fbpx

Normal Ke Alat Sulit Wanita Berwarna Gelap? Ini Penjelasan Pakar O&G [Video]

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Raja Junaidah terdapat dua sebab kenapa bahagian faraj menjadi gelap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak dahulu lagi, kita sering distereotaipkan bahawa kulit putih itu adalah cantik. Bahkan perkara ini masih lagi dimomokkan kepada orang ramai sehingga ke generasi hari ini.

Ia secara tidak langsung membuatkan orang ramai mahukan kulit yang putih dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi kelihatan cerah.

Tidak hanya itu, ada juga yang mahukan bahagian celahan kulit seperti ketiak atau alat sulit juga kelihatan putih dan ada segelintir yang menggunakan produk sebarangan untuk kawasan itu.

Doktor jelaskan normal atau tak faraj berwarna gelap

Baru-baru ini seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Raja Junaidah telah menjelaskan adakah normal jika kawasan di alat sulit wanita atau faraj berwarna gelap.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Raja Junaidah di TikTok, beliau menjelaskan perkara itu adalah normal dan terdapat dua sebab mengapa ia berlaku.

Warna kulit di bahagian faraj yang sedikit gelap berbanding kulit di bahagian anggota badan lain boleh berlaku disebabkan genetik.

“Nombor satu genetik. Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan mengenainya kerana anda dilahirkan miss v (faraj) berwarna gelap.

“Nombor dua adalah disebabkan iritasi (dari produk) sebab anda memakai panty liner (pelapik seluar dalam), pad sanitari, semburan wangian, sabun dan sebagainya,” jelas Dr Raja Junaidah.

Iritasi yang berlaku boleh menyebabkan melanosit meningkat

Katanya lagi, perkara itu boleh meninggikan aktiviti melanocytes atau melanosit iaitu sel khusus dalam kulit di kawasan tersebut.

Perkara ini boleh menyebabkan bibir pada bahagian faraj menjadi lebih gelap daripada kawasan di sekelilingnya. Dr Raja Junaidah turut mengatakan kawasan di bahagian vulva sangat sensitif kepada hormon estrogen.

“Sebab itulah ketika hamil, ia nampak lebih gelap sedikit. Ini kerana apabila wanita hamil, mereka mengeluarkan banyak hormon estrogen.”

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan warna pada bahagian faraj adalah tidak penting dan apa yang menjadi keutamaan adalah kebersihan serta baunya.

Ada juga mengatakan kawasan faraj menjadi gelap sewaktu hamil namun ia cerah semula selepas melahirkan anak.

“Pink ke hitam sama je fungsi dia, yang penting cara penjagaan dia”

“Warna tak penting, yang penting kebersihan dan bau. Gelap sikit tu okay je kot..”

Tips boleh digunakan untuk cerahkan alat sulit

Memetik laporan Hello Doktor, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mencerahkan bahagian alat sulit itu antaranya:

#1 Menggunakan bahan semula jadi dan organik – Penggunaan bahan semula jadi untuk membantu melunturkan kulit bahagian sulit adalah pilihan terbaik tanpa mendedahkannya kepada agen peluntur yang kuat, bahan kimia, logam serta bahan sintetik tambahan.

  • Minyak kelapa dan madu – Ambil mangkuk dan campurkan 1 sudu kecil minyak kelapa dan madu. Panaskan adunan dalam ketuhar mikro selama 20 minit. Sapukan adunan pada faraj dan biarkan selama 15 minit (pastikan ia tidak panas ketika disapu) dan basuh menggunakan air mawar.
  • Timun dan aloevera – Hancurkan timun dan buat seperti pes timun dengan lidah buaya. Sapukan pada bahagian kawasan terjejas selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.

#2 Kekalkan keseimbangan pH sesuai untuk kawasan faraj yang gelap – Bahan semula jadi dapat bantu mengekalkan tahap pH kawasan tersebut selain memberikan manfaat pencerahan serta antiseptik kulit sensitif.

#3 Pilih produk penjagaan faraj untuk bantu masalah kegelapan – Pastikan membuat pemilik produk yang tiada mengandungi bahan pengawet mahupun kimia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.