Pertama Kali Cuba Nasi Kandar Sadam, Lelaki Jepun Akui ‘Sedap Gila’ [Video]
Dalam video tersebut, kelihatan seawal gigitan pertama lagi reaksi wajah lelaki Jepun itu berubah seakan sudah jatuh cinta dengan nasi kandar Sadam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi destinasi percutian bagi pelancong-pelancong luar negara terutamanya dari Eropah.
Selain banyak tempat menarik, kepelbagaian makanan yang ada di negara ini juga dapat menarik minat pelancong asing.
Bahkan Malaysia juga terkenal sebagai ‘syurga makanan’ sehingga ada segelintir daripada mereka yang terus jatuh cinta dengan makanan-makanan di Malaysia setelah mencubanya buat kali pertama.
Lelaki Jepun pertama kali makan nasi kandar Sadam akui sedap gila
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki Jepun mengakui nasi kandar daripada restoran Sadam ‘sedap gila’ selepas pertama kali mencubanya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube Samura Life of Stay At Home Dad, lelaki terbabit berkunjung ke salah satu cawangan restoran itu di Segambut untuk melakukan ‘review’ nasi kandar di sana.

Dalam video itu, kelihatan dia mengambil nasi bersama kuah campur dan beberapa lauk lain yang menjadi kegemaran ramai seperti ayam bawang, peria goreng, kobis goreng dan lauk sotong (tak diketahui masak apa).
Lelaki terbabit juga pandai menyebut beberapa perkataan di dalam bahasa Melayu seperti ‘saya nak nasi kandar’ dan ‘sedap gila’.

Lelaki Jepun umpama jatuh cinta dengan setiap gigitan
Kesemua lauk yang diambilnya itu menjadikan jumlah keseluruhan sepinggan nasi kandar berharga RM25. Dia mengakui kuantiti untuk sepinggan hidangan makanan itu agak banyak dan berat.

Seawal gigitan pertama lagi reaksi wajah lelaki berkenaan berubah seakan mula jatuh cinta dengan nasi kandar Sadam. Dia mengakui kuah campur berkenaan kaya dengan rasa.
“Peria goreng sangat ranggup, sedap, satu rasa yang baru bagi saya. Ayam bawang pula kelihatan sangat sedap,” katanya.
Lelaki berkenaan juga mengakui setiap lauk yang diambilnya seperti ayam bawang dan sotong sangat sedap.
“Ini sangat-sangat sedap. Kuah campur sedap. Kesemua lauk ini bagi keseronokan berbeza dalam satu pinggan. Saya rasa seperti di syurga,” katanya lagi.
Lelaki Jepun dah 4 tahun menetap di Malaysia, pernah cuba nasi kandar Hameediyah
Difahamkan, lelaki jepun terbabit bersama isterinya telah menetap di Malaysia sejak empat tahun yang lalu.
Menerusi semakan kami di saluran YouTube miliknya itu, ini bukanlah pertama kali dia mencuba nasi kandar malah sudah banyak melakukan review makanan-makanan popular di negara kita.
Sekitar dua tahun yang lalu, dia pernah mencuba beberapa menu makanan yang ada di restoran Hameediyah termasuk nasi kandar.
Baca Artikel Berkaitan: Pengunjung Antarabangsa Sanggup Beratur Panjang Beli Roti Canai Terbang RM50
Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Dedah Ketagih Karipap Gara-gara PKP Dahulu, Lebih Setahun Terkandas Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: “Sedap Do-Oh”- Mat Salleh Suka Makan Nasi Kerabu Lepas Cuba Pertama Kali [Video]