Individu Persoal Tradisi Secret Santa Di Tempat Kerja Cetus Perdebatan
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri sebelum ini pernah membuat kesimpulan bahawa menyertai program Secret Santa yang dianjurkan syarikat adalah dilarang bagi umat Islam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang anda tahu, kita kini sudah berada di penghujung tahun 2025 dengan berbaki kurang dari sebulan lagi sebelum menjejakkan kaki ke tahun baru.
Oleh disebabkan itu, banyak syarikat sedang menganjurkan pelbagai aktiviti dan acara bagi menunjukkan tanda penghargaan buat staf yang sudah bertungkus lumus serta berusaha keras bekerja selama ini.
Sebagai contoh ada majikan menawarkan percutian, jamuan akhir tahun, pemberian hadiah dan anugerah dan menawarkan bonus atau insentif. Pada bulan Disember ini pula, aktiviti yang popular dilakukan di kalangan rakan sekerja adalah ‘Secret Santa’ yang kebetulan bersempena dengan Hari Krismas.
Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Banglo 800K!” – Staf Terima Hadiah Mewah Dari Bonda Rozita Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Usaha Tak Khianati Hasil” – Staf Dapat Gaji RM12,000 Sebulan Dari Majikan Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Lebih 10 Tahun, Majikan Hadiahkan Kereta Kepada Staf
Lelaki Tak Setuju Syarikat Lakukan Aktiviti Secret Santa
Tetapi apa itu Secret Santa? Kalau anda nak tahu ia adalah satu tradisi Krismas yang popular di kalangan orang Barat di mana setiap peserta perlu menyediakan hadiah untuk penerima rahsia masing-masing.
Kebiasaannya, peserta akan menetapkan anggaran harga bagi setiap hadiah disediakan agar semua pihak berasa adil.
Walaupun ia pada awalnya sering diadakan di negara luar, tetapi semakin banyak pihak terutamanya syarikat-syarikat di Malaysia yang turut menganjurkan acara itu.
Meskipun begitu, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Raiman Salam tidak bersetuju dengan penganjuran Secret Santa ini.
“Boleh tak staf Sumber Manusia (HR) berhenti dengan Secret Santa ni? Semaklah. Ada ke syarikat yang tak pratikkan benda ni?” soalnya.
View on Threads
Nilai Hadiah Yang Diberikan Setiap Staf Berbeza Hingga Ada Terasa Hati
Beberapa pengguna Therads berkata acara Secret Santa ini agak tidak adil kerana ada yang memberikan hadiah yang mahal dan ada juga sebaliknya.
“Saya beri botol Montigo sebab HR cakap harga anggaran mesti RM50 dan ke atas tetapi saya dapat cawan santa dari kedai RM2. Hahahaha maleh aku,” ujar seorang wanita.
“Saya beri beg tangan sebab julat harga atas RM80. Tetapi saya tak dapat apa-apa pun,” tambah seorang lagi netizen.
Penyertaan Secret Santa Tidak Sepatutnya Dipaksa
Beberapa individu pula berpendapat bahawa Secret Santa ini tidak sepatutnya dipaksa, sebaliknya staf diberi pilihan untuk menyertainya ataupun tidak.
“Secret Santa seharusnya sentiasa jadi pilihan, begitu juga acara-acara syarikat yang lain,” kata seorang lelaki.
“Sebahagian staf kami ada buat. Tapi tak diwajibkan pun. Siapa nak sertailah, tak naik join pun terpulang. Letak wishlist masing-masing dan minimum RM100. Untuk saya, setahun sekali macam ni okay je. Tapi kalau ada arahan dari HR, rasa macam dipaksa pula,” tambah seorang lagi netizen.
“Kalau HR yang nak buat, sepatutnya mereka patut guna bajet syarikat dan bagi hadiah kepada semua staf sama rata. Tak boleh paksa staf beli hadiah sendiri. Tak adil,” menurut pandangan seorang wanita.
Staf Dakwa Dipulau Rakan Sekerja Hanya Kerana Tak Join Secret Santa
Namun dalam sesetengah kes, ada pula yang mendakwa dirinya dipulau oleh rakan sekerja hanya kerana tidak mahu terlibat dalam penganjuran Secret Santa.
“Saya dah kena mula kena palau sebab tak nak join Secret Santa. Mungkin diorang tak boleh terima sebab saya staf baru tapi ikut kepala sendiri. Gaji tinggal RM400 je nak bertahan sampai hujung bulan, lepas tu dipaksa untuk berbelanja sampai RM100 lebih untuk benda macam tu,” dakwa seorang individu.
Risau Staf Terbeban Kerana Perlu Berbelanja Tinggi
Kebiasaannya, setiap pihak yang menganjurkan acara ini akan menetapkan julat harga bagi setiap hadiah dibeli.
Bagaimanapun tidak dapat dinafikan kadangkala harga yang dipersetujui itu mungkin terlampau mahal dan melebihi bajet seseorang. Ia kemudiannya akan membuatkan seseorang itu berasa terbeban dengan perkara tersebut.
“HR pun yang bukan-bukan sahaja. Yang gaji banyak dan tinggi tu tak apalah. Kesian yang gaji rendah-rendah tu. Kau minta sampai RM50 ingat diorang mampu ke? Baik diorang pergi reward diri sendiri je,” ujar seorang warganet.
Pun begitu, ramai juga yang berpendapat bahawa acara Secret Santa ini bukan satu isu selagi mana ia tidak menyusahkan para pekerja.
“Macam kitorang buat dalam kumpulan kecil je. Tak libatkan satu syarikat dan HR. Tetapkan minimum harga RM30 dan tak boleh bagi cawan. Sebab orang harapkan sesuatu yang lebih baik la,” kongsi seorang lelaki.
Hukum Umat Islam Sertai Secret Santa
Menerusi carian kami, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri sebelum ini pernah membuat kesimpulan bahawa menyertai program Secret Santa yang dianjurkan syarikat adalah dilarang bagi umat Islam.
Jelas beliau, program tersebut boleh membuatkan pesertanya terjerumus dalam kancah tohmahan masyarakat Islam seolah-olah dia memang berniat untuk menormalisasikan sambutan perayaan agama lain.
“Kami sarankan agar saudara yang bertanya berusaha meminta pengecualian dari majikan tempat saudara bekerja atas dasar hormat kepada akidah dan keimanan terhadap agama Islam.
“Kami nasihatkan agar berhati-hati apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan iman kita atau mendorong ke arah kekufuran. Ingatlah bahawa seseorang itu boleh jatuh murtad apabila berbuat syirik, dan syirik merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT,” kata bekas Menteri Agama itu.
Namun beliau sebelum ini pernah memberikan pandangan bahawa orang Islam diharuskan mengucap Selamat Hari Krismas atau Merry Christmas kepada penganut Kristian demi memupuk semangat muhibah dan keharmonian asalkan tidak berniat mengangungkan atau memuliakan agama lain.
Berikut adalah antara komen netizen:









Baca Artikel Berkaitan: Jangan Normalisasikan Beri Hadiah Patung Kepada Graduan & Orang Dewasa, Berdosa – PU Salman [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Majikan Di China Beri iPhone 17 Pro Max Kepada Semua Pekerja Termasuk Intern