Now Reading
Ramai Teruja Lihat Gelagat Pakcik Jumpa Kumpulan K-Pop Kegemaran Buat Pertama Kali [Video]

Ramai Teruja Lihat Gelagat Pakcik Jumpa Kumpulan K-Pop Kegemaran Buat Pertama Kali [Video]

Apa yang menarik perhatian, pakcik Piza berkenaan turut berkongsi pengalaman dia dapat berjumpa kumpulan Seventeen di akaun media sosial perniagaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@imangolove2/video/7584101395704368405https://www.tiktok.com/@imangolove2/video/7584036829255535893

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu pastinya pernah atau ada meminati mana-mana selebriti atau penyanyi dan tidak akan melepaskan peluang jika dapat bertemu dengan individu yang diminati itu.

Malah dek kerana minat ada yang menyimpan gambar, poster atau cenderamata daripada selebriti berkenaan untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Tak kurang juga ada yang mengambil peluang untuk berjumpa dengan penyanyi yang diminati seperti ke konsert, atau sebarang majlis dan sebagainya.

Anak teman bapa ke acara berjumpa kumpulan K-pop kegemaran

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi momen dia menemani ayahnya yang merupakan peminat penyanyi kumpulan K-pop Korea Selatan iaitu Seventeen.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @bukokemano di TikTok, dia memaklumkan ia adalah program K-pop pertama kumpulan berkenaan yang disertai oleh bapanya.

Umum mengetahui kebiasaannya peminat kumpulan K-pop terdiri daripada generasi muda dan juga mereka berusia sekitar 40-an.

Datang dari Melaka untuk acara yang berlangsung di Kuala Lumpur

Namun berbeza dengan pakcik ini, dek kerana minatnya kepada kumpulan penyanyi lelaki tersebut dia mengagahkan diri dari Melaka untuk menyertai program yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Jelas anak lelakinya, memandangkan ia adalah pertama kali si ayah menyertai program seperti itu ia membuatkan dia tidak tahu apa yang perlu dijangkakan.

Malah dia juga mempunyai perasaan bercampur-baur sama ada ingin menyertai atau pun tidak program itu.

Ramai ‘Carat’ yang teruja jumpa pakcik piza

Namun pakcik itu akhirnya menyertai program untuk bertemu dengan ahli kumpulan Seventeen dan ternyata ramai peminat tegar (fandom) yang dikenali sebagai ‘carat’ tidak melepaskan peluang untuk ke acara tersebut.

Apa yang lebih menarik perhatian, sewaktu pakcik itu hadir ke acara berkenaan ramai yang turut mengenalinya.

Bukan hanya itu seluruh keluarga termasuk anak dan isteri turut menemani pakcik piza ke acara berkenaan.

Ayah siap keluar dekat dalam televisyen besar di Pavillion

Sambil menunggu bapa yang menghadiri acara itu, mereka turut berkunjung ke tempat lain. Jelas anak lelakinya, sewaktu sedang makan seorang rakannya kemudian menghantar gambar menunjukkan ayahnya berada di barisan paling hadapan sewaktu acara terbabit.

Bahkan ayahnya turut muncul dalam televisyen di pusat membeli-belah Pavillion di mana tempat acara tersebut berlangsung.

Ketika disoal oleh anaknya bagaimana dia boleh berada di hadapan, si ayah memaklumkan peminat kumpulan Seventeen begitu baik dan membenarkan dia berada di barisan itu.

@bukokemano

Replying to @샤자 part 2 is out! overall he’s happy, as long as you guys are happy too! Thank you now go support @Mango Love Melaka 🥭 !! Can’t wait for next @SEVENTEEN event kalau ada 😜 #misterpotato #seventeeninkl #carats #fyppppppppppppppppppppppp #kpop

♬ Funny – Gold-Tiger

Pakcik sering kongsi dan buat konten perniagaan berkaitan kumpulan Seventeen

Menerusi satu lagi akaun TikTok, @mangolovemelaka iaitu akaun perniagaan milik pakcik berkenaan, kelihatan dia sememangnya sering berkongsi tentang minatnya terhadap Seventeen.

Bahkan dia juga ada membuat beberapa konten mengenai kumpulan K-pop itu dengan perniagaan piza dan air mangga yang dijualnya.

Dia yang turut dikenali sebagai Pakcik Piza turut berkongsi pengalamannya berjumpa dengan kumpulan terbabit.

Sewaktu berada di acara itu, kelihatan semua peminat kumpulan Seventeen turut bersorak memanggil namanya iaitu ‘pakcik piza’.

Malah dia juga turut membawa pulang standee yang ada di acara tersebut.

Ramai teruja lihat pakcik piza serta acara jumpa kumpulan Seventeen

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan gelagat pakcik berkenaan dapat berjumpa dengan kumpulan penyanyi yang diminatinya.

Bahkan ada juga yang ingin berkunjung ke kedainya untuk memberikan sokongan kepada perniagaan yang dijalankan.

Ada juga yang terhibur, kerana pakcik dilihat begitu seronok sewaktu dapat berjumpa dengan kumpulan berkenaan.

“Pakcik ada peminat sendiri, semua hype pakcik piza”

“Mesti pakcik nak letak standee depan kedai mango”

“Bawak standee tak tahan tu, love pakcik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.