fbpx
Now Reading
Ramai Puas Hati Lihat Anggota DBKL Kompaun Perokok Buang Puntung Di Tempat Awam [Video]

Ramai Puas Hati Lihat Anggota DBKL Kompaun Perokok Buang Puntung Di Tempat Awam [Video]

Difahamkan, ‘Ops Anti Litter’ itu dijalankan oleh Penguatkuasa Kebersihan Bahagian Alam Sekitar DBKL di Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Merokok merupakan salah satu perbuatan yang bukan hanya tidak berfaedah, sebaliknya memberi kesan buruk terhadap kesihatan diri sendiri dan orang di sekeliling.

Oleh kerana itu, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu rokok ini termasuk melarang perokok daripada merokok di kedai makan atau restoran.

Bagaimanapun, masih ramai perokok yang merokok di kawasan awam sehingga mendatangkan ketidaksenangan individu lain yang terhidu asapnya. Lebih buruk lagi, segelintir daripada mereka juga dengan sesuka hati membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

‘Ops Anti Litter’, DBKL kompaun individu buang puntung rokok di tempat awam

Baru-baru ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Sabtu lalu (13 Disember) telah menjalankan satu operasi ‘Ops Anti Litter’ yang memberi tumpuan terhadap perokok di kawasan awam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram DBKL, anggota-anggota penguat kuasa yang bertugas dalam operasi berkenaan telah mengeluarkan kompaun terhadap beberapa individu yang didapati membuang puntung rokok di tempat awam.

Difahamkan, operasi berkenaan dijalankan oleh Penguatkuasa Kebersihan Bahagian Alam Sekitar DBKL di Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS).

Wanita dan lelaki habis dikompaun DBKL

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan beberapa lelaki telah dikenakan kompaun kerana membuang puntung rokok di kawasan awam.

Turut kelihatan seorang wanita yang merokok di kawasan awam juga dikenakan kompaun selepas membuang puntung rokok di tempat yang tidak sepatutnya.

Bukan hanya rakyat tempatan sahaja, warga asing dipercayai pelancong juga tidak terlepas daripada dikenakan kompaun atas kesalahan sama.

Ramai puji tindakan DBKL kompaun perokok buang puntung di tempat awam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpuas hati dengan tindakan DBKL menyaman perokok-perokok yang membuang puntung rokok sesuka hati.

Malah ramai yang berharap agar Ops Anti Litter ini terus dilakukan oleh dewan bandaraya itu di sekitar ibu kota agar perbuatan tidak bertanggungjawab itu dapat terus dibendung.

Ruangan komen juga dibanjiri dengan pujian orang ramai terhadap tindakan DBKL itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.