Transfer Duit Ke Pasangan Jangan Tulis ‘I Love You’ Di Ruang Rujukan, Peguam Syarie Kongsi Sebabnya
Menurut peguam syarie itu, tulisan seperti ‘I love you’ yang ditulis pada bahagian rujukan atau butiran tidak boleh menjelaskan wang yang dipindah itu adalah nafkaf, pinjaman, hadiah, duit belanja anak dan sebagainya di mahkamah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, proses pemindahan dana kepada akaun bank lain amatlah mudah pada zaman ini dengan hanya mengimbas kod QR melalui sistem DuitNow atau mengisi maklumat nombor akaun sahaja.
Malah, transaksi menjadi lebih mudah dengan adanya ciri pindahan ke akaun ‘favourite’ (kegemaran).
Bagaimanapun, masih ada individu yang mengambil mudah kemudahan ini dengan tidak mengisi secara terperinci berkenaan duit yang ingin dipindahkan di ruangan rujukan dan butiran.
Sebagai contoh, ada pasangan yang menghantar duit kepada isteri atau suami dengan ayat-ayat cinta sahaja tanpa memberi rujukan yang jelas berkenaan pemindahan wang yang dilakukan itu.
Peguam syarie larang suami isteri tulis ayat-ayat cinta ketika transfer duit
Susulan itu, seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Adlyna tampil menasihati pasangan suami isteri agar tidak melakukan perkara itu.
Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Adlyna berkata perbuatan itu tidak membantu jika sebarang masalah atau pertikaian berlaku di masa hadapan.
“Di mahkamah, cinta tidak dinilai, yang dinilai cuma niat dan bukti. Jadi bila transfer duit, tulis tujuan sebenar,” tulisnya di kapsyen.
Tulisan ‘I love you’ tak boleh dinilai dalam mahkamah
Menurutnya, tulisan seperti ‘I love you’ yang ditulis pada bahagian rujukan atau butiran tidak boleh menjelaskan tujuan wang yang dipindah itu, sama ada ia adalah nafkah, pinjaman, hadiah, duit belanja anak dan sebagainya di mahkamah.
“Hari ini mungkin bahagia. Esok lusa kita tak tahu apa yang berlaku. Jika berlaku, pertikaian harta, tuntutan nafkah, perceraian, kematian atau urusan pusaka, ayat ‘I love you’ tak boleh jelaskan,” katanya.
Menurutnya lagi, di mahkamah, emosi tidak dinilai, yang dikira hanyalah bukti dan niat transaksi tersebut.
Susulan itu, beliau turut berkongsi contoh rujukan atau butiran yang lebih jelas dan selamat.
Berikut contoh-contohnya:
- Nafkah isteri bulan Disember 2025
- Belanja sekolah anak
- Bayaran sewa rumah
- Hadiah ulang tahun hibah
- Pinjaman sementara
Untuk lihat carousel penuh klik di [SINI]
Menerusi ruangan komen, beliau turut menjelaskan nasihat ini bukan hanya terpakai untuk kes cerai sahaja, sebaliknya ia boleh digunakan untuk kes menumpang (meminjam) akaun pasangan dan berlakunya kematian.
Justeru nota reference tersebut boleh dijadikan rujukan untuk tuntutan.

Baca Artikel Berkaitan: Peguam Syarie Kongsi ‘Red Flag’ Calon Isteri Dari Sudut Undang-undang Syariah Untuk Lelaki
Baca Artikel Berkaitan: Isteri Boleh Dapat Hak Jagaan Anak Walaupun Dikira Nusyuz, Peguam Syarie Jelas Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Nafkah Ikut Kemampuan Suami, Bukan Kehendak Isteri – Peguam Syarie [Video]






