Apakah Hukum Bertanya Atau Mengaku Pernah Terlanjur Sebelum Kahwin?
Dalam menjawab soalan yang ditanya sama ada seseorang itu pernah berzina ataupun tidak, dia boleh menjawab secara berhelah atau menipu secara terus.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sesetengah orang pasti pernah melakukan kesilapan pada masa silam yang disesali hingga ke akhir hayatnya.
Namun bagi seorang Muslim, setiap dosa yang dilakukan antara dirinya dan Allah SWT pasti akan dimaafkan jika dia telah bertaubat. Ini termasuklah jika dia pernah terlanjur sebelum berkahwin.
Pun begitu, kadangkala masih ada segelintir individu yang telah berkahwin tetap mahu bertanyakan kepada pasangannya jika mereka pernah terlanjur atau melakukan persetubuhan luar nikah dengan orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Betul Ke Balasan Berzina Akan Turun Kepada Keturunan? Ustaz Adnin Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: Trend S-Line Makin Menjadi-jadi, Buka Aib & Jejaskan Maruah – MTPN
Haram Tanya Jika Pasangan Pernah Berzina Sebelum Berkahwin
Namun anda tahukah, perkara ini sebenarnya salah di sisi Islam?
Menurut penulis buku agama, Yazid Hamka, dalam hantaran di Threads (@yazid.hamka_), hukum bertanyakan dosa peribadi yang pernah dilakukan oleh seseorang ialah haram.
Ini termasuklah juga seorang suami yang bertanyakan soalan sedemikian kepada isterinya kerana boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.
“Islam melarang mencari-cari kesalahan dan membongkar masa silam seseorang yang Allah dah tutup,” kataya.
Dia berkata sedemikian setelah menerima soalan daripada seorang individu sama ada seseorang boleh menipu jika ditanyakan soalan tersebut.
Tak Boleh Jawab Soalan Tentang Terlanjur Secara Jujur
Katanya lagi, jika seseorang menerima soalan sedemikian, dia juga tidak boleh menjawab soalan itu secara jujur.
Ini kerana apabila masa lampau seseorang tidak diketahui oleh orang lain, itu bermakna Allah SWT telah menutup aibnya, justeru adalah tidak patut dia mendedahkannya.
Berdasarkan satu petikan hadis:
“Sesiapa yang melakukan perbuatan keji ini (zina), hendaklah dia menutupinya.”
Sahih al-Jami’ 149

Dibenarkan Menipu Jika Ditanya Soalan Sedemikian
Namun memandangkan seseorang tidak boleh menjawab soalan tersebut secara jujur, adakah dia sebaliknya dibenarkan untuk menipu?
Yazid berkata terdapat dua peringkat penipuan yang boleh dilakukan. Yang pertama disebut sebagai tauriah atau helah, iaitu menyebut sesuatu yang boleh difahami dengan cara yang berbeza.
Memberi contoh, dia berkata seseorang boleh menjawab tidak pernah melakukan zina apabila ditanya.
Namun dalam masa sama, dia berfikir di dalam hati bahawa dia tidak pernah melakukan zina di suatu tempat tertentu atau tidak lagi berbuat demikian selepas bertaubat.
Peringkat kedua pula adalah dengan menipu secara terus jika tidak mampu dilakukan secara berhelah.
“Ini demi menyelamatkan maruah dan hubungan suami isteri. Tetapi ini cuma jalan terakhir, bila tiada jalan lain. Kemudian istighfar dan bertaubat,” ujarnya.
View on Threads
Tak Perlu Maklumkan Pada Pasangan Jika Berzina Selepas Kahwin & Telah Bertaubat
Dalam masa sama, mungkin timbul persoalan jika pasangan yang curang dan berzina ketika sudah berkahwin, perlu memaklumkan kepada suami atau isterinya.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, seorang wanita yang berzina tetapi telah bertaubat bermakna dia telah memenuhi hak Allah SWT dan memelihara hak suaminya juga.
“Hal ini kerana, dengan taubat, Allah akan mengampuni dosanya, dengan kebaikan terus berbakti kepada suami, Allah akan meredai diri dan suaminya di dunia serta bertambah timbang kebaikan buat wanita tersebut,” katanya.
Oleh yang demikian, situasi itu tidak sepatutnya dimaklumkan kepada sesiapa mahupun suami sendiri agar tidak merosakkan kebaikan berbakti yang disebut di atas.
Ini adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَسْتُرُ اللَّهُ عَلَى عَبْدٍ فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.”
Riwayat Muslim

Penzina Tidak Dihukum Setelah Bertaubat Jika Aduan Tidak Dibuat
Menjawab isu hukuman ke atas penzina yang telah bertaubat, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata hukuman itu gugur selagi perbuatan tersebut tidak diadukan kepada hakim.
Ini kerana perbuatan masa silam itu termasuk dalam aib yang disembunyikan oleh Allah SWT yang menunjukkan bahawa dia masih diberi peluang untuk bertaubat.
“Maka hendaklah pelakunya itu segera bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak akan mengulangi dosa tersebut lagi,” ujarnya.
Nabi SAW juga telah bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ
Maksudnya: ”Setiap daripada umatku diampunkan dosanya melainkan golongan mujahirin (orang yang mendedahkan dosanya)”.
Riwayat al-Bukhari (6069)
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Isteri Je, Suami Pun Boleh Dikira Nusyuz Jika Lakukan 5 Perkara Ini
Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Bersetubuh Selepas Isteri Habis Haid Tetapi Belum Mandi Wajib
Baca Artikel Berkaitan: “Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]