fbpx
Now Reading
“Mak Bapak Millenials The Best” – Gelagat Ibu Ayah Rakam Momen Anak Buat Persembahan Curi Perhatian [Video]

“Mak Bapak Millenials The Best” – Gelagat Ibu Ayah Rakam Momen Anak Buat Persembahan Curi Perhatian [Video]

Menerusi video tular, kelihatan para ibu ayah begitu khusyuk dan teruja menyaksikan persembahan anak mereka sambil bersama-sama menari serta menyanyi dengan si kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang mempunyai anak kecil di rumah yang sudah pun melangkah ke alam pendidikan, mesti anda pernah mendapat jemputan ke daripada pihak sekolah untuk menyaksikan persembahan anak di depan mata.

Namun begitu, tidak semua di kalangan ibu ayah yang menitikberatkan perkara itu. Ada yang tidak mencuba mencuri masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak sebentar di sekolah.

Bukan sahaja membuatkan si kecil sedih, malah ada juga yang sampai merajuk kerana tidak melihat kelibat ibu ayah di depan mata walhal penjaga murid lain semua datang untuk memberi sokongan.

Ibu Ayah Beri Semangat Gemuruh Buat Si Kecil Yang Sedang Buat Persembahan

Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Sharinizam Othman berkongsi suasana ibu ayah yang sedang berkumpul dalam sebuah dewan bagi menyaksikan persembahan oleh anak kecil dari tadika Al Kauthar Eduqids.

Kebiasaannya, anak-anak yang akan paling bersemangat untuk menjayakan persembahan dengan jayanya. Maklumlah, rasa teruja nak buat pertunjukan dan memaparkan bakat masing-masing di khalayak ramai.

Namun kali ini, lain pula vibenya apabila para ibu ayah yang hadir dilihat lebih bersemangat seolah-olah mereka yang sedang membuat persembahan! 😍

Menerusi video perkongsian, kelihatan rata-rata penjaga yang hadir begitu khusyuk melihat anak-anak yang sedang berseronok di atas pentas. Bukan sahaja sibuk merakam persembahan tersebut, malah ramai juga yang turut sama menyanyi bagi menyokong si kecil mereka itu.

Pelbagai riak wajah anda boleh lihat daripada video itu. Ada ibu ayah yang teruja, ternganga melihat telatah anak-anak, dan juga ada segelintir daripada mereka yang dilihat berasa sebak.

Mungkin ada yang tidak sangka, anak kecil mereka sudah semakin besar dan mampu melakukan persembahan nyanyian dan tarian di hadapan ramai.

“Gelagat Anak ❌. Gelagat mak bapak ✅. Mak bapak lagi comel dari aksi anak-anak haha,” kata Sharinizam di ruangan kaspyen hantaran.

View on Threads

Inner Child Ibu Ayah Terubat

Walaupun ia momen tersebut kelihatan simple, namun usaha ibu bapa yang sudi meluangkan masa mereka untuk hadir dan memberi sorakan sebenarnya memberi impak kepada kesihatan mental si anak. Dengan cara itu, si kecil akan merasakan diri mereka penting bagi ibu ayah.

Bukan itu sahaja, Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di laman Facebook juga ada berkata gelagat ibu ayah yang berseronok melihat persembahan anak itu sebenarnya cara para penjaga mengekspresi diri mereka yang mungkin tidak mendapat layanan sebegitu rupa ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Seperti istilah yang kita selalu dengar, “Inner child sedang sembuh.”

Ramai Bangga Ibu Ayah Luang Masa Demi Beri Sokongan Untuk Anak

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tersentuh melihat ibu ayah yang begitu bersemangat dan berada di sisi anak kecil sepanjang persembahan itu berlangsung.

“Saya suka tengok ibu ayah beri sokongan. Semoga Allah berkati kamu semua. Terima kasih juga sebab jadi ibu ayah yang terbaik,” kata seorang individu.

“Weh semangatnya ibu ayah. Tiba-tiba sebak pula. Tahniah korang sebab turut serta. Memang ibu ayah yang terbaik. Anak-anak mesti gembira,” ujar seorang warganet.

Malah ramai juga yang berkata bahawa ibu ayah generasi kini lebih peka tentang kepentingan memberi sorakan kepada anak-anak sewaktu hari penting mereka.

“Mak bapak (generasi) millenials the best,” kata seorang wanita.

“POV: Ibu bapa millenial yang bangga, dengan ‘inner child’ yang dah glow-up.
Percayalah, inilah detik yang akan mereka kenang sampai tua. Anak-anak, kamu memang bertuah jadi anak mereka,” tambah seorang lagi netizen.

Berikut antara komen orang ramai:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Murid Sekolah Buat Persembahan Koir Hari Terakhir Guna Satu Sekolah Sebagai ‘Pentas’

Baca Artikel Berkaitan: Ajar Menari Bollywood Depan Pentas, Effort Si Ayah Tolong Anak Perempuan Curi Tumpuan Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.