fbpx
Now Reading
Wanita Siap Masak Untuk Beri Makan Kepada Haiwan Jalanan Raih Pujian Ramai [Video]

Wanita Siap Masak Untuk Beri Makan Kepada Haiwan Jalanan Raih Pujian Ramai [Video]

Menerusi hantaran di Threads, Nurul berkata dia telah memasak 2 kilogram hati ayam bersama 4 cawan nasi untuk diberi kepada anjing dan kucing liar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hidup sebagai haiwan jalanan sememangnya penuh dengan risiko. Bukan hanya sukar mencari makan dan minum, malah mereka turut terdedah kepada bahaya seperti dilanggar kenderaan.

Pun begitu, masih terdapat ramai individu yang berhati mulia dan sentiasa memberi makan dan minum kepada haiwan jalanan tidak kira kucing mahupun anjing.

Malah ada juga yang menjadikan tanggungjawab memberi makan kepada haiwan jalanan sebagai kerja sepenuh masa sebagai seorang ‘stray feeder’.

Baca Artikel Berkaitan: “Besar Modal Tu” – Ramai Puji Lelaki Beli Hingga 30 Ketul Ayam Goreng Sehari Buat Kucing Jalanan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bersihkan Bekas Dulu” – Tindakan Lelaki Beri Kucing Jalanan Makan & Minum Dipuji Ramai

Wanita Masak Hati Ayam Untuk Beri Kepada Haiwan Liar

Dalam satu hantaran di Threads (@urfav.adahz), seorang wanita berkongsi bahawa dia telah memberi makan kepada anjing dan kucing liar.

Katanya, dia berasa kesian memikirkan nasib anjing dan kucing jalanan di saat musim hujan sekarang.

Apa yang lebih menarik perhatian lagi, wanita Muslim itu bukan sekadar memberikan haiwan-haiwan itu dengan makanan kering (kibbles). Sebaliknya, dia telah menyediakan hidangan untuk mereka dengan memasak 2 kilogram hati ayam bersama empat cawan nasi, dengan harapan dapat menghilangkan kelaparan mereka.

Dia turut berkongsi video yang menyaksikan dua ekor anjing jalanan sedang memakan makanan yang disediakan olehnya dengan penuh berselera.

View on Threads

Netizen Puji Tindakan Wanita Beri Makan Pada Haiwan Jalanan

Tindakan mulia wanita itu memasak makanan untuk diberi kepada haiwan jalanan telah mendapat perhatian ramai yang turut memujinya.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepadanya serta mengirimkan doa agar dia dimurahkan rezeki dan diberi perlindungan.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Murahkanlah rezeki hamba-hamba yang baik hati terhadap makhluk-makhluk jalanan Mu ini,” kata seorang warganet.

Seorang wanita turut menyedari bahawa terdapat luka pada bahagian badan kedua-dua ekor anjing itu.

Apa Hukum Beri Makan Pada Anjing?

Melihat seorang wanita Muslim memberi makan kepada anjing liar, mungkin timbul persoalan mengenai hukum bertindak sebegitu.

Menurut penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, tiada masalah bagi seorang Muslim untuk memberi makan kepada anjing.

Beliau turut menceritakan kisah seorang wanita dari bani Israel yang diampunkan dosanya kerana memberi minum kepada anjing.

Dalam kisah itu, wanita tersebut yang merupakan seorang pelacur telah melihat seekor anjing yang mengelilingi sebuah telaga.

“Lalu perempuan itu ambil kain selendang, ikat pada kasut dan cedok air beri minum (kepada anjing). Lalu Allah SWT ampunkan dosa dia berzina selama ni,” ujarnya.

UAI berkata kisah ini menunjukkan bahawa seseorang boleh memberi makan kepada haiwan walaupun ia merupakan najis mughallazah.

Sebaliknya beliau berkata apa yang diharamkan adalah menganggap seekor haiwan najis, seperti anjing, sebagai haiwan yang suci.

Baca Artikel Berkaitan: “Kucing Ni Di Tangan Orang Baik” – Aksi Pemuda Gigih Selamatkan Si Bulus Tersadai Di MRR2 Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Jalanan Dari Malaysia Dinobatkan Juara Dunia Dalam ‘FIFe World Winner Show 2024’

Baca Artikel Berkaitan: Cetel: Dari Kucing Jalanan Ke Duta Setel!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.