fbpx
Now Reading
Tak Floss Gigi Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung? Ini Penjelasannya

Tak Floss Gigi Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung? Ini Penjelasannya

Kalau anda nak tahu, masalah salur darah tersumbat sebenarnya berkait rapat dengan rutin penjagaan gigi seseorang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Daripada alam persekolahan lagi kita didedahkan tentang kepentingan penjagaan gigi. Malah, kanak-kanak juga diajar tentang cara betul memberus gigi bagi menghapuskan sisa makanan yang terkumpul. Namun masih ada sesetengah individu yang tidak menitiberatkannya.

Selain itu, ramai juga yang masih mengabaikan penggunaan floss gigi dalam rutin harian. Kalau anda nak tahu, amalan ini sebenarnya sangat penting bagi mencegah penyakit serius daripada berlaku.

Betul Ke Tak Floss Gigi Boleh Sebabkan Penyakit Jantung?

Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang doktor gigi dikenali sebagai Dr Habib mendedahkan bahawa kecuaian dalam penjagaan gigi juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang parah iaitu salur darah tersumbat.

Antara perkara yang meningkatkan risiko keadaan itu berlaku adalah sikap individu yang tidak floss gigi bagi menghilangkan sisa-sisa makanan tersekat pada celahan gigi.

“Macam mana kalau saya bagi tahu korang risiko salur darah tersumbat adalah sebab tak floss gigi dan tak gosok gigi dengan cara yg betul, ops! Sama juga dengan kencing manis, antara sebab kencing manis semakin teruk sebab tak gosok gigi dan tak floss,” kongsinya.

View on Threads

Bakteria Dalam Mulut Punca Mengapa Saluran Darah Boleh Tersumbat

Menerusi carian kami, Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) juga ada berkongsi perkara sama dalam satu hantaran mereka sebelum ini.

Jelas JKWPKL&P, seseorang berisiko besar menghadapi penyakit jantung disebabkan pembiakan bakteria akibat masalah gusi dialami. Masalah gusi itu pula boleh terjadi akibat tabiat seseorang yang tidak floss gigi.

“Bakteria dapat merebak melalui aliran darah ke jantung, menyebabkan keradangan, pembentukan plak, dan penyempitan saluran darah (aterosklerosis).”

Sumber: Pexels

Penyakit Gusi Boleh Mendatangkan Serangan Jantung & Strok

Menurut JKWPKL&P lagi, kajian menunjukkan bahawa individu dengan penyakit gusi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami serangan jantung atau strok.

“9 daripada 10 orang dewasa Malaysia mempunyai periodontium yang tidak sihat. Dalam kalangan mereka yang mempunyai poket periodontium yang dalam, 24% daripadanya menghidap penyakit kardiovaskular.”

Untuk info, periodontium adalah penyakit inflamasi kronik berpunca daripada jangkitan bakteria dalam plak yang melibatkan gusi dan tisu penyokong gigi.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Perjelas Sebab Gigi Manusia Ada Yang Bergerigi. Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Kongsi Kuantiti Ubat Gigi Perlu Diambil Setiap Individu

Bagaimana Serangan Jantung Berlaku Akibat Keradangan Gusi?

Menerusi perkongsian infografik JKWPKL&P, bakteria dari mulut penghidap penyakit gusi boleh memasuki saluran darah sekiranya berlakunya pendarahan.

Ia kemudiannya menyebabkan keradangan pada endokardium (lapisan dalam jantung) dan injap sehingga menyebabkan seseorang mengalami serangan jantung.

Tanda-tanda Anda Alami Masalah Gusi

Dakwa Dr Habib, 90% rakyat Malaysia kini mempunyai penyakit gusi. Berikut adalah tanda-tanda penyakit gusi yang anda boleh perhatikan:

  • Mulut berbau
  • Gusi berdarah
  • Gusi rasa sakit (tetapi ada juga keadaan di mana gusi tidak menunjukkan sebarang rasa sakit).
  • Gusi menurun dan gigi bergoyang.
  • Gusi berwarna kemerahan berbanding warna normal iaitu pink.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: 6 Tips Elakkan Mulut Dari Berbau Semasa Berpuasa

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Putihkan Gigi Kuning & Berkarat Secara Semula Jadi

Golongan yang berisiko mengalami masalah kesihatan ini pula adalah:

  • Individu dengan sejarah masalah serangan jantung
  • Perokok
  • Pesakit diabetes
  • Individu yang tidak menjaga kebersihan mulut

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi 10 Tanda Anda Menghidap Pre-Diabetes [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gemar Minum Teh Tarik & Teh Ais, Pesakit Diabetes Kongsi Tabiat Pemakanan Sampai Kaki Kena Potong [Video]

Cara Cegah Penyakit Gusi

Selama ini, ramai yang menyangka penyakit gusi hanya boleh membuatkan gusi berasa ngilu dan mulut berbau sahaja. Tetapi siapa sangka ia boleh menyebabkan penyakit jantung juga.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun dan dapatkan rawatan jika mempunyai penyakit gusi.

Paling penting, jangan lupa floss gigi sekurang-kurangnya sekali sehari.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.