui laluan dari tempat letak kereta pusat beli-belah (B3 & B4) ke kawasan luar yang ditetapkan, dengan bimbingan pasukan keselamatan kami.
“Kami turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat dalam mematuhi arahan kerajaan negeri, disamping kami menawarkan khidmat kepada semua pengunjung dengan penuh prihatin dan hormat.”

Terdahulu Ng berkata, larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di negeri itu masih kekal.
Pun begitu kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada dalam menjaga keharmonian masyarakat.
Isu ini mula timbul selepas seorang pengguna Threads mempersoalkan tindakan Sunway Square Mall yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk ke premis itu.
Pun begitu terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi pengunjung termasuklah:
- Meletakkan haiwan peliharaan di dalam kereta sorong (stroller) atau pengangkut (carrier) sepanjang masa.
- Mereka yang membawa haiwan peliharaan perlu menggunakan lif khas.
- Haiwan peliharaan perlu dikawal selia dan dijaga dengan rapi sepanjang berkunjung ke pusat beli-belah.
- Utamakan kebersihan dan etika di tempat awam.
- Elakkan menghalang laluan atau pintu masuk dengan stroller.
Selain itu terdapat beberapa lagi peraturan termasuk pengunjung akan diminta membawa pulang haiwan peliharaan yang agresif atau terlampau bising.
Baca Artikel Berkaitan: Sunway Square Mall Rasmi Dibuka! Bakal Jadi Hab Gaya Hidup & Rekreasi
BACA ARTIKEL BERKAITAN:



