fbpx
Now Reading
“Dapat 11A Tak Naik Pentas” – Lelaki Dakwa Adik Cemerlang SPM Tak Dirai Demi Jaga Hati Pelajar Kurang Perform

“Dapat 11A Tak Naik Pentas” – Lelaki Dakwa Adik Cemerlang SPM Tak Dirai Demi Jaga Hati Pelajar Kurang Perform

Seorang lelaki mendakwa adiknya sebelum ini yang meraih 11A dalam SPM tidak dibernarkan dirai di atas pentas kerana mahu menjaga hati pelajar lain yang tidak skor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Secara umumnya, setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tentu mempunyai matlamat masing-masing bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan besar itu.

Keputusan yang baik bukan sahaja meningkatkan peluang untuk melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi, malah membuatkan ibu bapa yang banyak berkorban selama ini berasa bangga dengan kejayaan tersebut.

Antara ayat dan impian murid-murid yang kita selalu dengar adalah, “Nanti nak bawa ibu ayah sekali naik pentas.”

Dapat lihat muka mak ayah kita tersenyum dan menahan sebak selepas menaiki pentas bersama anak memang satu momen yang tidak ternilai dan susah untuk dilupakan.

Lelaki Tak Puas Hati Adik Cemerlang SPM Tak Dapat Naik Pentas

Namun hasrat itu tidak kesampaian buat segelintir pelajar lepasan SPM selepas didakwa tidak dibenarkan untuk dirai bagi menjaga hati pelajar yang lain.

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki mendakwa bahawa adiknya yang mendapat keputusan SPM membanggakan iaitu 11A tidak berpeluang menaiki pentas bagi meraikan momen tersebut.

Dakwanya, ia bagi menjaga hati pelajar yang tidak skor peperiksaan itu. Dalam bahasa mudahnya, tak nak ada pihak yang terasa apabila pelajar dengan prestasi luar biasa disambut baik manakala pelajar kurang cemerlang diabaikan.

Pelajar Cemerlang SPM Layak Diraikan Pada Momen Terakhir Di Alam Persekolahan

Perkara itu membuatkan lelaki itu tidak berpuas hati kerana bagi pendapatnya, pelajar-pelajar cemerlang telah berusaha bersungguh-sungguh selama ini bagi mencapai keputusan yang membanggakan itu.

“Siapa punya idea la pelajar cemerlang tak payah naik pentas sebab nak jaga hati pelajar lain yang tak dapat skor. Kesian weh adik aku dapat 11A SPM tak dapat naik pentas. Paling tidak, para pelajar ini berhak mendapat perkara itu (naik pentas) pada momen terakhir mereka di sekolah,” dakwanya.

View on Threads

KPM Raikan Semua Calon SPM Yang Sudah Berusaha Keras

Menerusi carian kami, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini ada mengulas tentang isu terbabit menerusi hantaran di Facebook.

Jelas KPM, majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan SPM boleh diadakan di peringkat sekolah. Jika penganjuran majlis itu diadakan di peringkat sekolah, maka semua calon yang mengambil peperiksaan SPM perlu melibatkan diri dan bukan sebahagian kecil calon yang memperoleh keputusan cemerlang sahaja.

Malah, KPM turut meraikan semua calon yang telah berkerja keras dan menyumbang kepada prestasi keseluruhan sekolah.

Bagaimanapun tidak disebut mengenai larangan pelajar cemerlang SPM yang tidak boleh diraikan di atas pentas.

Difahamkan, notis ini dimuat naik selepas tular dakwaan wujudnya pekeliling dari sebuah sekolah menengah yang menyebut pelajar tidak boleh menerima slip di atas pentas.

Perkara tersebut dikongsi oleh influencer dan bekas cikgu terkenal Mohd Fadli Salleh di laman Facebook.

Ramai Tak Setuju Pelajar Cemerlang Tak Dibenar Naik Atas Pentas

Dakwaan tentang murid-murid cemerlang SPM yang tidak boleh diraikan di atas pentas ini telah menerima pelbagai reaksi warganet. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan tersebut selain berkata golongan ini layak diberikan penghargaan.

“Dulu kita diajar kalau tengok orang lain lagi bijak, kita kena berusaha untuk jadi macam tu juga. Bersaing secara sihat. Tapi sekarang tak lagi, yang menang yang pandai kena diam tak boleh menonjol sebab kena jaga hati yang kurang,” kata sorang pengguna Threads.

“Kenapa yang menang larian atau apa-apa acara suka atau kokurikulum semua boleh naik pentas dan dirakan. Tak nak pula jaga hati peserta lain yang kalah tu. Tapi bila bab SPM, beriya nak jaga hati yang tak dapat skor. Pelik, pelik,” tambah seorang lagi netizen.

Jelas seorang individu, pelajar yang tidak cemerlang SPM ini tidak bermaksud mereka tidak boleh mencapai kejayaan di bidang lain. Oleh disebabkan itu, setiap pelajar layak dirai mengikut saluran dan kelebihan masing-masing.

“Sejak bila kita normalisasikan meraikan orang yang tak cemerlang? Dia tak cemerlang lantak dia la. Mungkin dia ada bidang lain yang dia skor jadi bagilah dia nail pentas bidang yang dia bagus. Kenapa pula pelajar yang cemerlang kena didiamkan hanya sebab orang lain tak cemerlang?” tanya individu tersebut.

Lihat Pelajar Cemerlang Naik Pentas Boleh Jadi Pembakar Semangat Untuk Berusaha Keras

Dari sudut positifnya, pelajar-pelajar yang diraikan di atas pentas ini boleh dijadikan pembakar semangat kepada murid lain untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang.

“Jika kita tak berusaha, kita tak berhak nak rasa sedih bila mereka yang berusaha dihargai. Kesian sebenarnya, dah la belajar bersungguh-sungguh, lepas tu tak boleh pula enjoy kejayaan hanya sebab takut rakan lain terasa. Mengarut. Siapa yang cakap perkara ini okay? Kalau tidak diberi galakan, macam mana diorang nak ada semangat untuk cuba lagi pada masa akan datang?” kata seorang wanita.

Berikut antara komen netizen:

Sumber: Threads

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.