Tak Ada Perasaan Mungkin Sebab Radang Dalam Otak, Pakar Psikologi Kongsi Cara Kawal [Video]
Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli, berkata seseorang yang tidak berasa sedih mahupun gembira dalam situasi yang berkaitan mungkin mengalami masalah anhedonia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pernah tak dengar orang sebut perkataan ‘nonchalant’? Katanya seseorang yang nonchalant kelihatan acuh tidak acuh dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Nampak macam ‘cool’, tapi sebenarnya sifat sedemikian mungkin merupakan antara tanda dia mempunyai masalah kesihatan mental yang tersembunyi.
Lebih-lebih lagi dalam kalangan individu yang tidak berasa gembira atau sedih sama sekali walaupun orang lain di sekelilingnya merasakan perasaan sedemikian.
Baca Artikel Berkaitan: Asyik Menangis Termasuk Ketika Marah? Ini Penjelasan Jurulatih Psikologi
Baca Artikel Berkaitan: 6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya
Individu Tanpa Perasaan Mungkin Alami Anhedonia
Berdasarkan hantaran di TikTok (@amirul.ramli), pakar psikologi dan pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli berkata, seseorang yang tidak berasa sedih mahupun gembira dalam situasi yang berkaitan mungkin mengalami masalah anhedonia.
Sebagai info, anhedonia bermakna kurang berminat atau seronok dengan pengalaman hidup dan merupakan simptom umum bagi banyak keadaan kesihatan mental termasuk:
- Kemurungan
- Schizophrenia
- Gangguan bipolar
- Gangguan tekanan traumatik (PTSD)
Menurut Cleveland Clinic, seseorang yang mengalami anhedonia mungkin tidak mahu meluangkan masa dengan orang lain (sosial) atau melakukan aktiviti yang dahulunya membawa kegembiraan (fizikal).
Keradangan Otak Boleh Sebabkan Anhedonia
Mengulas mengenai punca seseorang tidak merasakan sebarang emosi, Amirul berkata kajian mendapati bahawa antara faktor yang menyebabkan perkara itu ialah keradangan di dalam otak.
Katanya, terdapat dua keadaan yang boleh menyebabkan masalah keradangan ini termasuk apabila keletihan mental yang dialami oleh seseorang tidak sempat pulih.
Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku apabila sistem imun bertindak secara berlebihan, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita.
“Sel imun mikroglia dalam otak wanita mudah untuk menjadi terlebih aktif (overactive). Jadi wanita ini lebih sensitif terhadap tekanan, keletihan emosi dan perubahan mood,” katanya.
Kawal Keradangan Otak Dengan Amalkan Nutrien Anti-Radang
Berdasarkan kertas kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neuroscience itu, ubat-ubatan anti-radang dapat mengurangkan simptom kemurungan dan anhedonia.
Dalam pada itu, Amirul turut berkongsi cara untuk mengawal keradangan yang berlaku di dalam otak.
Dia menasihati orang ramai agar mengamalkan nutrien yang bersifat anti-radang seperti Omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan.
Terdapat juga tumbuhan yang mengandungi nutrien anti-radang termasuk sacha inchi dan habbatus sauda yang turut membantu menyokong kesihatan sistem saraf.
Tambahnya lagi, keradangan yang terkawal akan membuatkan aktiviti neuron di dalam otak menjadi lebih seimbang.
Keadaan ini dapat membantu emosi seseorang kembali stabil, sekali gus mula menikmati kehidupan.
“Orang gelak, anda gelak. Orang sedih, anda boleh rasa empati. Sebab otak anda berfungsi dengan sepatutnya,” ujarnya.
@amirul.ramli ♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: “Emosi Lebih Stabil” – Pakar Dedah Kerap Sertai Event Sosial Mampu Pulihkan Kesihatan Mental
Baca Artikel Berkaitan: Tips Untuk ‘Hack’ Hormon Gembira Dalam Tubuh Badan Anda. Jom Try!
Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental




