Pernah Terlibat Kemalangan Ngeri & Nyaris Hilang Nyawa, Rider Terus Bangkit Buat 30 Penghantaran Sehari
Jelas Ahmad Nabil yang juga seorang rider Grab kebiasaannya dia akan membuat 30 pesanan dan pernah memecah rekod sendiri dengan membuat 50 penghantaran walaupun terpaksa menunggang motosikal sebelah tangan sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu pastinya mempunyai ujian masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Tidak kiralah apa jua ujian yang mendatang, perkara itu tetap diharungi dengan sabar, tenang dan tabah serta berharap agar Allah SWT memberikan ganjaran yang lebih baik untuk segala yang berlaku.
Meskipun melalui pelbagai ujian namun perkara itu tidak mematahkan semangat, sebaliknya memberi motivasi untuk melakukan lebih baik dalam kehidupan yang mendatang.
Lelaki tak patah semangat walau ada kekurangan, gigih buat 30 penghantaran sehari
Perkara sama turut diterapkan oleh seorang penghantar makanan Grab ini apabila tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan sebaliknya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam pekerjaannya.
Lelaki yang berasal dari Kertih, Kemaman, Terengganu ini berdepan dengan ujian berat apabila dia terbabit dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya dan kehilangan tangan kiri akibat insiden yang berlaku sekitar lapan tahun lalu.
Dia yang dikenali sebagai Ahmad Nabil Rosli berusia 26 tahun itu bagaimanapun tetap berusaha melakukan terbaik dalam kerjaya sebagai penghantar makanan dengan melakukan sebanyak 30 hingga 50 penghantaran sehari.
“Selalu saya buat dalam 30 order. Alhamdulillah, saya pernah juga pecah rekod dalam masa sehari bekerja. Dalam sehari saya pernah buat hampir 50 penghantaran.
“Memang bermula dari pagi sampai malam sebab kerja sebagai ‘rider’ ini ada pasang surutnya. Jadi apabila ada hari ada rezeki ada tempahan makin lama makin rancak, saya terima sahaja,” jelasnya, lapor Sinar Harian.
Sering kongsi rutin bekerja untuk jadi inspirasi
Ahmad Nabil turut dilihat sering berkongsi rutinnya sebagai rider Grab menerusi akaun media sosial di TikTok @KingOfOneHand.
Malah kegigihannya dalam mencari rezeki sebagai penghantar makanan turut menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Jelasnya peningkatan jumlah penghantaran terbabit berlaku disebabkan hasil disiplinnya dalam bekerja dan kesungguhan melayan setiap order yang diterimanya.
Pecah rekod sendiri buat 50 pesanan sehari, terus positif dengan ujian yang diterima
Menurutnya sebelum ini jumlah paling tertinggi adalah 45 pesanan sehari sebelum dia berjaya memecahkan rekod sendiri apabila dapat melakukan 50 pesanan dalam sehari.
“Saya pernah fikir boleh ke nak capai 50 tempahan sehari, mungkin ada dan Alhamdulillah, rezeki masa itu memang betul-betul ada.”
Walaupun dia perlu menunggang motosikal dan menghantar makanan menggunakan sebelah tangan namun Ahmad Nabil masih terus positif dengan setiap ujian diterima dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk berkerja dengan lebih baik lagi.
“Siapa yang tidak nangis waktu itu, namun ramai yang baik hati dan memahami, malah mereka memberi kata-kata semangat kepada saya. Alhamdulillah,” katanya.
@ahmadnabil400 Demi seriya samah kami sanggup.💪🏻
♬ kau tetapku hajati cover projector band – PROJECTOR BAND
Tak pakai tangan palsu ketika bekerja kerana sakit pada bahagian saraf bahu, kongsi detik ketika kemalangan
Tambah Ahmad Nabil lagi, dia tidak lagi memakai tangan palsu sewaktu berkerja untuk menghantar makanan. Ini kerana penggunaan yang kerap telah membuatkan dia berasa sakit di bahagian saraf bahu.
Mengulas mengenai kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu, insiden tersebut berlaku pada 2017 dan dia mengalami kecederaan yang serius dan koma.
Katanya sewaktu kemalangan motosikal yang ditunggang telah diseret hingga ke tengah jalan sebelum terbakar, dan jantungnya pula dilaporkan terhenti sekitar setengah jam sewaktu mendapatkan rawatan kecemasan.
“Waktu itu ayah beritahu jantung saya terhenti setengah jam dan doktor buat macam-macam usaha untuk selamatkan saya. Masa itu memang kritikal.”
@ahmadnabil400 masing-masing dah ada hala tuju dan berkeluarga.🥹doakan nabil pun akan jadi macam semua insyaallah.❤️🤲🏻
♬ Tentang Bulan Bulan Asyraff Cover – Bulan Asyraff
Anggap insiden sebagai peluang kedua
Ahmad Nabil turut menganggap insiden yang berlaku itu sebagai peluang keduanya sebaik kembali sedar dan kemudian menerima rawatan insentif.
Dia yang merupakan anak kedua dari enam beradik itu memaklumkan keluarga, adik-beradik serta rakan baik tidak putus memberikan semangat serta dorongan kepadanya.
Malah sokongan itu yang membuatkan dia tidak berputus asa untuk kembali semula bekerja dan berdikari meskipun mempunyai kekurangan fizikal.
Dia turut mengatakan perkongsian di media sosial adalah bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai selain memberikan mesej atau motivasi kepada semua untuk tidak berputus asa dengan ujian yang mendatang.
@ahmadnabil400 Sehebat mana kita rancang, rancangan Allah tetap lebih indah.♿️
♬ Kamin – EMIN & JONY



