fbpx
Now Reading
“6 Orang Boleh Kenyang” – Lelaki Kongsi Resepi Bajet, Hanya Setin Sardin & Secupak Beras [Video]

“6 Orang Boleh Kenyang” – Lelaki Kongsi Resepi Bajet, Hanya Setin Sardin & Secupak Beras [Video]

Menurut lelaki terbabit, resepi yang hanya menggunakan beras dan setin sardin itu diperolehinya sewaktu zaman belajar dahulu daripada rakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mereka yang pernah memasuki asrama ketika sekolah menangah atau semasa zaman belajar di universiti dahulu pasti pernah melalui saat perlu berjimat cermat dengan duit belanja yang ada.

Mungkin ada pernah makan mi segera sahaja dalam sehari atau hanya memesan nasi bujang di kedai makan.

Tidak dinafikan, perkara sebegini pastinya membuatkan mereka menjadi lebih kreatif dalam berjimat cermat tetapi perut tetap terisi dan kenyang.

Lelaki kongsi resepi mesra poket, boleh kenyangkan ramai orang

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki telah tampil berkongsi satu resepi yang sangat-sangat jimat tetapi dapat mengenyangkan ramai orang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok lelaki itu (@dedehy), dia berkata bahawa resepi terbabit diperolehinya sewaktu zaman belajar dahulu daripada rakannya.

“Dulu zaman belajar kami pernah kesempitan duit, jadi kami kongsi-kongsi duit untuk beli bahan masakan, jadi bila saya nampak kawan saya, saya terkejut sebab bahan yang digunakan boleh kenyangkan juga,” katanya.

Hanya dua bahan buat bubur sardin, boleh kenyangkan 6 orang makan

Apa yang mengejutkan, bahan masakan yang digunakan hanyalah dua bahan sahaja iaitu setin sardin tin dan secupak beras.

Menurut lelaki itu, ketika zaman belajar dahulu, dua bahan berkenaan boleh mengenyangkan enam orang yang kelaparan.

Difahamkan, kedua-dua bahan itu digunakan untuk membuat bubur sardin. Lelaki terbabit kemudiannya berkongsi cara memasaknya dengan hanya menggunakan penanak nasi (rice cooker).

Berikut cara penyediaan bubur sardin:

  • Masukkan secupak beras yang sudah dicuci ke dalam rice cooker.
  • Kemudian masukkan pula sardin tin ke dalam rice cooker.
  •  Masukkan air dalam kuantiti yang banyak untuk memastikan nasi menjadi bubur.
  • Letak sedikit garam, penambah rasa dan serbuk lada putih selepas ia sudah menjadi bubur.

Pesan lelaki berkenaan, buka sedikit penutup rice cooker sekiranya air melimpah ketika nasi sedang dimasak.

Mudah sahaja bukan? Korang boleh lah cuba di rumah.

@dedehy

Kisah Benar.

♬ original sound – dedehy

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Nasi Kukus Ayam Berempah Raih Pujian, Tak Lokek Kongsi Resipi Hingga Peniaga Lain Laris Jualan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Reaksi Khairul Aming Pening Kepala Lihat Ramai Gagal Ikut Resipi Dikongsikannya Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cermat Berbelanja Tapi Raya Dengan Gaya Mewah? Ini 4 Port Shopping Yang ‘Mesra Poket’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.