fbpx
Now Reading
“Dulu Selalu Nak Flight Ke Jeddah” – Kru Kabin AirAsia Sebak Kini Diberi Pilihan Bertudung Ketika Bertugas [Video]

“Dulu Selalu Nak Flight Ke Jeddah” – Kru Kabin AirAsia Sebak Kini Diberi Pilihan Bertudung Ketika Bertugas [Video]

Pramugari dikenali sebagai Farah Shazreen itu berkata, dia sebelum ini tidak tenang kerana perlu memakai skirt ketika bertugas selain tidak mempunyai pilihan untuk menyarungkan tudung bagi laluan terpilih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Jumaat lalu (5 Disember) AirAsia melakar sejarah selepas mengumumkan pembaharuan dalam polisi pakaian seragam kru kabin dimana kru wanita kini mempunyai pilihan untuk memakai hijab sewaktu bertugas.

Dalam masa sama, AirAsia juga berbesar hati dapat mewujudkan tempat kerja di mana setiap Allstar (staf) berasa yakin, selesa serta bangga mewakili syarikat penerbangan ini walau dimana sahaja destinasi mereka.

Kalau sebelum ini, pemakaian tudung itu hanya diwajibkan buat kru kabin yang bertugas dan beroperasi dalam penerbangan menuju ke laluan terpilih sahaja sebagai contoh Jeddah, Arab Saudi.

Kru Kabin Luah Syukur Polisi Pemakaian Tudung Diperkenalkan AirAsia

Pengumuman ini nyata menerima reaksi positif orang ramai khususnya golongan pramugari AirAsia sendiri. Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang kru kabin wanita dikenali sebagai Farah Shazreen berkongsi luahan hatinya selepas diberi pilihan untuk menyarungkan hijab semasa bertugas.

Menurut Farah, dia selalu berasa bimbang sekiranya berlaku sesuatu buruk kepadanya sewaktu berada di udara dan tidak sempat untuk ‘berhijrah’.

“Nak kongsi benda yang paling saya takut bila tengah kerja atas sana sebagai seorang pramugari. Saya selalu takut kalau terjadi apa-apa dekat saya, lepas tu orang jumpa jasad saya dalam keadaan yang tak menutup aurat. Perasaan ni datang (terutamanya) bila pergi destinasi yang memerlukan saya untuk pakai skirt,” katanya.

Malah disebabkan mahu menjaga aurat, Farah juga berkata dia selalu meminta untuk dijadualkan bagi penerbangan ke Jeddah atau Madinah.

Dalam masa sama, Farah juga sempat berkongsi foto-foto rakan sekerja yang turut memadankan baju seragam megah AirAsia bersama tudung baharu mereka. Manis je rupanya. 😍

View on Threads

Gembira Persekitaran Kerja Terima Tenaga Kerja Wanita Berhijab

Jelas Farah, walaupun belum menutup aurat sepenuhnya, tetapi dia sedang dalam proses memperbaiki diri selain berdoa agar Allah SWT membantunya untuk kekal istiqamah dan buatkan dirinya berasa yakin untuk memakai tudung.

“Saya tahu saya masih banyak untuk belajar. Ya saya belum betul-betul kuat untuk berhijab sepenuhnya, dan saya masih tunjuk aurat di media sosial. Dalam kerja sebelum ni pun saya kena pakai skirt, sebab saya memang suka kecantikan luaran. Tapi setiap kali solat, saya selalu doa supaya Allah kuatkan hijrah saya, dan buat saya rasa cantik bila menutup aurat.

“Saya doa juga supaya dapat kerja yang memerlukan saya menutup aurat. Tak sangka Allah makbulkan doa tu tanpa saya perlu tukar kerja,” kongsinya.

View on Threads

Netizen Luah Rasa Syukur Lepas Tahu Ramai Kru Kabin Wanita Sebenarnya Mahu Bertudung

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa gembira dengan polisi pemakaian baharu ini.

“Alhamdulillah. AirAsia ambil langkah yang baik! Awak nampak sangat cantik pakai hijab!” puji seorang wanita.

“Sebagai bekas pramugari Malaysia Airlines, hantaran ni sangat buatkan saya beremosi. Sangat gembira untuk korang,” kata seorang bekas kabin kru.

Malah ada juga yang berkata perubahan besar yang dilakukan AirAsia itu juga berkemungkinan atas berkat staf yang berdoa selama ini.

“Alhamdulillah, sujud syukur atas nikmat ni. Berbunga-bunga hati tengok, semua lebih nampak cantik dan sopan. Semoga Allah jaga kalian semua dalam rahmat dan kasih sayangNya dan Allah izinkan kita semua meninggal dalam keadaan menutup aurat dan husnul khatimah,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ramai berharap agar kru kabin Muslim dapat bekerja dengan lebih tenang selepas diberi pilihan untuk berhijab ketika dalam pesawat.

“Ramai rupanya pramugari yang sebenarnya nak menutup aurat tapi tak boleh sebab kerja. Ada yang berhenti sebab syarat itu. Saya percaya Allah nampak semua cabaran dan usaha (kru kabin) untuk menutup aurat. Semoga lepas ni dapat pergi kerja dengan lebih tenang sis,” kata seorang netizen.

Berikut antara komen warganet:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Sari Sempena Deepavali, Pramugari AirAsia Dapat Pujian Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.