“Bidet Ada Dah Okay Tapi..” – Lelaki Stres Masjid Di China Tak Ada Mangkuk Tandas

Pelancong dari Malaysia dikenali sebagai Akmal itu tergamam apabila pengguna tandas di sebuah masjid sekitar China perlu membuang air besar pada longkang saluran air yang dijadikan mangkuk tandas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu kebersihan dan fasiliti tandas sentiasa menjadi bualan orang ramai tidak kiralah di negara mana. Yelah, nak membuang hajat mestilah tandas yang digunakan itu perlu selesa dan bersih.

Antara perkara yang sering kali dibahaskan rakyat Malaysia kini adalah sesetengah tandas di pusat membeli-belah atau kawasan awam yang tidak menyediakan bidet dan hanya mengharapkan pengguna menggunakan tisu seperti segelintir orang Barat.

Tetapi ada juga sesetengah tandas yang sudah tersedia dengan bidet tetapi masalah lain pula yang timbul.

Baca Artikel Berkaitan: “Makin Kotor Bukan Bersih” – Wanita Terkejut Dakwa Ada Pihak Cuci Tuala Wanita Di Tandas Masjid

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Dedah Tandas Kolej Kediaman Kotor & Berkerak, Sanggup Tahan Dari ‘Lepaskan Hajat’

Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Nasyid Review Tandas Di China Raih Perhatian Ramai [Video]

Lelaki Tergamam Tengok Fasiliti Tandas Di China

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pelancong dari Malaysia dikenali sebagai Akmal (@akmalhidupamoi) berkongsi pengalamannya semasa menggunakan tandas di sebuah masjid sekitar China.

Jelasnya, semua fasiliti disediakan di China berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Malah tandas di sana juga tersedia dengan bidet yang selalu dicari-cari orang ramai khususnya di kalangan penduduk Asia.

Namun satu perkara yang menghampakannya adalah tiada mangkuk tandas disediakan bagi setiap ruangan tandas. Apa yang lebih mengejutkan Akmal adalah, pengguna hanya disediakan saluran longkang air yang dijadikan sebagai tempat membuang hajat atau mangkuk tandas.

Pengguna tandas perlu membuang di atas saluran berkenaan, dan segala najis akan mengalir bersama air memasuki saluran pembentungan di tandas paling hujung. Senang cerita, individu yang menggunakan tandas di hujung sekali dan berdekatan dengan pembentungan boleh melihat semua najis yang terapung mengalir daripada tandas-tandas lain. Hmmm 🥴.

Lelaki Sifatkan Tandas Di China Sebagai ‘Mekanisma Free Flow’

Jika tidak bernasib baik dan ramai pengunjung pada ketika itu, terpaksalah menggunakan tandas hujung yang paling digeruni itu.

Ia bukan sahaja membuatkan seseorang tidak rasa selesa, tetapi kami percaya mungkin ada juga yang sanggup tahan diri daripada membuang dan cari tandas lain yang lebih selesa.

Seperti yang disifatkan Akmal, tandas itu mengamalkan sistem ‘mekanisma free flow’.

“Ya Allah China, kenapa tak boleh nak sediakan tempat tandas yang okay? Bidet tu dah ada dah, dah okay. Tempat dia (membuang) pula astaghfirullahalazim,” keluhnya.

@akmalhidupamoi This is masjid btw 😌😌 #akmalhidupamoi #explorepage✨ #tiktokmalaysia #ilovechina #akmalnakyangpandaimasakkari ♬ original sound – Akmal Hidup Amoi

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Turut Kongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Guna Tandas Di China

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa geli selepas membayangkan perlu menggunakan tandas sebegitu rupa.

“Teringin nak lawat China tapi tu la sebagai seorang yang kuat berak, sangat risau,” kata seorang wanita.

“Ya, inilah sebab kenapa tak lawat dah China. Selepas percutian di Beijing, dah tak pergi dah tempat lain (kawasan lain di China) walaupun cantik gila pemandangan,” tambah seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, beberapa orang pelancong turut berkongsi pengalaman kurang senang mereka semasa menggunakan tandas di beberapa wilayah berbeza di China.

“Ni tandas masjid masa saya pergi Xi’an. Sambil melabur boleh sembang dengan orang sebelah,” ujar seorang lelaki yang berkongsi tentang tandas yang tidak mempunyai privasi.

“Bang saya pergi Yunnan baru-baru ni, saya culture shock! Tandas dia okay je dalam keadaan baik, tapi kebanyakan mereka suka membuang tak tutup pintu. Kitanya dari tandas hujung nak ke depan terkejut tengok diorang membuang tak tutup pintu! Jadinya berlarilah kita keluar tandas. Mimpi ngeri,” kongsi seorang gadis.

Sumber: TikTok

Berikut antara komen yang diberikan netizen:

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Je Kering, Tapi Hancing” – Orang Ramai Persoal Banyak Tandas Mall Mula Tiada Bidet

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Indonesia Persoal Bidet Di Tandas Malaysia Bikin Ramai Rakyat Malaysia Geram

Baca Artikel Berkaitan: “Guna Jelah Banyak Pula Komen”- Pelancong Asing Persoal Bentuk Bidet Paip Air Buat Ramai Geram [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.