fbpx
Now Reading
“Dah Kurang Tantrum” – Ibu Lega Bayi 8 Bulan Pandai Guna Isyarat Tangan Minta Susu [Video]

“Dah Kurang Tantrum” – Ibu Lega Bayi 8 Bulan Pandai Guna Isyarat Tangan Minta Susu [Video]

Jelas ibu tersebut, dia telah melatih bayinya menggunakan bahasa isyarat tangan untuk meminta susu sejak berusia tiga bulan lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semakin lama, masyarakat Malaysia semakin terdedah tentang kepentingan pembelajaran bahasa isyarat. Hal ini kerana kita membesar di dalam komuniti yang pelbagai termasuklah berinteraksi bersama golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Namun jangan tak percaya, bahasa isyarat juga sebenarnya banyak membantu golongan ibu untuk memahami apa yang dimahukan oleh bayi mereka. Ya, si manja yang baru lahir dan tidak tahu bercakap.

Baca Artikel Berkaitan: “Menarik Subjek Bahasa Isyarat!” – Kurikulum Baharu Sekolah Rendah Bakal Bermula Pada 2027

Baca Artikel Berkaitan: “Adik Saya OKU Pekak” – Kerjaya Jurubahasa Isyarat Popular RTM Jadi Inspirasi Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Semua Orang Pandai” – Lelaki Layan Pelanggan Istimewa Guna Bahasa Isyarat Raih Pujian [Video]

Ibu Latih Bayi Guna Bahasa Isyarat Sejak Umur 3 Bulan

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang ibu dikenali sebagai Ryah berkongsi video anak perempuannya, Aleesa yang sedang melakukan satu bahasa isyarat bayi.

Menerusi klip perkongsian, kelihatan bayi berkenaan yang sedang duduk dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) sedang menggenggam dan membuka sebelah tangannya berulang kali seolah-olah sedang memberikan signal kepada si ibu.

Jelas Ryah, aksi itu merupakan salah satu bahasa isyarat bayi yang menandakan si manja mahukan susu. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana bayi tersebut mampu mengekspresi dirinya meskipun masih kecil?

Menurut Ryah, dia selalu melihat ibu bapa Barat melatih anak mereka menggunakan bahasa isyarat bayi semasa dia berada di fasa kehamilan. Oleh disebabkan itu, dia terinspirasi untuk mengajar Aleesa isyarat meminta susu sejak umur tiga bulan.

Caranya adalah mengenggam lalu membuka tapak tangan berulang kali.

View on Threads

Ibu Lega Bayi Kurang Tantrum Lepas Tahu Cara Guna Bahasa Isyarat Untuk Minta Susu

Walaupun mengambil sedikit masa, tetapi Aleesa sudah mampu menunjukkan eskpresi muka setiap kali si ibu menunjukkan isyarat tangan tersebut semasa berusia enam bulan.

Aleesa kemudiannya boleh melakukan bahasa isyarat secara sendiri tanpa bantuan si ibu ketika berumur lapan bulan.

Perkara itu membuatkan wanita tersebut sangat lega, ia bukan sahaja membuatkan dirinya lebih memahami si kecil malah membantu mengurangkan tantrum si anak.

“Baby pun kurang tantrum mamy pun gembira sebab dah faham baby nangis sebab nak apa 🥹,” katanya.

Ramai Teruja Lihat Bayi 8 Bulan Mahir Bahasa Isyarat

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai kagum dan tidak sangka bayi juga boleh dilatih menggunakan bahasa isyarat.

“Ni sangat pandai!” kata seorang wanita.

“Ni bahasa isyarat normal saya gunakan dengan adik perempuan saya. Dia pekak dan bisu. Boleh la guna untuk baby akan datang nanti,” tambah seorang individu.

Malah ada juga ibu yang berkongsi kerenah si kecil selepas pandai menggunakan bahasa isyarat bayi.

“Masya-Allah Alhamdulillah bijaknya Aleesa. Baby saya pun saya ajar macam ni. Bahasa isyarat yang pertama dia belajar adalah ‘nak lagi’. Asyik nak minta snek nasi lebih je kerjanya. Rasa comel sangat kan bila diorang dah reti guna isyarat tu,” kongsi seorang netizen.

Sumber: Threads

Ryah Kongsi Cara Latih Bayi Guna Bahasa Isyarat

Ada juga individu bertanya apakah cara yang tepat untuk melatih bayi menggunakan bahasa isyarat.

Menurut Ryah, caranya mudah sahaja penjaga hanya perlu melakukan aksi tersebut pada setiap hari sehinggakan bayi dapat menangkap aksi berkenaan.

“Buat je isyarat tu sebagai rutin sambil kita bercakap dengan dia. Contoh masa cakap nak makan ke, tunjuk isyarat tu. Ulang ayat dan isyarat tu beberapa kali setiap hari,” jelas si ibu.

Berikut antara komen netizen:

Sumber: Threads

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.