fbpx
Now Reading
“Siap Bayarkan Yuran PIBG” – Uncle Teman & Ambilkan Kad Laporan Anak Jiran Buat Ramai Tersentuh

“Siap Bayarkan Yuran PIBG” – Uncle Teman & Ambilkan Kad Laporan Anak Jiran Buat Ramai Tersentuh

Jelas seorang wanita, pakcik tersebut mewakilkan diri sebagai penjaga bagi mengambil kad laporan anak jiran itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selepas menjalani peperiksaan sekolah, antara perkara yang paling digeruni oleh golongan pelajar adalah Hari Perjumpaan Ibu Bapa & Guru (Report Card Day). Mana tidaknya, masa inilah para cikgu akan ‘membongkar’ semua peel murid-murid kepada penjaga mereka.

Siapa yang selalu buat hal dalam kelas dan dapat skor rendah untuk peperiksaan tu, bersiap sedialah dibebel dan kena side eye dengan ibu ayah nanti.

Pun begitu, ada juga segelintir ibu ayah yang tidak berkesempatan untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama guru itu atas sebab-sebab tertentu.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Perjumpaan Guru Ke Keluarga?” – Ramai Terhibur Lihat Lelaki Datang Ambil Report Card Anak Dari Isteri Sendiri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kanak-kanak Suruh Ibu Bersyukur Dapat Markah 82% Dalam Peperiksaan Cuit Hati Ramai [Video]

Uncle Hadir Ke Sekolah Untuk Teman Anak Jiran Ambil Kad Laporan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Amyza Rose berkongsi momen penjaga yang datang hadir ke sekolah untuk perjumpaan bersama guru kelas bagi mengambil kad laporan pelajar.

Kebiasaannya, ibu ayah yang akan hadir ke sekolah dan berjumpa sendiri dengan guru untuk mengetahui perkembangan dan progres pembelajaran anak-anak. Sekiranya ibu bapa terlalu sibuk, mereka akan wakilkan ahli keluarga yang lain sebagai contoh abang atau kakak kepada si pelajar.

Namun lain pula kali ini apabila seorang kanak-kanak berbangsa India ditemani jiran rumahnya yang berbangsa Cina. Situasi itu membuatkan Amyza tersentuh kerana ada individu yang prihatin dengan anak jirannya.

“Gambar ni istimewa, sebab uncle ni sanggup luangkan masa pergi ke sekolah tandatangan report card untuk anak jiran dia yang berbangsa India. Aku tak pernah terfikir nak bawa anak jiran, inikan pula lain bangsa,” ujarnya.

Uncle Baik Hati Bayarkan Yuran PIBG Anak Jiran

Bukan sahaja menemani si murid saat waktu penting itu, malah pakcik tersebut juga dikatakan menawarkan diri untuk membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai wakil bagi kanak-kanak berkenaan.

“Bila cikgu tanya yuran PIBG, pakcik ni cakap, ‘Tak apa saya bayar’. Cikgu pun pesan nanti beritahu ibu bapa. Selamba uncle tu kata, ‘Tak ada hal la. Kita kenalah tolong-menolong’.

“Terharunya, terima kasih uncle ajar saya sesuatu hari ini. Uncle telah buktikan bahawa rakyat Malaysia adalah warga cinta damai ❤️” tambah wanita itu di akhir perkongsian.

View on Threads

Ramai Terharu Lihat Sikap Tolong-menolong Antara Jiran Tanpa Mengira Kaum

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa sebak apabila sifat tolong-menolong masih tidak lagi pudar di kalangan rakyat Malaysia.

“Ni lah Malaysia yang saya tahu. Sentiasa bersatu padu, tolong-menolong tak kira bangsa dan agama,” kata seorang wanita.

“Perbuatan tu sahaja dah menunjukkan yang pakcik ni menyokong pendidikan untuk orang yang berada di sekelilingnya,” ujar seorang lelaki.

Malah ada juga penjaga yang sempat berkongsi pengalaman mereka membantu ibu ayah lain untuk mengambil kad laporan anak di sekolah.

“Anak saya pernah minta abah dia jadi wakil ibu bapa kepada dua orang kawan dia dekat kelas sebelah. Cikgu pun terkejut, berapa orang anak ecik sekolah dekat sini. Alhamdulillah, semua urusan masing-masing selesai,” kongsi seorang pengguna Threads.

Warganet turut berpendapat bahawa perkongsian positif sebegini perlu diperbanyakkan bagi menjaga keharmonian antara kaum di negara ini.

“Terima kasih sebab kongsi kisah yang sangat menggalakkan (menaikkan) semangat ni. Muhibah dan 1 Malaysia,” kata seorang netizen.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Lambang Perpaduan” – Mekyun Perjelas Kenapa Lebih Selesa Buat Konten Dalam Bahasa Melayu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Apa Faedah Gelar Type M, Type C?” – Sultan Selangor Tegur Netizen Tentang Hantaran & Komen Kebencian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Bangsa Cina Teruja Dapat Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Muslim Di Dataran Putrajaya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.