“Bila Cikgu Gen Z + Murid Alpha” – Video Kerjaya Janaan AI Ketika Majlis Graduasi Raih Perhatian [Video]
Video kreatif AI itu memaparkan transformasi murid menjadi individu bekerjaya seperti angkasawan, polis dan sebagainya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Penggunaan teknologi AI (kecerdasan buatan) dilihat semakin meluas bukan sahaja di Malaysia tetapi serata dunia.
Selain berfungsi meningkatkan produktiviti, ramai juga tenaga pengajar yang memanfaatkannya untuk keperluan pendidikan murid. Pihak kerajaan juga dilihat menyambut baik perkara itu selepas mereka menyertakan elemen AI melalui Mata Pelajaran Teknologi dan Digital.
Malah penggunaan AI juga mampu memeriahkan sesuatu majlis dengan penjanaan video kreatif dan menarik.
Cikgu Hasilkan Video Kerjaya Janaan AI Khas Untuk Majlis Graduasi Pra Sekolah
Seperti sebelum ini, tular di laman TikTok majlis graduasi murid-murid pra sekolah Bir Ali cawangan Taman Maluri dan Taman Melati Utama.
Menerusi video perkongsian, kelihatan para murid yang segak berjubah dan memakai mortar board sedang menerima sijil mereka dari guru di atas pentas.
Kebiasaannya, skrin LED di belakang ruangan pentas akan memaparkan gambar dan pencapaian murid sepanjang tempoh persekolahan.
Namun lain pula kali ini apabila para guru tampil dengan idea yang berbeza dan kreatif iaitu menghasilkan sebuah video bagi setiap pelajar yang memaparkan transformasi murid-murid menjadi individu bekerjaya menggunakan AI.
Video itu dimulai dengan klip kanak-kanak mengambil gambar bersama skrol dan kemudiannya bertukar kepada figura pekerja profesional sebagai contoh doktor perubatan, polis, juruterbang, anggota bomba, saintis, angkasawan dan sebagainya. Comel!
@biralimalurimelati Graduation tadika style AI 😂 Bila teacher gen Z + student gen alpha.. Congratulations 6 years student Bir Ali Taman Maluri & Taman Melati Utama #majlistakharruj #graduasi #ihtifal #tadika #genz
♬ original sound – Zekkun – Zekkun
Tonton video penuh [DI SINI].
Pilihan kerjaya itu dipercayai merupakan cita-cita bagi setiap pelajar tersebut.
“Graduasi tadika style AI 😂. Bila cikgu Gen Z + pelajar alpha. Tahniah murid 6 tahun Bir Ali Taman Maluri dan Taman Melati Utama,” ujar pengendali akaun di ruangan kapsyen.
Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas video meraih sebanyak 1.2 juta kali tontonan setakat artikel ini ditulis (17 Disember).
Orang Ramai Kagum Lihat Cikgu Manfaatkan Penggunaan AI
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja melihat video janaan AI berkenaan.
“Bagusnya cikgu tadika ada usaha macam ni. Hari anugerah sekolah rendah anak saya edit gambar guna background cantik-cantik macam dekat luar negara untuk dijadikan slideshow bila anak naik atas pentas.
“Tu pun dah buat ibu ayah tersenyum. Kalau edit macam ni mesti lagi berbunga-bunga hati parents. Tahniah cikgu-cikgu 👏🏻,” kata seorang warganet.
“Pernah nampak orang luar negara buat trend ni. Saya gembira ada tadika (di Malaysia) yang ikut! Cikgu memang ikut perkembangan semasa. Lovee,” tambah seorang lagi wanita.
Malah ada juga yang sempat berseloroh selepas membandingkan video kerjaya itu dengan cita-cita anak sendiri.
“Kalau anak saya tak tahulah video dia macam mana. Dia kata nak jadi Spiderman bila besar nanti,” jenaka ibu tersebut.
Ibu Ayah Bangga Lihat Anak Kecil Mempunyai Impian Besar
Sementara itu, ramai individu turut berasa kagum melihat anak kecil yang sudah mempunyai impian hebat meskipun masih muda.
“Tersebak weh. Bangga dengan anak-anak sebab ada cita-cita dan lagi bangga dengan cikgu sebab manfaat sebaiknya perkembangan teknologi sekarang. Kudos! 👍😍” kongsi seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen netizen:










