Yusuf Azmi ‘Tumbang’ Di Tangan Yunus Martin, Terhuyung-hayang Dalam Ring [Video]
Menerusi klip video pertarungan yang dikongsikan, kelihatan Yusuf Azmi pada awalnya memberi tentangan hebat, namun mula kepenatan di pusingan kedua sekali gus memberi kelebihan kepada Yunus Martin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Awal bulan lalu, kecoh di media sosial mengenai beberapa video gimik yang memaparkan ketegangan berlaku sewaktu sidang akhbar Kejohanan Dunia Warzone 2025 (WWC 2025) melibatkan wakil Malaysia, Yusuf Azmi dan petinju Indonesia, Yunus Martin.
Ia mendapat kritikan ramai terutamanya daripada komuniti sukan tempur kerana didakwa boleh mencemarkan imej sukan berkenaan selain mampu memberi pengaruh negatif kepada anak-anak muda.
Setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi, WWC 2025 tetap diteruskan pada 6 dan 7 Disember di mana orang ramai tertumpu kepada pertarungan di antara Yusuf Azmi dan Yunus yang telah dijadualkan semalam.
Yusuf Azmi kalah lawan Yunus Martin
Terbaharu, Yusuf yang turut digelarkan Kanda berusia 35 tahun itu dilaporkan tewas kepada Yunus dalam acara kemuncak WWC.
Kejohanan terbabit yang berlangsung di N9 Arena Nilai, Negeri Sembilan itu menyaksikan pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan) terbabit bermula garang seawal pusingan pertama.
Menerusi klip video sewaktu pertarungan yang dikongsikan di akaun Facebook Harimau Malaya, kelihatan Yusuf pada awalnya memberi tentangan hebat kepada Yunus dengan melepaskan beberapa tumbukan.
Masuk pusingan kedua dah penat, pusingan ketika terhuyung-hayang
Bagaimanapun, di pusingan kedua, Yusuf kelihatan mula keletihan di mana tumbukannya tidak lagi bermaya sekali gus memberi peluang kepada Yunus untuk menumbangkannya.
Dalam video terbabit, kelihatan Yunus yang berusia 30 tahun itu berjaya melepaskan kombinasi tumbukan yang menghasilkan mata demi mata.
Di pusingan ketiga, faktor keletihan dan kecergasan jelas mengganggu rentak Azmi atas gelanggang dan situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Yunus dengan asakkan bertali arus.
Memetik Sinar Harian, Yusuf kelihatan terhuyung-hayang sebelum pasukannya melemparkan tuala putih ke dalam gelanggang memaksa pengadil menamatkan pertarungan yang berbaki 22 saat di pusingan ketiga.
Yunus kemudiannya diisytihar menang menerusi technical knockout (TKO) sekali gus menjadikan ia kemenangan sulungnya di Malaysia.
Kontroversi WWC hingga dapat perhatian Menteri Belia dan Sukan
Terdahulu, kontroversi WWC mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut tampil menyatakan acara berkenaan tiada kelulusan dan digesa untuk tidak teruskan.
Pun begitu, WWC tetap diteruskan selepas pihak penganjur telah menghantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) untuk tujuan pendaftaran selain akan memastikan pematuhan kepada undang-undang serta garis panduan.
Kementeria Belia dan Sukan (KBS) dan PJS kemudiannya memberi lampu hijau untuk kejohanan tersebut diteruskan.
Baca Artikel Berkaitan: “Ia Bukan Medan Pergaduhan” – Penganjur Mohon Maaf Atas Kekeliruan, WWC 2025 Akan Diteruskan
Baca Artikel Berkaitan: Video Gimik Promosi Jadi Perdebatan, Warzone World Championship Tiada Kelulusan KBS
Baca Artikel Berkaitan: Warzone World Championship Tiada Kelulusan, KBS Akan Buat Laporan Polis Jika Masih Berdegil
