“Mesti Dia Baru Tengok Papa Zola” – Ramai Terharu Lihat Rider Terima Tips Ratusan Ringgit Dari Mat Saleh [Video]
Berdasarkan video yang dikongsikan, pelanggan itu berkata dia akan pulang ke negara asalnya dan tidak mahu menukar kembali duit Ringgit Malaysia yang ada padanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Salah satu pekerjaan popular pada masa kini adalah melibatkan sektor gig seperti menjadi penghantar makanan.
Namun tidak dapat dinafikan bahawa tugas sebagai seorang penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan sahaja perlu menghantar pesanan kepada pelanggan, tetapi juga memastikan makanan dan minuman berada dalam keadaan yang baik sepanjang perjalanan.
Malah mereka juga sering perlu bertugas di waktu tengah malam, ketika suasana di kota sudah semakin sunyi.
Namun betullah kata orang, kalau kita mencari rezeki yang halal pasti akan dikurniakan lebih lagi daripada Maha Esa.
Baca Artikel Berkaitan:“Orang Tidur Aku Keluar” – Pemuda Jadi ‘Burung Hantu’ Demi Mencari Sesuap Rezeki [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Sudah Bongkok Masih Gagah Cari Rezeki Jadi Penghantar Makanan [Video]
Rider Hantar Makanan Ke Rumah Mewah Di Kuala Lumpur
Itulah yang seperti berlaku baru-baru ini terhadap seorang penghantar pesanan makanan ketika menjalankan tugasnya di waktu malam.
Menerusi hantaran di TikTok (@rafy_axl), dia berkongsi bagaimana dia menerima tips dalam jumlah yang amat banyak ketika melakukan penghantaran di sebuah rumah di Kuala Lumpur.
Dari luar, kelihatan kediaman yang dihantar makanan itu merupakan sebuah rumah banglo yang besar dan mewah.
Dia juga dilihat menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya yang digelar Brandon, menerusi tingkap di bangunan pengawal keselamatan. Di ruangan balas, dia berkata Brandon merupakan seorang Mat Saleh.
Pelanggan Beri Rider Tips Ratusan Ringgit
Namun belum sempat dia meneruskan perjalanan usai membuat penghantaran, lelaki itu telah memanggilnya dan bertanya jika dia boleh menunggu sebentar untuk diberi tip (upah tambahan).
“Minta maaf. Saya ada tips untuk awak. Boleh awak tunggu?” tanya pelanggan itu.
Tidak lama kemudian, Brandon kembali dan menyerahkan beberapa not RM100 yang bernilai ratusan ringgit malah mungkin mencecah RM1,000 sehingga mengejutkan dirinya.
“Betul ke? Ni banyak ni,” katanya.
Pelanggan itu bagaimanapun berkata dia akan bertolak esok (mungkin kembali ke negara asalnya) dan “terlalu malas untuk menukar semula wang RM” yang dimiliki olehnya.
“Rezeki tak pernah salah alamat. Alhamdulillah tips paling besar pernah dapat sepanjang buat GrabFood,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@rafy_axl Rezeki tak salah alamat… Alhamdulillah tips paling besar pernah dapat sepanjang buat grabfood.. #grabfood #rezeki #hustle #kualalumpur #insta360 ♬ original sound – Muhamad Rafiuddin
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Terkejut Rider Dapat Tips Banyak
Mendapat tips dalam jumlah yang begitu besar sememangnya meraih perhatian orang ramai yang membanjiri ruangan komen.
Mereka lebih terkejut apabila mendengar Brandon berkata dia malas untuk menukar duit sebelum meninggalkan Malaysia.
Ramai juga yang turut bersama-sama rasa gembira dan terharu melihat situasi itu.
“Semua ungu (not RM100) pula tu. Dia yang dapat, aku yang happy,” ujar seorang warganet.
“Mesti atas motor mulut sebut Alhamdulillah dan nangis. Aku yang dapat RM50 pun dah senyum lebar. Rezeki kau abang. Syukur,” kata seorang lagi.
Di samping itu, ada yang berseloroh sama ada rider tersebut telah mematikan fungsi penghantarannya dan pergi bercuti dengan duit tips yang diterima.
Malah ada juga yang berjenaka bahawa Brandon pasti telah menonton filem Papa Zola yang membuatkan dia mahu membantu seorang rider.











Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Warga Emas Gigih Cari Rezeki & Jaga Isteri Strok Walau Hidap Sakit Buah Pinggang Tahap 5 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Di Usia Ini Masih Cari Rezeki” – Pakcik Pemandu Bas Kerja 7 AM – 10 PM Buat Ramai Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Belum Sampai Dah Dapat Rezeki DariNya”- Jemaah Teruja Tempah Kelas Ekonomi Dapat Tempat Duduk Perniagaan [Video]



