fbpx
Now Reading
Ada Yang Keliru, Ustazah Asma’ Perjelas Batas Aurat Wanita Yang Duduk Sebilik Dengan Rakan Non-Muslim

Ada Yang Keliru, Ustazah Asma’ Perjelas Batas Aurat Wanita Yang Duduk Sebilik Dengan Rakan Non-Muslim

Menurut ustazah Asma’, para fuqaha’ dan ulama dalam mazhab Syafie berbeza pendapat mengenai aurat wanita Islam dan wanita non-Muslim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menjaga aurat ialah kewajipan penting bagi umat Islam kerana ia melambangkan maruah serta ketaatan kepada Allah SWT. Aurat yang dipelihara dapat menghindari diri daripada pandangan tidak wajar dan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Oleh kerana itu, kaum wanita dan lelaki perlulah menjaga aurat daripada dilihat individu bukan mahram selain pasangan yang halal.

Pun begitu, timbul pula persoalan mengenai batas aurat kaum hawa ketika bersama rakan wanita mereka yang bukan Islam.

Isu aurat wanita dengan rakan non-Muslim, ustazah Asma’ tampil beri penjelasan

Susulan itu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun tampil memberi penjelasan selepas diajukan soalan daripada seorang wanita berhubung perkara itu.

Difahamkan, wanita terbabit keliru mengenai batas aurat selepas dia ditempatkan bersama dua orang rakan bukan Islam dalam satu rumah di sebuah kolej kediaman.

“Saya keliru, adakah batas aurat saya dengan mereka sama sahaja seperti kawan Muslim yang lain,” katanya.

Para Fuqaha’ dan ulama dalam mazhab Syafie berbeza pendapat

Menurut ustazah Asma’, para fuqaha’ dan ulama dalam mazhab Syafie berbeza pendapat mengenai aurat wanita Islam dan wanita non-Muslim.

Ujarnya, pandangan pertama daripada majoriti ulama fiqh adalah aurat Muslimah dengan wanita non-Muslim sama seperti aurat wanita dengan lelaki ajnabi iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka serta tapak tangan.

Manakala pandangan kedua pula, ustazah Asma’ berkata, sebahagian ulama mazhab Syafie berpandangan aurat Muslimah dengan wanita bukan Islam adalah seluruh tubuh kecuali kepala (termasuk leher), tangan (hingga siku) dan kaki (hingga bawah sedikit daripada lutut).

Jika darurat tiada pilihan, tunjuk aurat yang biasa sahaja iaitu kepala, leher, lengan dan kaki

Ustazah Asma’ berkata, bagaimanapun dalam isu seperti ini, apabila dalam keadaan darurat atau tiada pilihan yang boleh dibuat saat ditempatkan di dalam satu bilik, maka aurat yang boleh ditunjuk adalah aurat yang biasa sahaja iaitu kepala, leher, lengan dan kaki.

Beliau pada masa sama turut menasihati pihak institusi pendidikan tinggi (IPT) bahagian pengurusan agar melihat kepada hukum-hakam syarak yang perlu dijaga, apalagi dalam perkara yang melibatkan aurat.

“SubhanAllah, memang ada isu berkenaan percampuran bilik antara muslim dan non-muslim atas alasan dan tujuan bagi memupuk integrasi antara kaum.

“Boleh sahaja jika diasing dan disusun atur kedudukan yang sebaiknya agar syariat dan biah solehah terlaksana. Mengasingkan bilik kediaman tidak bermaksud kita menjauhi kawan non-muslim kerana boleh sahaja dipupuk di ruang belajar dan ruang-ruang sedia ada yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Sampai Sakit Di Dunia, Sampai Akhirat” – Ustazah Asma’ Tegur Wanita Dedah Aurat Di Hospital

Baca Artikel Berkaitan: Tak Menutup Aurat Ketika Baca Al-Quran? Ini Hukum & Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Bolehkah Lelaki Buka Baju Walaupun Masih Menutup Aurat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.