Now Reading
Cadangan PHM Agar Ada Podcast Jemput Prof Terbabit Kes Hina Pelajar B40 Cetus Perdebatan

Cadangan PHM Agar Ada Podcast Jemput Prof Terbabit Kes Hina Pelajar B40 Cetus Perdebatan

Menerusi hantaran yang dimuat naik, PHM berharap agar ada pihak yang sudi menjemput pensyarah berkenaan untuk mendengar sudut padang darinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada tahun 2022, tular video memaparkan seorang pensyarah daripada universiti awam yang mengherdik seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer.

Video itu kemudiannya menjadi perhatian ramai selepas ramai yang kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh pensyarah berkenaan.

Malah ayatnya dalam video itu turut menjadi bualan orang ramai sehingga ke hari ini bahkan video profesor tersebut turut menjadi meme di media sosial.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Video Pensyarah Didakwa Hina Pelajar Tiada Laptop Jadi Perdebatan Netizen

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Pensyarah Herdik Pelajar B40 Tiada Laptop, UiTM Akan Ambil Tindakan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: UiTM Buat Keputusan Rehatkan Professor Yang Didakwa Hina Pelajar B40

Hantaran Public Health Malaysia raih perhatian ramai

Terbaharu laman kesihatan, Public Health Malaysia menjadi perhatian apabila memuat naik satu hantaran memaparkan pensyarah berkenaan dan menyifatkan dia layak dijemput untuk menghadiri podcast atau audio siar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, awalnya akaun Public Health Malaysia (PHM) telah memuat naik tangkap layar dari seorang pengguna di X yang menyifatkan apa yang dikatakan oleh pensyarah berkenaan sebelum ini adalah benar.

“Selepas segalanya, dia adalah benar dan kita semua perlu memohon maaf kepadanya,” kata pengguna terbabit sambil meletakkan tangkap layar wajah pensyarah itu.

PHM kemudiannya berharap ada pihak yang mahu menjemput pensyarah terbabit untuk mendengar sudut pandangannya.

“Serius rasa prof ni layak dapat satu episod penuh. Harap ada host yang sudi jemput prof borak dalam podcast, bagi kita peluang dengar sendiri kisah dari sudut mata beliau,” katanya.

Undang perdebatan di kalangan orang ramai

Hantaran itu bagaimanapun telah mengundang perdebatan di kalangan orang ramai apabila ada yang rasa kurang senang dan menyifatkan perbuatan pensyarah tersebut adalah tidak wajar.

Malah ada yang menyifatkan pensyarah berkenaan merendahkan penuntut terbabit di hadapan pelajar lain sewaktu kelas dalam talian, sekali gus menghina golongan B40.

Ada yang kecam PHM promosi sentimen yang tak sihat

Tak kurang ada yang mengecam tindakan PHM seperti mempromosikan sentimen yang tidak sihat walhal akaun itu sering berkongsi mengenai kesihatan dan perkara positif.

Bahkan ada yang meminta agar hantaran tersebut dipadam kerana ia kurang disenangi oleh orang ramai.

Selain itu ada yang menyifatkan hantaran itu sesuatu yang memalukan kerana membenarkan penghinaan meskipun mempunyai niat yang baik. Namun ia bukan cara yang betul dan tidak sepatutnya dinormalisasikan untuk menghina orang.

Ada yang sokong dan setuju

Walau bagaimanapun, ada yang menyokong perkara itu dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pensyarah berkenaan.

Namun kenyataan tersebut hanya boleh diguna pakai pada konteks yang bersesuaian sahaja.

Ada yang berpendapat kita perlu menerima teguran untuk mengubah hidup yang lebih baik.

Pun begitu kebanyakan pengguna Threads memberikan respon positif mengenai cadangan PHM untuk memanggil pensyarah itu berbanding pengguna di X.

Menerusi semakan kami hantaran itu hanya dimuat naik di X dan Threads pada 4 Disember lalu.

“Tak rasa toksik ke label orang ikut kasta? Kali terakhir aku semak, gaji RM5,000 masih kategori B40.”

“Aku setuju dengan professor ni, kalau yang tak setuju tu mesti mentaliti B40”

“Ni page scam ke? Memalukan pelajar yang tak mampu beli keperluan belajar tu dikira perbuatan mulia?”

“Legend, dia cakap benda betul tapi penyampaian dia pisang (salah)”

“Apa kau, akaun public health, apa kena mengena dengan Prof ni menghina B40? Classist enabler betul akaun ni”

“Setuju! Semoga madnoor atau Financial Faiz panggil prof ni”

“Setuju”

“Dia adalah salah seorang pensyarah yang terbaik dan dia adalah legend. Bertuah kalau siapa dia tegur tu, orang tulah yang dia ambil berat, cuma bahasa kasar sikit, sarcastic, sebab dia memang garang.”

“Biasanya orang hangin (marah) dan marah pasal B40 malas ni, adalah mereka yang datang dari famili B40 dan berjaya keluar dari kepompong kemiskinan ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.