fbpx
Now Reading
Kes Lelaki Disyaki Bunuh & Simpan Mayat Isteri 4 Hari, Ini Yang Diketahui Setakat Ini

Kes Lelaki Disyaki Bunuh & Simpan Mayat Isteri 4 Hari, Ini Yang Diketahui Setakat Ini

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris polis merampas sebilah pisau yang dipercayai telah digunakan oleh suspek untuk membunuh isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (11 Disember), media ada melaporkan kes membabitkan seorang lelaki di Pulau Pinang ditahan selepas tampil di balai polis Seberang Jaya, untuk memaklumkan mengenai kematian isterinya.

Namun kemunculan lelaki terbabit membongkar rahsia apabila wanita berkenaan dipercayai telah meninggal dunia sejak empat hari yang lalu.

Menurut laporan sama wanita terbabit disimpan di bilik belakang kediaman yang diduduki oleh pasangan tersebut di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Pulau Pinang.

Terdapat kesan kelar di bahagian leher mangsa

Memetik laporan Harian Metro, turut terdapat kesan kelar di bahagian leher mangsa yang dipercayai akibat senjata tajam.

Wanita yang berusia 44 tahun itu merupakan seorang ibu tunggal lima anak sebelum berkahwin dengan suspek pada dua tahun yang lalu.

Difahamkan, lelaki yang ditahan itu berusia 28 tahun telah hadir seorang diri ke balai polis serta mengaku ada berlaku kematian di kediaman yang didiami oleh pasangan berkenaan.

Suspek ditahan selepas polis jumpa mayat isterinya

Satu pasukan polis kemudiannya telah segera ke kediaman tersebut sebelum menjumpai mayat isteri lelaki itu dan seterusnya membuat tangkapan ke atas suspek.

Lelaki yang juga menganggur itu difahamkan turut mempunyai rekod lampau berkaitan dengan kesalahan dadah serta jenayah.

Pihak polis masih melakukan siasatan lanjut termasuklah mengenal pasti motif insiden berlaku.

Insiden itu turut disahkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebilah pisau dirampas, dipercayai digunakan oleh suspek untuk bunuh isteri

Memetik laporan Malaysia Gazette pagi ini, pihak polis turut bertindak merampas sebilah pisau yang dipercayai telah digunakan oleh suspek untuk membunuh isterinya sebelum mayat wanita terbabit dibiarkan terbaring di atas tilam sekitar empat hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris mayat mangsa ditemui selepas suspek tampil untuk menyerah diri pada 11.30 pagi serta mengaku membunuh isteri di kediaman mereka.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring lengkap berpakaian di atas tilam dalam sebuah bilik tidur dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

“Pasukan Forensik D10, Jabtan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang menjalankan pemeriksaan turut mengambil beberapa sampel berkaitan termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek,” jelasnya.

Suspek direman selama 7 hari untuk bantu siasatan

Susulan daripada penahan lelaki berkenaan, suspek direman selama tujuh hari bermula dari hari ini iaitu 12 Disember sehingga 18 Disember untuk membantu siasatan.

Perintah reman itu ke atas suspek dikeluarkan oleh Majistret J. Savinder Singh untuk membolehkan pihak polis melakukan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Laporan Malaysia Gazette, turut menyebut suspek didapati negatif dadah selepas ujian saringan awal dilakukan.

Difahamkan, motif pembunuhan terbabit berpunca dari cemburu namun polis masih melakukan siasatan untuk mengesahkan punca sebenar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.