“Bukan Edit Atau AI” – Tular Pelajar Kolej Didakwa Rakam Penampakan Pocong Di Asrama [Video]
Difahamkan, pelajar tersebut melihat entiti itu dalam keadaan samar dan terus masuk semula ke dalam biliknya untuk mengambil telefon bimbit dan merakamnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan orang pasti percaya dengan kewujudan makhluk halus seperti jin meskipun tidak dapat melihatnya di alam nyata.
Jin yang juga digelar hantu oleh sesetengah orang kebiasaannya hanya dapat dirasai kehadirannya secara ghaib tanpa boleh melihat bentuk fizikalnya.
Namun, ia juga tidak mustahil untuk menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa sekiranya diizinkan Allah SWT.
Tular penampakan seperti pocong di sebuah kolej
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pelajar kolej di Johor ternampak satu entiti yang dipercayai pocong di asramanya pada waktu 2 pagi.
Difahamkan, pelajar terbabit merakam penampakan itu dan menghantar video terbabit kepada ahli keluarganya sebelum kakaknya berkongsi rakaman berkenaan di akaun Threads miliknya (@liana.ahamad).
“Ada yang kata video AI (kecerdasan buatan), bukan AI tau, memang betul adik yang rakam. Dia ambil telefon dan hulur tangan untuk rakam sebab tak berani nak jenguk tengok,” katanya.
Nak keluar pergi toilet, sekali ternampak pocong pula
Dakwa Liana, adiknya ternampak penampakan berkenaan di awal pagi ketika ingin pergi ke toilet di saat rakan-rakan yang lain masih lagi sedang tidur.
Difahamkan, pelajar tersebut melihat entiti itu dalam keadaan samar dan terus masuk semula ke dalam biliknya untuk mengambil telefon bimbit dan merakamnya.
Bagaimanapun, Liana menegaskan bahawa adiknya sendiri tidak pasti sama ada penampakan itu sememangnya hantu atau ‘prank’ yang sedang dilakukan oleh seseorang.
“Tapi fikir balik, siapa sahaja yang nak menyamar jadi ‘Cik Cong’ nak balut-balut satu badan,” katanya lagi.
View on Threads
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang tak percaya
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Ada yang mempercayai penampakan tersebut sememangnya hantu, sementara ada juga yang masih yakin bahawa ia hanyalah manusia yang menyamar sebagai pocong.
Tidak kurang juga yang mengakui merasa seram melihat penampakan yang dipercayai hantu bungkus itu.




Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Terakam Entiti Seakan Bertanjak & Bersampin Ketika ‘Hiking’ [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tengah Seronok Review ‘Softlens’ Sekali Ada Entiti Lalu Belakang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Penampakan Pocong Di Paloh 3 Gua Musang, Kelantan



