Banyak Kereta Selamba Masuk Lorong Melawan Arus Undang Kecaman Ramai [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan banyak kenderaan termasuk motosikal yang masuk ke lorong arah bertentangan serta berbahaya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu yang memiliki lesen memandu pasti tahu dan cakna mengenai pemanduan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Bahkan perkara ini turut sentiasa diingatkan oleh pihak berkuasa menerusi pelbagai platform termasuklah media sosial.
Namun walau sudah berulang kali diingatkan masih ada lagi pengguna yang masih memandang enteng dan melanggar peraturan di jalan raya sesuka hati sehingga boleh menyebabkan orang lain terbabit dalam kemalangan.
Tular banyak kereta melawan arus
Baru-baru ini, seorang pemandu berdepan dengan detik cemas apabila terdapat beberapa kenderaan dengan selamba masuk ke lorong melawan arus demi kepentingan sendiri.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Fathur Rahman di Threads, awalnya kelihatan dia sedang memandu melalui satu jalan.
Namun sewaktu menghampiri lampu isyarat merah di jalan berkenaan, kelihatan sebuah kereta Proton Saga secara tiba-tiba masuk ke lorong berkenaan.
Fathur yang terkejut dengan kemunculan kereta itu kemudiannya membunyikan hon, namun bukan hanya sebuah kereta yang bertindak melawan arus tetapi empat buah lagi kenderaan turut melakukan perkara sama termasuk sebuah motosikal.
Bas pekerja turut cuba melawan arus tapi gagal
Sebaik Fathur menghampiri lampu isyarat merah, turut kelihatan sebuah bas pekerja juga cuba untuk memasuki lorong yang sama namun tidak berjaya kerana kenderaan dipandu Fathur telah menghalangnya.
Susulan itu, bas pekerja berkenaan kemudiannya menukar laluan dan bergerak terus ke hadapan.
Menerusi rakaman dashcam tersebut, insiden dipercayai berlaku jam 7.37 pagi pada hari ini (9 Disember.
View on Threads
Ramai sifatkan ia tindakan bahaya dan minta buat aduan kepada pihak berkuasa
Melihat di ruangan balas, ramai yang menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh beberapa kenderaan tersebut adalah berbahaya dan ia seperti sudah menjadi kebiasaan kerana bukan satu kenderaan yang memasuki laluan itu.
Ada juga yang meminta agar Fathur untuk membuat aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan lanjut.
Menerusi komen ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di Nusa Cemerlang, Johor Bahru.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa keadaan jalan di laluan itu juga teruk dan jalan tidak siap.
“Bukan seorang dua buat, maksudnya ini sudah jadi kebiasaan orang situ. Yang salah tetap salah, bahaya kot weh.”

“Report JPJ terus”

“Alert JPJ Johor dan PDRM”

“Bas pun minta potong eh, report terus”




