fbpx

Belum Beroperasi Namun Restoran Khairul Aming, Rembayung Sudah Dapat Reviu Negatif Di Google

Menurut Khairul Aming, kos sebanyak RM4 juta dikeluarkan untuk membina restoran Rembayung yang terletak di Kuala Lumpur bagi memberikan ruang yang selesa untuk pekerja dan juga pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (9 Disember) influencer dan usahawan, Khairul Aming telah mengejutkan orang ramai dengan berita gembira apabila mengumumkan akan membuka restoran pertamanya di kenali sebagai Rembayung di Kuala Lumpur.

Malah dalam video yang dikongsikan, Khairul Aming atau mesra dipanggi KA memaklumkan dia mengeluarkan kos sekitar RM 4 juta untuk membina restoran tersebut.

Bukan hanya itu, jelasnya lebih setengah juta ringgit telah dibelanjakan untuk menyediakan tempat yang selesa untuk para pekerja seperti peralatan untuk cef termasuklah pelanggan yang akan datang ke restoran terbabit.

Susulan daripada pengumuman daripada influencer yang juga menjalankan perniagaan menjual Sambal Nyet, Daging Dendeng Nyet dan juga Rendang Nyet ramai yang tidak sabar ingin berkunjung ke restoran itu untuk merasai makanan yang disajinya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Bakal Buka Restoran Pertamanya, Rembayung Dengan Kos RM4 Juta Di KL [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bukan 30 Tapi 60 Resipi! Konten Ramadan Khairul Aming Tampil Dengan Pembaharuan Buat Ramai Teruja [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Khairul Aming Perkenal Siri Baru, Memasak Sambil Jelajah New Zealand!

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Buat Giveaway Jawab Kuiz Bernilai RM44,000, Lelaki Kongsi Soalan Ramalan Untuk Malam Ini

Ada yang beri reviu negatif walhal restoran belum dibuka

Namun belum pun lagi restoran itu dibuka kepada orang ramai, premis tersebut sudah mula mendapat rating rendah dan reviu yang kurang memuaskan sehingga meraih perhatian ramai.

Perkara itu menjadi tular apabila ia dikongsikan di Threads oleh seorang pengguna, menerusi hantaran itu, individu berkenaan menunjukkan beberapa tangkap layar memaparkan reviu orang ramai mengenai restoran tersebut.

Ada yang mengatakan restoran itu belum dibuka namun sudah mendapat lima bintang, selain ada yang bertanya adakah ia mempunyai sijil halal atau tidak.

Persoal tentang parkir, ada yang mahukan voucher jika nak beri 5 bintang

Selain itu ada yang mengkritik mengenai orang yang mempersoal tentang parkir serta lokasi restoran tersebut sekali gus memberikan satu bintang.

Tidak kurang ada yang mahukan baucar atau diskaun untuk 3 dewasa dan tiga kanak-kanak sekiranya restoran itu mahukan lima bintang darinya.

Berikut antara komen negatif:

View on Threads

Ada yang beri reviu membina

Ada juga yang memberikan komen positif seperti makanan sedap dan berharap agar restoran itu mendapat anugerah Michelin Star.

Menerusi semakan kami, ramai yang mengucapkan tahniah kepada KA atas pembukaan restoran tersebut dan tidak sabar untuk mencubanya.

Bahkan lebih banyak reviu membina berbanding negatif.

Ramai kecam tindakan individu beri komen negatif yang tidak membina

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu memberi reviu negatif walhal restoran tersebut belum lagi dibuka untuk melayakkannya diberi penilaian.

Ada juga yang tidak memahami mengapa ada yang sanggup memberikan komen negatif terhadap restoran berkenaan.

Bahkan ada yang berpendapat mereka yang memberikan reviu negatif dan tidak munasabah sebagai individu tak matang dan cuba merosakkan reputasi.

Malah terdapat pengguna yang menyifatkan individu memberi reviu negatif itu tidak beradab.

“Serius biadap”

“Mentaliti kelas ketiga. Saya tahu segelintir dari mereka sangka mereka kelakar”

“Check balik lah hati masing-masing yang bagi 1 bintang reviu ni”

“Busuknya hati manusia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.