fbpx
Now Reading
Isu Pamer Stok Susu Ibu Di Media Sosial Kembali Jadi Perdebatan, Ini Hukumnya

Isu Pamer Stok Susu Ibu Di Media Sosial Kembali Jadi Perdebatan, Ini Hukumnya

Sebelum ini, seorang jururawat berpendapat para ibu tidak sepatutnya memuat naik gambar atau video hasil perahan susu badan di khalayak ramai terutamanya secara online.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memang tidak dapat dinafikan, ramai golongan ibu yang suka berkongsi amalan dan rutin mereka dalam membesarkan anak.

Siap ada komuniti lagi di platform media sosial. Sambil-sambil belajar ilmu baharu daripada satu sama lain, dapat juga mereka meningkatkan kesedaran tentang sesuatu topik khususnya yang melibatkan keibubapaan (parenting).

Sebagai contoh, mungkin ada sesetengah wanita khususnya yang pertama kali bergelar seorang ibu berdepan dengan masalah membekalkan bayi dengan susu badan yang secukupnya. Sama ada mereka diuji dengan susu badan yang kurang atau pelbagai faktor lain.

Ramai juga di kalangan kaum Hawa yang memuat naik gambar hasil susu badan yang sudah dipam di media sosial. Bagaimanapun, segelintir individu tidak selesa dengan perkongsian sebegitu.

Baca Artikel Berkaitan: “Meriahnya Rezeki Susu Anak-anak” – Tindakan Wanita Ini Kongsi Susu Badan Dipuji Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa

Jururawat Tak Setuju Hasil Susu Badan Dipapar Di Media Sosial

Seperti baru-baru ini, seorang jururawat wanita bertanya kepada orang ramai tentang perkara-perkara yang tidak wajar dinormalisasikan oleh masyarakat sekarang. Menurut pandangan wanita itu, salah satunya adalah tindakan para ibu yang berkongsi foto stok susu badan yang sudah dipam keluar.

“Pam susu dan tunjuk, ‘Oh rezeki anak hari ni banyak ni’. Weh aku tak boleh la. Panggil la aku old school. Tapi, boleh tak pam (susu) diam-diam dekat rumah? Susu tu cecair yang keluar dari badan. Rasa macam, tolong la😵‍💫,” katanya.  

View on Threads

Tindakan Para Ibu Kongsi Hasil Susu Badan Di Khalayak Ramai Cetus Perdebatan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi. Ada yang berkata gambar susu badan itu hanya untuk meningkatkan semangat para ibu untuk tidak mengalah dalam menghasilkan susu yang banyak buat si manja.

“Fikir macam ni je, berapa banyak susu yang dia pam tu sebenarnya jadi satu bentuk semangat untuk mak-mak lain yang tengah hampir putus asa, hilang harapan, atau rasa terlalu penat dan tertekan. Kita sesama mak ni memang kena saling sokong dan angkat satu sama lain,” ujar seorang wanita.

“Saya faham pandangan awak tapi saya sebenarnya dah tolong ramai kawan dan rakan-rakan online untuk menyusu badan (breastfeeding) sepenuhnya. Sebab diorang nampak posting saya dan minta tips. Sampai satu tahap saya terfikir nak tulis buku sebab penat ulang benda sama. Tetapi saya juga tahu yang menyusu ni bukan rezeki semua orang,” tambah seorang lagi netizen.

Sumber: Threads

Segelintir Wanita Dakwa Susu Badan Adalah Aurat

Bagaimanapun segelintir individu pula berpendapat menayangkan susu badan di khalayak ramai secara online adalah sesuatu yang memalukan. Bahkan ada yang mendakwa bahawa susu badan juga adalah aurat bagi seorang wanita.

“Sebenarnya malu. Lagi-lagi yang siap tunjuk video masa keluarkan pam dari baju tu,” kata seorang pengguna Threads.

“Ramai tak tahu tapi susu pun antara sebahagian daripada aurat ya. Orang yang ada fetisy (fetish) benda yang bukan-bukan ni pun seram okay. Ada segelintir kaum lelaki membayangkan begitu dan begini,” dakwa seorang warganet.

Sumber: Threads

Mufti WP Perjelas Hukum Tayang Susu Badan Di Khalayak Ramai

Untuk info, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini ada mengulas tentang isu tersebut. Jelas mufti, pengharaman melihat anggota aurat wanita termasuk mana-mana bahagian yang terpisah daripada anggotanya, namun susu badan tidak termasuk dalam kategori aurat.

Dapat disimpulkan juga bahawa cecair yang keluar secara tabii seperti air kencing dan susu tidak dikategorikan sebagai bahagian daripada aurat.

Bagaimanapun, Pejabat Mufti WP menasihatkan para ibu untuk menyimpan stok susu tanpa mendedahkan kepada pandangan umum agar tidak mengundang reaksi negatif dalam kalangan masyarakat.

Apa Contoh Reaksi Negatif Orang Ramai Terhadap Tayangan Susu Badan?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa antara contoh reaksi atau pandangan kurang senang terhadap perkongsian susu badan ini. Beberapa individu di ruangan balas Threads ada berkongsi bahawa tayangan susu ini boleh menarik perhatian dan menaikkan nafsu syahwat sesetengah para lelaki.

“Bukanlah aurat tapi pandangan lelaki miang dengan orang normal tak sama. Tengok susu je dah boleh pergi jauh imaginasi dia sebab pernah tengok satu podcast ni tentang bekas banduan yang pervert. Dia ada masalah dengan nafsu yang tidak boleh dikawal.

“Tapi yang terkejutnya kawan dia yang normal pun imaginasi boleh pergi jauh kalau tengok susu badan dalam botol sebab lelaki memang nafsunya benda-benda macam tu. Tak peliklah jadi kita kena berjaga-jaga,” kongsi seorang wanita.

Malah seorang individu juga ada berkongsi sudut pandangan dari seorang lelaki sendiri mengenai posting susu badan di media sosial.

“Lain kali kena post dalam Bahasa Arab gamaknya. Dia (golongan ibu) tak tahu lelaki punya imaginasi macam mana kalau diorang tayang susu badan,” ujar seorang lelaki.

Sumber: Threads

Malah seorang lelaki menegaskan pernah berbual dengan rakan-rakannya di mana majoriti berpendapat mempamerkan perahan susu ibu umpama kaum Adam menayangkan air mani kepada umum.

Sumber: Threads

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.