fbpx

Ramai Doa & Puji Lelaki Buat Saluran Untuk Atasi Masalah Lopak Air Di Tepi Jalan Raya [Video]

Menerusi video kelihatan dia menggunakan cangkul untuk membuka saluran agar air di bahagian lopak dapat mengalir ke longkang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui apabila berada atau menjadi pengguna di jalan raya kita perlu cakna dengan keadaan sekeliling.

Adakalanya beberapa keadaan boleh membuatkan pengguna lain mengalami masalah contohnya saliran air tersumbat sehingga menyebabkan air bertakung dan keadaan jalan menjadi banjir dan sebagainya.

Perkara ini secara tidak langsung menyusahkan segelintir pengguna dan boleh mendatangkan bahaya seperti berlaku kemalangan dan sebagainya.

Namun ada segelintir pengguna yang prihatin apabila berusaha untuk melakukan sesuatu yang boleh memudahkan orang lain.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Pahala Pun Mengalir”- Lelaki Buat Laluan Ke Longkang Elak Air Bertakung Di Jalan Raya Dipuji Ramai [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Air Bertakung Hingga Tutup Satu Lorong, Lelaki Minta Pihak Berkuasa Bersihkan Longkang [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bersihkan Lubang Tersumbat Punca Air Bertakung Di Lebuhraya EDL Raih Pujian [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Abang Grab Hero Kita” – 2 Lelaki Gigih Bersihkan Longkang Tersumbat Ketika Air Naik Bikin Ramai Kagum [Video]

Buat saluran kerana ada air bertakung di tepi lebuh raya

Baru-baru ini, seorang lelaki telah menjadi perhatian ramai apabila dia dipercayai membuat saluran ekoran terdapat lopak air di satu lebuh raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh isterinya, Dayla Mohamed di TikTok, si suami pada mulanya secara rawak (random) telah mengajak wanita itu untuk menemaninya ke susur sebuah lebuh raya di Telemong arah ke Bukit Payong di Terengganu.

Ini kerana dia terlihat ada air yang bertakung dan menyebabkan jalan satu hala itu hampir dipenuhi air dek kerana lopak tersebut.

Dalam video itu, lelaki berkenaan kemudiannya membuat saluran seperti longkang pada bahagian rumput bagi memudahkan air mengalir dan masuk ke longkang besar.

Siap bawa cangkul dari rumah untuk buat saluran supaya air boleh mengalir

Malah turut kelihatan dia membawa cangkul untuk membuat saluran berkenaan untuk melakukan kerja berkenaan.

Menurut Dayla, suaminya hanya membuat saluran agar air dapat mengalir dan membuang sedikit sampah yang ada di kawasan itu.

Sewaktu ditanya adakah suaminya sudah lama menyedari ada lopak berkenaan? Dayla menjawab benar dan ia adalah laluan utama si suami untuk pergi bekerja.

“Suami saya pergi kerja naik motosikal jadi kalau ada kereta atau lori yang laju sikit akan terpercik air kalau ada orang naik motor.

“Tu kejadian baru lepas hujan, jadi setiap kali hujan memang ada air dekat situ. Saya baru lepas siap-siap nak keluar tiba-tiba suami saya ajak nak pergi dekat lebuh raya tu,” katanya kepada BuzzKini.

Cangkul disimpan semula di rumah selepas selesai buat saluran

Dayla turut memaklumkan mereka hanya membawa cangkul itu sekejap sahaja kerana ingin membuat saluran air di kawasan tersebut. Sebaik selesai ia disimpan semula di rumah.

“Jaranglah suami saya tak random (rawak), projek besar dia cakap.

“Nota kaki: Lebuh raya ni belakang rumah kami, cangkul bawa sekejap sahaja lepas tu simpan balik dekat rumah,” ujarnya di ruang kapsyen.

@daylamohamad

Jarang lah suami saya x random , projek besorrr dia oyakk Nota kaki : highway ni belakang rmh kami , cangkul bawak sekejap shj lps tu simpan balik dkt rmh heheh 🙏🏻😅 #highway #banjircore #banjir

♬ original sound – Zekkun – Zekkun

Ramai puji kerana permudahkan urusan orang lain di jalan raya

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap suami Dayla kerana dia telah memudahkan orang ramai.

Malah ramai yang memetik hadis menyebut mengenai ganjaran pahala jika membersihkan benda yang menghalang jalan.

Bukan hanya itu ada juga yang berkongsi gambar air di kawasan itu sudah surut selepas saluran dibuat oleh suami Dayla.

Tidak kurang ada yang mendoakan agar urusan suami Dayla sentiasa dipermudahkan atas kebaikan yang dilakukan.

“Besar pahala suami awak. Memudahkan urusan orang ramai, nampak mudah tapi besar kesannya”

“Projek ni memang besar sangat, sampai Padang Masyar nun dibentangkan keuntungannya nanti”

“Satu kepuasan bila tengok air lalu dekat saluran yang dibuat”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.