fbpx

“Tren Sesak Tapi Tiada Empati” – Tular Individu Bertongkat Terpaksa Berdiri Dalam MRT Koc Wanita [Video]

Perkara berkenaan turut mendapat perhatian pihak Rapid KL yang mengakui berasa simpati dengan nasib wanita bertongkat itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pengangkutan awam di Malaysia menyediakan tempat duduk khas atau tempat duduk yang perlu diberi keutamaan kepada golongan memerlukan seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu mengandung.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada penumpang muda dan sihat yang duduk di kerusi ini dan tidak memberikannya kepada golongan berkenaan.

Mungkin ada yang tidak menyedari, namun ada juga yang sengaja pura-pura tidak nampak walaupun golongan memerlukan sedang berdiri berdekatannya.

Tular wanita bertongkat berdiri dalam MRT dengan guna tongkat

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita muda berdiri dengan menggunakan tongkat (axillary crutch) di dalam sebuah MRT.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @beracunracun, kejadian dipercayai berlaku di dalam koc wanita ketika waktu puncak.

“Tren sesak tapi tiada empati. Ada yang pernah macam ini,” tulis pemilik video.

Wanita terpaksa berdiri sambil bersandar di dinding

Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu terpaksa berdiri sambil bersandar di tepi dinding berdekatan pintu tren sambil memegang tongkatnya.

Kelihatan ada individu yang sihat tubuh badan duduk di tempat yang sepatutnya diberi keutamaan kepada golongan memerlukan.

Turut terlihat di dalam rakaman para penumpang lain yang sedang duduk sedang leka melihat telefon dan ada yang sedang memejamkan mata seola-olah tidak menyedari kehadirannya di situ.

@beracunracun ada yang pernah macam ni ke #rapidkl #mrt @Rapid KL ♬ watch – DR3AM7NG

Pihak Rapid KL rasa simpati, kejadian sebegitu tak patut terjadi

Perkara berkenaan turut mendapat perhatian pihak Rapid KL yang mengakui berasa simpati dengan nasib wanita terbabit.

“Kalau memang nampak tapi buat-buat tak nampak, itu memang tidak patut. Pengumuman dalam tren pun selalu pesan untuk berikan tempat duduk kepada yang memerlukan.

“Kami harap kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi pada awak ya,” tulis Rapid KL di ruangan komen.

Ramai kecam tindakan segelintir penumpang MRT pentingkan diri

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan para penumpang yang sihat tubuh badan kerana bersikap pentingkan diri.

Tidak kurang juga yang mendakwa bahawa kejadian sebegitu mustahil untuk berlaku sekiranya wanita berkenaan berada di koc awam.

Bagaimanapun, ada juga yang menyebelahi para penumpang dengan menyatakan berkemungkinan mereka yang tidak memberi tempat duduk itu kerana terlalu keletihan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.