fbpx
Now Reading
“Setiap Tempat Duduk Ada Tab” – Wanita Reviu ETS Business Class Dari JB Ke KL [Video]

“Setiap Tempat Duduk Ada Tab” – Wanita Reviu ETS Business Class Dari JB Ke KL [Video]

Penumpang itu berkata, anda boleh mengakses lokasi semasa, bermain game, dan layari internet menggunakan tablet yang disediakan di setiap kerusi Kelas Perniagaan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penduduk di Johor atau Singapura yang mahu menuju ke ibu kota tidak perlu risau lagi kerana terdapat satu lagi alternatif perjalanan diperkenalkan baru-baru ini iaitu perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–JB Sentral dan JB Sentral-KL Sentral.

ETS3 yang sudah mula beroperasi sejak 12 Disember lalu dijangka tiba ke destinasi dalam 4 jam 30 minit.

Pengangkutan tren baharu ini nyata mendapat perhatian ramai, khususnya para penumpang dan pemandu yang mahu mengelakkan trafik lama serta sesak untuk ke kawasan bandar Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: Berbaloi Ke Hadap Trafik Berbelas Jam Semata-mata Nak Balik Raya Di Kampung?

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor

Wanita Menetap Di Singapura Kongsi Reviu Perjalanan ETS3 JB-KL Sentral

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Kerryn Lee berkongsi pengalamannya menaiki ETS dengan tiket Business Class (Kelas Perniagaan).

Setibanya di stesen JB Sentral, pemegang tiket Business Class akan disediakan tempat duduk khas sebelum waktu berlepas. Ia memudahkan para penumpang yang tiba terlalu awal di sana.

Menurut Kerryn, seorang warga Malaysia yang menetap di Singapura penumpang boleh mula menaiki kereta api 30 minit sebelum ia memulakan perjalanan dan seperti biasa, pemegang tiket Business Class diberi keutamaan untuk menaikinya terlebih dahulu.

Pada pendapat Kerryn, tempat duduk biasa adalah sangat luas dan setiap daripadanya disediakan dengan soket elektrik bagi memudahkan penumpang mengecas peranti mereka.

Tempat Duduk Business Class ETS3 Lebih Selesa & Siap Ada Tab

Beralih kepada tempat duduk bagi Business Class pula, Kerryn berkata ia adalah jauh lebih luas serta lebih selesa kerana jumlah penumpang yang tidak begitu padat. Malah koc tersebut juga dikatakan lebih sunyi.

Selain ruangan hadapan tempat duduk, anda juga boleh meletakkan bagasi atau beg anda di tempat khas yang disediakan bersebelahan dengan pintu tren elektrik berkenaan.

Lebih menarik lagi setiap tempat duduk disertakan dengan peranti komputer tablet yang membolehkan anda mengakses lokasi semasa, bermain game, atau layari internet sebagai contoh menonton video daripada YouTube. Buat mereka yang cepat rasa bosan, bolehlah luangkan masa dengan tab itu.

Tandas ETS3 Bersih & Ada Bidet

Kerryn juga sempat meninjau keadaan tandas tren tersebut. Menurutnya, fasiliti itu dalam keadaan yang baik, dan turut tersedia dengan bidet. Namun tiada tisu tandas disediakan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan tandas itu tidak begitu sempit dan mempunyai singki dan cermin besar di dalamnya.

Sumber: TikTok (@kerrynlee)

Baca Artikel Berkaitan: “Bidet Ada Dah Okay Tapi..” – Lelaki Stres Masjid Di China Tak Ada Mangkuk Tandas

Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Je Kering, Tapi Hancing” – Orang Ramai Persoal Banyak Tandas Mall Mula Tiada Bidet

Jenis Makanan Disediakan Buat Penumpang Business Class

Buat anda yang mahu mengalas perut, tren itu turut mempunyai kafe mini yang mana anda boleh membeli makanan berat atau snek ringan sebagai kudapan sebagai contoh, nasi beriani, minuman manis, mi segera cawan dan banyak lagi.

Khas buat pemegang tiket Business Class, anda akan diberikan dua jenis hidangan sepanjang tempoh perjalanan. Set makanan pertama diterima oleh wanita itu adalah:

  • Bihun goreng bersama ayam dan sayur campur
  • Jus kotak
  • Air mineral
  • Snek kacang

Manakala hidangan kedua pula adalah:

  • Mufin
  • Teh atau kopi
Sumber: TikTok (@kerrynlee)

“Perjalanan keseluruhan dari JB Sentral ke KL Sentral lebih kurang 4 jam setengah. Ada banyak hentian sepanjang perjalanan. Walaupun tren bertolak tepat pada masanya, ia mungkin tidak sampai on time.

“Dalam tren pula sejuk membeku sebab suhu penghawa dingin sangat rendah. Saya sangat cadangkan anda pakai seluar panjang dan jaket,” ujarnya.

Tambah Kerryn di ruangan kaspyen, harga tiket bagi Business Class adalah sebanyak RM156-RM160 manakala RM82-RM86 untuk tempat duduk biasa.

@kerrynlee

🇲🇾JB Sentral to KL Sentral🚄 Will you try the ETS train after watching this? ☺️ 🎫Normal Seats RM82-86 ~ SGD26 🎫Business Class Seats RM156-160 ~ SGD50 ⚠️If you’re travelling from Singapore please leave some time buffer for Woodlands/JB customs😉 . #fyp #malaysia #ktmb #ets #creatorsearchinsights

♬ original sound – 小欣 Kerryn Lee – 小欣 Kerryn Lee

Tonton video penuh [DI SINI].

KTMB Tawar Diskaun 30% Hingga 11 Januari 2026

Bersempena dengan pembukaan ETS3 ini, KTMB menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi perjalanan KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral bermula Jumaat lalu (12 Disember) sehingga 11 Januari 2026.

Penumpang boleh menikmati potongan harga tersebut dengan menggunakan kod promosi JBBEST ketika melakukan pembelian tiket.

Untuk info, hanya 5,000 kod promosi sahaja ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Baca Artikel Berkaitan: “Ruang Rehat Eksklusif” – Influencer Kongsi Pengalaman Naik Tren ETS Koc Business Class [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Stesen Tren Di LA Penuh Sampah Siap Pakej Muntah, Ramai Bersyukur Dengan LRT & MRT Di Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.