fbpx
Now Reading
Khairul Aming Bakal Buka Restoran Pertamanya, Rembayung Dengan Kos RM4 Juta Di KL [Video]

Khairul Aming Bakal Buka Restoran Pertamanya, Rembayung Dengan Kos RM4 Juta Di KL [Video]

KA menerusi sesi TikTok Live semalam berkata orang ramai yang mahu hadir ke Rembayung perlu membuat tempahan terlebih dahulu dan tiada sebarang walk-in diterima.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Nama Khairul Aming sememangnya tidak asing lagi dalam dunia gastronomi tempatan, lebih-lebih lagi dengan kejayaannya menghasilkan produk sendiri iaitu Sambal Nyet dan Rendang Nyet.

Dia sebelum ini mencipta nama dengan menghasilkan content masakan di media sosial, terutamanya ketika bulan puasa, sebelum menceburi bidang perniagaan.

Bukan hanya di dalam negara, KA turut dijemput ke New Zealand dan Oman bagi menghasilkan siri masakan yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dua negara itu.

Baca Artikel Berkaitan: Bukan 30 Tapi 60 Resipi! Konten Ramadan Khairul Aming Tampil Dengan Pembaharuan Buat Ramai Teruja [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Khairul Aming Perkenal Siri Baru, Memasak Sambil Jelajah New Zealand!

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Buat Giveaway Jawab Kuiz Bernilai RM44,000, Lelaki Kongsi Soalan Ramalan Untuk Malam Ini

KA Bakal Buka Restoran Masakan Kampung ‘Rembayung’ Di KL

Tidak terhenti di situ sahaja, usahawan muda itu semalam (9 Disember) tampil dengan berita mengejutkan apabila mengumumkan bakal membuka restoran pertamanya di bandar Kuala Lumpur.

Restoran yang diberi nama Rembayung itu adalah bertemakan elemen kampung di tengah-tengah bandar.

“Kita banyak main dengan elemen kayu, elemen daun hijau. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bila korang masuk restoran ini ada satu kipas mega besar untuk bagi suasana berangin macam kat kampung,” katanya.

Dengan konsep bangunan ‘semi glass house’ dua tingkat yang seakan-akan gudang besar, restoran itu dibina bagi menampung 250 pelanggan dalam satu masa.

Menerusi hantaran di media sosial, KA mendedahkan bahawa persediaan bagi restoran berkenaan telah dibuat sejak awal tahun ini dan bakal dibuka pada bulan hadapan, Januari 2026.

Pembinaan Rembayung Memakan Modal RM4 Juta

Tambah KA lagi, pembinaan dan perancangan restoran itu memakan kos sehingga RM4 juta yang dibina dari mula di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kg Baru, menjadikannya pelaburan terbesar yang pernah dibuat bagi satu projek tunggal.

Bagi pembinaan bahagian dapur sahaja, lebih setengah juta ringgit telah dibelanjakan agar dapat menyediakan lokasi yang selesa dan peralatan terbaharu bagi para cef.

Tambahnya lagi, Rembayung dibuka dengan gandingan rakan kongsi yang telah lama bertapak dalam industri restoran.

50 Warga Malaysia Diambil Bekerja Di Rembayung

Mengulas serba sedikit tentang pengambilan pekerja, KA berkata seramai 50 anak tempatan telah menjadi sebahagian daripada Rembayung.

“Yang best dia orang tak tahu ni restoran KA. Dia orang mohon, pergi temuduga. Dah lulus baru tahu,” katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa staf restoran Rembayung telah melalui proses latihan dan simulasi bagi memastikan Grand Opening berjalan dengan lancar.

“Selepas 10 tahun dalam dunia online, akhirnya KA bersedia untuk masuk ke dunia offline untuk permulaan fasa 10 tahun seterusnya.

“KA harap sangat Rembayung ni akan jadi tarikan pelancong dari satu dunia mencuba juadah kampung kebanggaan kita,” ujarnya.

Perlu Buat Tempahan Untuk Dine-In Di Rembayung, Tiada Walk In Diterima

Berdasarkan hantaran di Threads (@jameq17), KA telah memaklumkan dalam sesi live di TikTok semalam bahawa orang ramai yang mahu hadir ke Rembayung perlu membuat tempahan terlebih dahulu dan tiada sebarang walk-in diterima. Namun hanya 50% kapasiti akan diterima pada awal pembukaannya.

Harga yang ditawarkan juga tidaklah terlalu mahal mahupun murah, dan tiada sebarang private event yang boleh dilakukan di Rembayung setakat ini.

Restoran itu juga meletakkan had masa selama satu jam 50 minit bagi setiap pelanggang yang hadir.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Rendang Nyet Khairul Aming Jadi ‘Buruan’ Sampai Sanggup Battle Di TikTok Shop! [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Buat Giveaway Trip Ke NZ, Kena Jadi 5 Pembeli Rendang Nyet Berapi Terpantas!

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Bawa 100 Staf Bercuti Di KL, Siap Belanja Berpuluh Ribu Untuk Dinner & Menu Wagyu A5!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.