Faiz Soul Dedah Hadir Ke Sekolah Sebagai Usahawan & Kongsi Rezeki [Video]
Kata Faiz Soul dia yang dijemput hadir ke sekolah berkenaan sebagai seorang usahawan untuk beri suntikan kepada pelajar untuk belajar lebih agresif menjadi orang berjaya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu jemputan seorang influencer yang juga usahawan untuk merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di negeri berkenaan.
JPN Kedah turut memaklumkan siasatan berkaitan isu itu sedang dilakukan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai yang percaya ia ada kaitan dengan usahawan dan influencer, Faiz Soul. Ini selepas tular video influencer itu dijemput untuk merasmikan majlis anugerah dan dia turut dilihat memberi ucapan dan menyampaikan sijil kepada murid di sebuah sekolah di Kedah.
Perkara itu lalu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dan menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: JPN Kedah Siasat Isu Sekolah Jemput Influencer Rasmikan Majlis
Faiz Soul tampil beri penjelasan
Terbaharu usahawan berkenaan tampil menjelaskan kehadirannya ke sekolah itu adalah sebagai seorang usahawan untuk memberi suntikan kepada pelajar untuk belajar lebih agresif menjadi seorang yang lebih berjaya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Faiz atau nama penuhnya Muhammad Faiz Aizif mengatakan awalnya dia juga terkejut ketika menerima jemputan berkenaan namun tidak mahu menolak kerana mahu menjaga hubungan baik dengan warga sekolah.
“Bagi saya okay lah, topik dan apa yang perlu saya nyatakan di situ pun sekadar tentang hari kecermelangan pelajar, yang kita nak raikan sama-sama. Saya dimaklumkan sekolah itu mengadakan dua program dalam satu hari.
“Habis sahaja hari kecermelangan itu, program hari keusahawanan (pula berlangsung) jadi bersesuaianlah dengan saya sebagai seorang usahawan. Macam-macam komen saya baca, konon nak SISPA pentadbiran sekolah itu, guru besar sebab jemput Faiz,” katanya.
Tegaskan bukan ahli politik dan tidak guna dana kerajaan
Faiz turut menegaskan dia bukanlah ahli politik dan tiada menggunakan dana kerajaan bahkan semuanya adalah hasil usahanya berniaga.
Jelasnya lagi, sekolah berkenaan menjemput dia datang ke sana sebagai seorang usahawan dan sedia maklum dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada pekeliling yang tidak membolehkan menjemput orang kenamaan, serta ahli politik tanpa kelulusan JPN atau KPM.
Tidak bercakap mengenai hal politik sebaliknya bagaimana pelajar nak jadi insan berjaya
Menurutnya lagi, kehadirannya ke sekolah itu langsung tidak bercakap mengenai isu politik sebaliknya menyuntik bagaimana pelajar nak jadi insan yang berjaya.
“Untuk makluman tak perlu jadikan isu saya hadir ke sekolah, ini bukan satu sekolah sahaja. Dah dua ke lima sekolah yang saya hadir. Saya hadir tidak bercakap tentang politik sebab saya bukan orang politik.
“Tapi saya suntik tentang ‘macam mana awak nak jadi orang yang berjaya’. Itu sahaja yang saya kongsikan.”
Dedah majlis turut dihadiri individu dari JPN Kedah
Faiz turut berkongsi sewaktu majlis berlangsung turut hadir ke sekolah itu adalah Timbalan Pengarah Sektor Sekolah-sekolah Unit Khas daripada JPN Kedah, ibu bapa, pelajar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan banyak lagi untuk meraikan murid-murid.
@faizsoul_ Video Ini Panjang, Tapi Mohon Dengar Isu : Serangan Politik Terhadap Kehadiran Faiz Soul Rasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Bantu Faiz Share & Repost 🙏🏻 @KemPendidikan @Urusetia Penerangan Darul Aman @Fadhlina Sidek
♬ Epic and brave battle orchestra long version(1506108) – Shinnosuke Shibata
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Faiz turut mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan pihak JPN Kedah.
“Aturan apa yang dikuatkuasa itu? Peraturan di mana KPM keluarkan surat perkeliling, ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 tahun 2023 yang mana garis panduan undangan atau lawatan orang kenamaan dan ahli politik ke institusi pendidikan bawah KPM.
“Jadi jangan risau, saya rasa tak menjadi kesalahan pun,” jelasnya.
Malah Faiz turut menyebut orang kenamaan yang dimaksudkan adalah seperti para pemerintah, Yang Di-pertua bagi negeri-negeri, ketua jabatan, agensi kerajaan persekutuan selain KPM, ketua jabatan kerajaan negeri, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan pegawai kanan kerajaan negeri termasuklah ahli politik.
Faiz turut mengatakan dia juga sebelum ini merupakan bekas guru sandaran selama enam bulan di sekolah rendah.
Dia juga meminta orang ramai untuk tidak mempolitikkan isu itu dan mengganggu institusi pendidikan.



