Peniaga Tawar Musang King Percuma Buat Ibu Hamil Hingga Feb 2026 Raih Perhatian Ramai [Video]
Menurut tauke kedai buah Pakteh Fruits itu, Durian Musang King percuma itu terhad sebanyak 10 ke 30 biji sahaja untuk sehari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seperti yang kita tahu, golongan ibu mengandung akan melalui pelbagai perubahan hormon semasa fasa kehamilan. Ini termasuklah mengidam pelbagai jenis makanan dan minuman.
Bagi sesetengah individu, mereka akan teringin sesuatu yang mereka tidak suka selama ini. Daripada tidak suka makan durian, terus tak boleh berhenti memikirkan tentangnya.
Malah ada juga yang akan menangis dan monyok sepanjang hari jika si suami tidak dapat memenuhi permintaan isteri. Boleh pening kepala dibuatnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gara-Gara Lama Mengidam, Ibu Hamil Ini Akhirnya Berjaya Dapat Karipap Kambing Penjara!
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Bahaya Ke?” – Aksi Ibu Hamil Bau Petrol Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: “Lain Macam Craving” – Ibu Hamil Nak Join Kelas Matematik Buat Tutor Ini Terkejut
Peniaga Kongsi Rezeki Dengan Ibu Hamil, Musang King Percuma Selama 2 Bulan
Berita baik buat ibu hamil yang mengidam buah durian, Pakteh Fruits di Bukit Mertajam, Penang kini menawarkan Durian Musang King secara percuma pada setiap hari bermula 4 Disember hingga 1 Februari 2026.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, tauke kedai buah tersebut berkata pemberian percuma itu terhad sebanyak 10 ke 30 biji sahaja untuk sehari. Syaratnya mudah sahaja, geng ibu hamil perlu datang sendiri ke kedai berkenaan dan menebusnya dari pekerja bertugas.
Agihan akan bermula jam tiga petang sehingga habis. Siapa cepat, dia dapat! Tetapi terhad satu biji sahaja untuk seorang pengunjung wanita yang hamil.
Turut Tawarkan Potongan Harga Buat Ibu Hamil Yang Tak Sempat Tebus Durian Percuma
Namun buat mereka yang terlambat usah risau, Pakteh Fruits juga memberi diskaun istimewa khas buat golongan ibu mengandung iaitu sebiji Durian Musing King berharga dari RM10 ke RM30 sahaja mengikut timbangan kilo.
Menerusi klip sama, kelihatan peniaga itu menunjukkan kualiti buah yang akan diberikan itu. Padat dan memang cantik betul warna kuningnya.
“Doa-doakanlah setiap hari Allah akan beri rezeki. Hari ni (4 Disember lalu), hari pertama kita mulakan. Setiap satu orang dapat satu biji,” kata tauke kedai itu.
@paktehfruits Durian Percuma Untuk Ibu Mengandung ❤️🧡💛 10 – 30 biji DURIAN PERCUMA khas untuk ibu² mengandung yg datang TERAWAL…. ✅ Agihan Bermula jam 3.00PM – sehingga habis Jika akak² sampai dan durian percuma ni dah habis…. Jangan risau kami tetap sediakan SPECIAL DISKAUN untuk semua ibu² mengandung….. ✅ Special Diskaun ( JUALAN DURIAN TIMBANGAN KILO SAHAJA ) untuk ibu mengandung bermula dari RM10 – RM30 ( Beli banyak in sha Allah akan ada lebih banyak diskaun ) In sha Allah…. Kita kongsi² rezeki….. Alhamdulillah Doakan kami 🤲☺️ ⏱️ Waktu Operasi : 10.00 pagi – 11.00 malam 🏪 BUKA SETIAP HARI #paktehfruitsviral #rezekikongsibersama #syurgabuahseluruhdunia #paktehfruits #fenomenadurianpakteh ♬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi 🎤🎶
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: “Single Dapat Free” – Peniaga Bagi Durian Percuma Kepada Pelanggan Tiada Pasangan Jadi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Selain Blackthorn & Musang King, Ini Antara Durian ‘Underrated’ Yang Korang Patut Cuba!
Ramai Ibu Hamil Terliur Lihat Posting Peniaga Durian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa teruja dengan pengumuman tersebut selain berterima kasih kepada tauke kedai atas pemberian itu.
“Ya Allah baiknya. Tengah mengandung lima bulan. Insya-Allah suami cuti ni saya pergi,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga wanita termasuk ibu hamil berkongsi mereka mengidam makan duah durian selepas melihat hantaran Pakteh Fruits.
“Jauh pula. Kalau dekat dah pergi dah. Craving durian, huhu. Semoga laris manis jualan bang,” ujar seorang wanita.
“Mengandungi lemak boleh tak,” seloroh seorang individu.
Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menebus buah durian secara percuma pada tahun lalu.
“Tahun 2024 mengandung, dapat dua kali durian free (dari Pakteh Fruits),” kata seorang netizen.
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: “Lama Mengidam” – Ibu Hamil Menangis Lepas Berjaya Beli Karipap Kambing Penjara [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ala RM 3 Juta Je..” – Guna Alasan Baby Mengidam, Wanita Hamil Merajuk Suami Taknak Beli Lamborghini



