YouTuber Kumaar Family Akui Gagal Jadikan Kerjaya Itu Sepenuh Masa, Kini Kembali Bekerja [Video]
Logesh Kumaar dan isterinya menjelaskan bahawa kos hidup meningkat apabila mereka bergantung sepenuhnya kepada pendapatan YouTube.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
YouTuber Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat, Logesh Kumaar atau lebih dikenali melalui saluran Kumaar Family mendedahkan bahawa impiannya untuk menjadi YouTuber sepenuh masa tidak berjaya seperti yang diharapkan.
Selepas beberapa tahun mencuba, beliau kini kembali bekerja dalam kerjaya biasa demi memastikan kestabilan kewangan keluarganya.
Dalam video terbaharu berdurasi 16 minit, Logesh berkata percubaannya menjadi pencipta kandungan sepenuh masa tidak berjalan seperti yang dirancang.
“Antara impian saya ialah nak cuba jadi YouTuber sepenuh masa… tapi realitinya, saya gagal. Kalau tak cuba langsung, saya mungkin lebih menyesal,” katanya.
Beban kewangan meningkat bila bergantung pada YouTube sepenuhnya
Menurut The Star, Logesh dan isterinya, Rachel Kumaar, menjelaskan bahawa kos hidup meningkat apabila mereka bergantung sepenuhnya kepada pendapatan YouTube.
Walaupun ada masa mereka menerima banyak tawaran jenama, ada juga tempoh panjang tanpa sebarang pendapatan tetap.
“Bila fikir soal kewangan, beban untuk menyara keluarga makin berat dan mencabar,” katanya.
Logesh turut mengaku dia mula hilang kebebasan berkarya kerana perlu menghasilkan video semata-mata untuk mengejar tontonan dan memenuhi kehendak jenama, bukan lagi kerana minat.
“Saya dulu lebih seronok berkarya bila YouTube bukan kerja utama saya,” katanya lagi.
Kembali memohon kerja, hadapi pelbagai temuduga
Selepas menilai semula keadaan kewangan, Logesh memutuskan untuk kembali bekerja sepenuh masa.
“Saya dapat enam temuduga ketika masih di Amerika, dan dua lagi ketika saya dalam perjalanan,” jelasnya.
Akhirnya, dia ditawarkan jawatan tersebut, namun perlu berpindah dari San Francisco Bay Area ke Los Angeles, satu perpindahan besar untuk keluarganya.
Tetap teruskan YouTube cuma bukan lagi sepenuh masa
Walaupun kembali bekerja, Logesh menegaskan mereka tidak akan meninggalkan YouTube. Namun kandungan akan berubah mengikut kehidupan semasa mereka.
Sejak dilancarkan pada Mei 2020, saluran Kumaar Family telah mengumpul lebih 792,000 ‘subscribers’.
Kandungan mereka sering menonjolkan budaya Malaysia dan kehidupan di Amerika menyebabkan ramai rakyat di negara ini yang tertarik untuk menontonnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Food Is Good” – Pempengaruh Perkenal & Hidang Nasi Lemak Di Amerika Syarikat Raih Pujian [Video]



