Lelaki Kritik Adegan Suami Isteri Bermesra Dalam Filem Papa Zola The Movie, Ramai Anggap Ia Bukan Isu
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut berkata adegan sedemikian tidak sepatutnya dipertontonkan, apatah lagi kepada kanak-kanak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak filem Papa Zola The Movie mula ditayangkan secara umum pada Khamis lepas (11 Disember), orang ramai sudah pun mula berpusu-pusu ke pawagam bagi menyaksikannya.
Papa Zola merupakan watak yang amat sinonim dalam dunia animasi tempatan, lebih-lebih lagi buat mereka yang meminati siri Boboiboy.
Dengan tagline ikonik ‘Kebenaran!’ dan jenaka abah-abah (dad jokes) yang diketengahkan Papa Zola, filem ini sememangnya sesuai buat tontonan seisi keluarga. Para ayah juga pasti boleh relate!
Baca Artikel Berkaitan: Monsta & Astro Shaw Lancar Filem Animasi Papa Zola The Movie
Baca Artikel Berkaitan: [Review] Papa Zola The Movie ‘Ungkap’ Kisah Lampau Papa Zola & Mama Zila, Sesuai Bagi Tontonan Seisi Keluarga
Individu Kritik Filem Papa Zola Kerana Ada Adegan ‘Suami Isteri Bermesra’
Filem ini mempertontonkan sisi Papa Zola yang sebelum ini tidak diketahui orang ramai, iaitu sebagai seorang suami dan ayah yang berpenat-lelah mencari rezeki halal demi keluarganya.
Seperti wataknya dalam siri Boboiboy dan Papa Pipi sebelum ini, filem Papa Zola The Movie turut menyaksikan sifat watak utamanya yang amat menyayangi isterinya, Mama Zila.
Namun siapa sangka dalam niat murni menonjolkan kasih sayang antara suami isteri ini, ada juga segelintir individu tidak bersetuju dengannya dan menganggap ia tidak sesuai bagi tontonan anak-anak.
Menerusi hantaran di Threads, seorang individu mengkritik filem Papa Zola kerana mempunyai adegan ‘suami isteri bermesra’ atau dalam bahasa mudahnya babak ‘lovey dovey’.
“Kritikan keras saya untuk movie Papa Pipi Zola (Papa Zola The Movie). Babak suami isteri bermesra patut tak masukkan. Saya tengok pun segan. Kami bawa anak-anak. Kalau takde pun takpe,” katanya.

Orang Ramai Tidak Setuju Kritikan Adegan Papa Zola & Mama Zila Melampau
Kritikan itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh orang ramai yang telah menonton filem Papa Zola The Movie.
“Saya rasa kita semua kena bersihkan minda dulu sebelum tengok apa-apa filem sekarang ya. Terlalu banyak porno boleh buat kau terfikir adegan kasih-sayang pun sebagai ‘soft porn’,” kata seorang individu.
“Ko tengok movie Papa Zola ke Papa Jahat?” seloroh seorang lagi.
Orang ramai sebaliknya menganggap bahawa adegan ‘bermesra’ yang ditunjukkan antara Papa Zola dan Mama Zila tidaklah keterlaluan dan bersesuaian bagi tontonan seisi keluarga kerana memaparkan sisi penyayang seorang suami terhadap isterinya.

Mereka juga merasakan ibu ayah yang bermesra antara satu sama lain seperti memeluk dan memanggil dengan gelaran manja, akan menjadi bukti kasih sayang buat anak-anak.
“Hasilnya anak-anak lelaki kami membesar dengan lembut. Mereka belajar menghormati saya, menawarkan minuman, mencium pipi,” kata seorang wanita.
Ada juga yang berkata adegan sedemikian bertujuan untuk menunjukkan sifat Papa Zola yang sememangnya gemar bergurau manja dan mengusik Mama Zila.
Dalam masa sama, seorang wanita berkata anak-anak juga perlu diajar hanya pasangan telah berkahwin yang boleh bermesra sedemikian rupa.







Kemesraan Ibu Ayah Beri Impak Positif Pada Anak
Sebelum ini, penceramah Pendidikan Seksualiti, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah menerima soalan sama ada pelakuan suami isteri bermesra di hadapan anak sesuatu yang salah.
Katanya, kemesraan yang tidak bernafsu seperti pelukan, ciuman pipi dan ciuman dahi tidak menjadi masalah jika dilakukan di hadapan anak, malah amat digalakkan.
“Kasih sayang yang ibu ayah tunjukkan akan memberi impak positif pada anak. Mereka akan peroleh tempias emosi kasih sayang itu. Maka, anak-anak ini akan faham apa itu cinta yang sebenar (selepas berkahwin), disalurkan dengan cara yang betul dan ia tanda rahmat dari Tuhan,” katanya.
Dia juga menerangkan bagaimana ibu ayah berkasih-sayang di hadapan anak akan mempengaruhi cara mereka melayan pasangan selepas berkahwin kelak.
Tambahnya lagi, anak yang menunjukkan perilaku melucah bukanlah berpunca daripada kemesraan antara ibu ayah, tetapi akibat kenaifannya dalam memproses maklumat tentang isu-isu seksualiti yang diperolehi dari video lucah, kandungan internet serta terpengaruh dengan kawan.

