Isu Rembayung Dapat Rating Negatif Di Google, Dr Rozaimi Dedah Haram Hukumnya Beri Review Palsu
Menurut Naib Cancelor UniSIRAJ, Dr Rozaimi Ramle reviu yang diberikan oleh orang ramai bertujuan untuk membantu pengguna lain mendapat maklumat awal mengenai peniaga atau perkhidmatan yang disediakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular di media sosial apabila ada segelintir pihak yang memberikan reviu yang kurang memuaskan terhadap restoran Rembayung milik influencer dan ushawan, Khairul Aming.
Individu terbabit tidak hanya memberikan komen negatif malah turut memberikan satu bintang terhadap restoran influencer berkenaan walhal ia belum lagi beroperasi.
Bahkan ada juga yang meminta agar diberikan baucar dan sebagainya sekiranya restoran tersebut mahukan lima bintang.
Perkara ini telah menarik perhatian orang ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan individu terbabit dan menyifatkan ia boleh merosakkan reputasi restoran berkenaan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Bakal Buka Restoran Pertamanya, Rembayung Dengan Kos RM4 Juta Di KL [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Belum Beroperasi Namun Restoran Khairul Aming, Rembayung Sudah Dapat Reviu Negatif Di Google
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Khairul Aming Perkenal Siri Baru, Memasak Sambil Jelajah New Zealand!
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Buat Giveaway Jawab Kuiz Bernilai RM44,000, Lelaki Kongsi Soalan Ramalan Untuk Malam Ini
Dr Rozaimi jelaskan berdosa besar beri review palsu kepada sesebuah perniagaan
Terbaharu Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Dr Rozaimi Ramle mendedahkan tindakan memberikan ulasan atau reviu palsu kepada sesebuah perniagaan seperti di platform Google adalah haram hukumnya dan termasuk dalam dosa besar.
“Dalam dunia sekarang, manusia bebas untuk memberi review terhadap sesuatu produk sama ada makanan atau apa-apa servis. Review bertujuan membantu pengguna lain mendapat maklumat awal berkenaan peniaga atau pemberi perkhidmatan.
“Malangnya ada yang memberi review palsu atau pun memberi review pada perkara dia tidak pernah ada pengetahuan pun tentang kualiti produk atau servisnya.
“Contohnya review dibuat seseorang sedangkan dia tidak pernah pun pergi ke sesebuah kedai dengan memberikan satu dan dua bintang sahaja dalam review di Google,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook.
Hanya kerana ada beza fahaman atau tidak suka kepada perangai, ada yang boikot dan beri review palsu di Google
Kata beliau lagi, ada yang memberikan ulasan palsu di platform Google terhadap kedai atau restoran hanya kerana tidak bersetuju dengan perangai pemilik atau mempunyai pandangan berbeza dalam politik dengannya.
“Terbaharu saya melihat dalam laman sosial, ada pihak yang memberikan rating hanya satu bintang pada kedai Khairul Aming (Rembayung). Walhal restoran itu belum memulakan operasi lagi. Ini menunjukkan mereka belum menerima servis daripada kedai tersebut, tapi telah memberikan satu bintang atau review palsu.
“Ketahuilah kesemua perkara ini hukumnya haram. Ada riwayat ketika baginda (Nabi Muhammad SAW) sedang menceritakan tentang dosa-dosa besar kepada para sahabat.”
Rasulullah SAW bersabda:
شهادة الزور أو وقول الزور
Maksud: “Penyaksian palsu atau perkaan palsu (dusta).”
Jelasnya lagi, memberi penyaksian palsu atau kata-kata yang palsu adalah salah satu dosa besar dalam agama.
Meskipun ia nampak kecil namun boleh memberikan kesan yang besar. Beliau turut mengingatkan orangan ramai untuk tidak menzalimi orang.



