fbpx
Now Reading
“Tolong Hati-hati” – Lelaki Dakwa Letak Kain Di Side Mirror Kereta Jadi Taktik Terbaru Penculik [Video]

“Tolong Hati-hati” – Lelaki Dakwa Letak Kain Di Side Mirror Kereta Jadi Taktik Terbaru Penculik [Video]

Dakwa lelaki itu, kain pada cermin sisi itu diletakkan racun atau sejenis ubat memeningkan terlebih dahulu dengan tujuan untuk melemahkan mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui, kes culik bukan hanya boleh berlaku kepada kanak-kanak, malah orang dewasa juga berisiko menghadapinya.

Lebih membimbangkan, ia masih lagi berlaku sehingga hari ini di mana pelbagai cara yang digunakan oleh penculik untuk menculik mangsa.

Bukan hanya berlaku di Malaysia, bahkan di serata dunia pasti ada sahaja kejadian culik menyebabkan orang ramai terutamanya pelancong perlu sentiasa lebih berwaspada.

Letak kain di cermin sisi didakwa jadi modus operadi penculikan baharu di Thailand

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki tampil berkongsi satu klip video yang didakwanya kejadian culik di Thailand.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@angah5r), lelaki itu mendakwa modus operandi terbaharu penculikan di negara jiran itu adalah dengan menyangkut kain menutupi cermin sisi (side mirror) kereta.

Dakwanya, kain itu diletakkan racun atau sejenis ubat memeningkan terlebih dahulu dengan tujuan untuk melemahkan mangsa.

Mangsa jadi pening selepas cuba alih kain yang disangkut di cermin sisi kereta

Dalam video yang dikongsikannya, kelihatan jelas seorang lelaki menyangkutkan kain berwarna merah di cermin sisi sebuah kereta pickup yang sedang diparkir.

Lelaki itu kemudiannya menunggu sehingga pemilik atau pemandu kereta kembali ke kenderaan dan memegang kain berkenaan.

Tidak lama selepas itu, pemandu kereta berkenaan yang merupakan seorang wanita telah kembali ke kenderaannya dan cuba mengalihkan kain terbabit sebelum secara tiba-tiba dia terhuyung-hayang dipercayai pening.

Lelaki tersebut kemudiannya kembali dan memasukkan wanita itu di dalam kereta sebelum mereka berlalu pergi dengan kenderaan sama.

Tak pasti video asli atau hanya rekaan guna AI

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada rakaman terbabit sememangnya benar atau hanya rekaan semata-mata dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Namun, mesej yang lebih jelas ingin disampaikan oleh lelaki berkenaan adalah dengan meminta rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita agar lebih berhati-hati.

“Tuan-tuan dan puan-puan yang tengok video ini tolong ingatkan saudara-saudara terutamanya wanita agar lebih berhati-hati, kalau nampak kain di luar tingkap, jangan ambil, hidupkan enjin kenderaan dan teruskan berjalan (memandu),” katanya.

@angah5r Awas!!! Modus operandi terbaru penculikan di Thailand #nasihatkehidupan #anamctb #penculik #kesjenayah #hatihati ♬ original sound – Angah Ctb

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Pelajar Kejar Cikgu Dengan Penyapu Ketika Simulasi Culik Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Budak 2 Tahun Hampir Diculik Lelaki Warga Asing Menyamar Sebagai ‘Tukang Cuci’

Baca Artikel Berkaitan: Budak Lelaki 12 Tahun Reka Cerita Kononnya Diculik Kerana Takut Dimarahi Bapa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.