Airbnb & ThinkCity Lancar ‘Heritage Guide to Kuala Lumpur’, Jadi Panduan Untuk Pelancongan Warisan Di KL
Menurut Airbnb, Kuala Lumpur muncul sebagai destinasi pilihan dalam Malaysia yang paling banyak ditempah di platformnya bagi separuh pertama 2025.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ibu negara Kuala Lumpur sememangnya bandar yang penuh budaya dengan sejarahnya yang tersendiri, melangkaui zaman sejak sebelum penjajahan British lagi.
Sehingga kini, masih terdapat warisan dan tinggalan sejarah yang dipelihara, sekali gus menjadikan Kuala Lumpur sebagai satu destinasi yang menarik buat pelancong tempatan mahupun antarabangsa.
Terbaharu, Airbnb dengan kerjasama ThinkCity telah melancarkan panduan digital ‘Heritage Guide to Kuala Lumpur’ yang mengetengahkan beberapa kawasan pelancongan warisan di sekitar kota raya itu.
Baca Artikel berkaitan: UNESCO Iktiraf Budaya Sarapan Pagi Di Malaysia
Baca Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Dinobat Bandar Ke-8 Terbaik Di Dunia Untuk Golongan Ekspatriat
Baca Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Jadi Destinasi Kedua Paling Popular Di Kalangan Pelancong Antarabangsa – Airbnb
Airbnb & ThinkCity Lancar ‘Heritage Guide to Kuala Lumpur’
Menerusi satu kenyataan, Airbnb berkata panduan digital itu dihasilkan bagi memberi pengalaman perjalanan yang autentik buat para pelancong.
Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026), panduan ini juga dihasilkan bagi menyokong visi negara dalam memacu pelancongan berasaskan warisan.
Antara yang ditampilkan di dalam ‘Heritage Guide to Kuala Lumpur’ adalah mercu tanda bersejarah, simbol kebudayaan, artisan tempatan, khazanah kulinari dan ruang kreatif.
“Dengan mengetengahkan nadi budaya Kuala Lumpur, kami berharap dapat menginspirasikan lebih ramai pelancong untuk meneroka secara bertanggungjawab, menyokong komuniti tempatan, serta mengalami warisan unik Malaysia melalui model pelancongan yang mampan dan inklusif,” kata Ketua Negara Airbnb bagi India dan Asia Tenggara, Amanpreet Bajaj.

KL Destinasi Utama Dalam Negara Bagi Separuh Pertama 2025 – Airbnb
Tambah Airbnb, pelancaran panduan digital ini selari dengan statistik yang menunjukkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama dalam negara di platformnya bagi separuh pertama 2025 (H1 2025).
Destinasi kaya warisan ini bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong tempatan, tetapi juga oleh rakyat Malaysia sendiri.
“Kuala Lumpur terus bernyawa dengan tenaga yang mengujakan apabila warisan, budaya dan kehidupan komunitinya terus disemarakkan melalui usaha kolektif bandar yang dijalankan di seluruh ibu kota menjelang 2026.
“Panduan Warisan ini, yang dihasilkan melalui kerjasama kami, mengajak para pelancong untuk menyelami tawaran warisan dan budaya KL, memperkaya perjalanan mereka, sambil menonjolkan rasa bangga warga kota terhadap identiti Kuala Lumpur,” kata Pengarah Urusan Think City, Datuk Hamdan Abdul Majeed.
Heritage Guide to Kuala Lumpur Jadi Panduan Bagi Budaya, Makanan & Komuniti
Panduan digital ini dapat menjadi sumber digital bagi para pelancong yang mencari pengalaman bermakna ketika berkunjung ke Kuala Lumpur.
Bukan sahaja tempat bersejarah, ia turut menampilkan kekayaan seni bina, budaya, makanan dan komuniti di sekitar kota raya serta menerangkan serba sedikit mengenai setiap lokasi.
Antara lokasi yang dinyatakan di dalam panduan digital tersebut ialah Dataran Merdeka, Masjid Jamek, River of Life, Pasar Seni dan GMBB Mall.
Malah bukan sekadar lokasi, panduan itu juga merangkumi hos tempatan dan penglipur lara budaya seperti hos Airbnb dan pemandu budaya makanan, Manjeet Dilton, serta hos Airbnb dan pemandu fotografi, Ted.
Untuk merujuk ‘Heritage Guide to Kuala Lumpur’, klik [DI SINI].






