fbpx
Now Reading
Zaliha & Mohd Na’im Digugur Daripada Kabinet Kerajaan Madani, Hannah Yeoh Tukar Kementerian

Zaliha & Mohd Na’im Digugur Daripada Kabinet Kerajaan Madani, Hannah Yeoh Tukar Kementerian

Difahamkan, Hannah Yeoh kini menjadi Menteri Wilayah menggantikan Dr Zaliha Mustafa sementara Datuk Dr Zukifli pula yang dahulu timbalan kini menjadi Menteri Hal Ehwal Agama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan senarai Kabinet baharu Kerajaan Madani.

Menerusi satu sidang media sekitar jam 3.30 petang tadi, Anwar hanya mengumumkan senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri bagi lantikan baharu serta yang menukar portfolio sahaja.

Sementara, nama Menteri dan Timbalan Menteri yang dikekalkan tidak diumumkan.

Mohd Na’im dan Zaliha digugurkan daripada kabinet

Apa yang menarik perhatian, rombakan ini menyaksikan dua menteri di Jabatan Perdana Menteri digugurkan daripada kabinet.

Mereka ialah Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa.

Difahamkan, tempat Mohd Na’im kini diisi oleh Datuk Dr Zukifli Hasan yang dahulunya Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama.

Hannah Yeoh ganti tempat Zalihi, tidak lagi jadi Menteri Belia dan Sukan

Sementara jawatan Zaliha pula kini diganti Hannah Yeoh yang dahulu menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Manakala, Menteri Belia dan Sukan pula diganti oleh Dr Mohammed Taufik Johari yang merupakan lantikan baharu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang dahulunya dipegang oleh Adam Adli Abd Halim kini disandang oleh lantikan baharu iaitu Mordi Bimol.

Adam Adli pula kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Selain itu, K Saraswathy turut digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri Perpaduan dan digantikan Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran.

Menurut Anwar, kesemua lantikan baharu dan mereka yang menukar portfolio ini akan mengangkat sumpah pada pukul 10 pagi esok di Istana Negara dan disusuli mesyuarat jemaah menteri pada jam 2.30 petang.

Berikut senarai penuh Kabinet Kerajaan Madani baharu:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.